SELAMAT DATANG

SELAMAT DATANG

Sunday 26 January 2014

Sodop Pinirubaan Versi Bahasa Melayu

Sodop Pinirubaan- Annie J Gipil
Linangkas-langkas yanak wagu,
Norubaan ku karamaian,
Nointutunan ku karamaian yanak wagu,
Odoi atarik ginawo ku.

Yanak wagu ie nointutunan,
Pinotahak do tirak,
Ie kogogor nopo tundu-undu ku,
Odoi diti ginawo ku.

(Chorus2x)
Tikid sodop soripion ku,
Langadon no ginawo ku,
Au oku abagalan todop,
Momusorou d yanak wagu.

Iti noh purimonon ku,
Do nokointutun dika,
Kopiruba kito da insan tadau,
Timpu do miagal diti.

Pertemuan Semalam-Annie J Gipil
Jejaka yang kacak,
Telah ku temui dalam pesta keramaian,
Ku telah kenali jejaka itu dalam pesta keramaian,
Aduh, hatiku telah tertarik padanya.

Jejaka yang ku kenali,
Telah memberikan senyuman@tawa,
Yang membuatkan hati ku bergetar-getar,
Aduh, hati ku ini.

(Korus)
Setiap malam ku mimpikanmu,
Hatiku merinduimu,
Tidurku bagaikan tak lena,
Mengingatkan mu wahai si jejaka.

Ini lah yang ku rasai,
Sejak aku mengenali dirimu,
Semoga kita bertemu lagi suatu hari nanti,

Seperti tempoh masa ini.

Transleted by: Helora Mohirin (26.1.2014)

Saturday 25 January 2014

Tazkirah Untuk Diri (4)

Bacalah doa ini jika tidak berkemampuan untuk memberi. Contoh, tidak cukup duit memberi sedekah pada org miskin.
"JAZAHAKUMULLAHHUKHAIRA(SEMOGA ALLAH KURNIAKAN KEBAIKKAN)"

Sedikit perkongsian drpd Ustaz Zainal Abidin. Kuliah maghrib Surau At-Takwa. Mohon perbetulkan jika terdapat kekhilafan.

Cerpen: Ayah Dan Lappy (Karya Helora Mohirin)

Ayah dan Lappy

Alhamdulillah... Petang ini, ayah meminta aku mengajarnya cara nak menggunakan lappy. Kulihat, ada kesungguhan di raut wajah tua ayah. Aku dengan senang hati menyuruh ayah duduk di meja studyku. Di atas meja study itulah lappyku berada.

Tanpa membuang masa, ayah terus duduk di kerusi sambil matanya tekun menghadap lappyku. "Adik, macam mana nak hidupkan lappy ni?" Tanya ayah kepadaku. "Senang je. Mari adik tunjukkan", jawabku pada ayah.

Pertama sekali, aku ajar ayah cara hendak hidup dan matikan lappy. Ayah belajar dengan penuh minat. Kemudian, setelah ayah dapat mengetahui cara nak hidup dan matikan lappy. Aku tunjukkan pula ayah cara nak menggunakan perisian microsoft word, cara menaip, ubah saiz dan jenis tulisan dan buat jadual sehinggalah cara nak simpan dokumen. Alhamdulillah, ayah cepat belajar. Walaupun pada mulanya, ayah terkial-kial menaip huruf di papan kekunci lappy dan sedikit kekok menggunakan tetikus.

Aku agak gembira melihat kejayaan ayah menggunakan lappy walaupun hanya asas menggunakan lappy sahaja yang aku ajarkan pada ayah. Aku doakan semoga ayah cepat belajar nak gunakan lappy dengan cekap. Begitulah ayah. Setiap kali ayah melihat aku menggunakan lappy. Ayah tanpa segan silu akan datang kepadaku untuk meminta tunjuk cara nak gunakan lappy.

Ayah oh ayah... Walaupun sudah tua masih mahu belajar dari orang muda. Sikap ayah yang tidak malu mengakui kelemahannya dalam belajar menggunakan lappy itu benar-benar aku kagumi.

Mungkin mentaliti ayah sudah berubah kini. Kalau dahulu jika ayah melihat kami menyentuh lappy kak Lang. Ayah akan terus memarahi kami. Kata ayah, "kamu jangan sentuh lappy itu, kalau salah tekan nanti lappy itu rosak". Tetapi kini, ayah sudah tidak marah lagi. Malah ayah pula yang meminta tunjuk cara gunakan lappy.

Ayah... Teruskan usaha ayah itu. Aku bermonolog sendiri.


Karya: Helora binti Mohirin
14.12.2013

Sekuntum Mawar Merah

Bunga Oh Bunga 








Sejambak kuntuman merah amat indah buat tatapan sang mata. Siapa melihat pasti terpana. Subhanallah, sungguh indah ciptaan Tuhan. Bersyukurlah kita dengan nikmatNya.

Baiklah, serba-sedikit akan saya ceritakan tentang bunga ini. Melalui pemerhatian saya, bunga ini biasanya tumbuh meliar di kawasan hutan terbiar seperti hutan getah yang mana keadaan persekitarannya mestilah lembab. Ia juga tumbuh berdekatan dengan anak sungai.

Di samping itu, melalui pemerhatian saya juga. Didapati bunga ini tumbuh berhampiran dengan pokok bemban (orang kg saya panggil pokok lias dan pokok telidus tapi saya kurang pasti apa nama spesifik pokok telidus dalam Melayu).

Namun demikian, bunga ini juga suka tumbuh di akar2 kayu. Entah akar kayu apa, saya sendiri kurang pasti tetapi rupa akar kayu itu seakan-akan seperti buluh. Dalam pandangan saya, mungkin bunga ini tergolong dalam kategori hidupan menumpang.

Oh, ya! Satu soalan misteri yang masih menghantui kotak fikiran saya ialah sehingga kini. Saya masih belum pasti apa nama sebenar bunga ini. Jadinya, saya memutuskan untuk mengenali bunga ini sebagai sejenis Bunga Hutan.

Sebelum saya terlupa, kepada rakan-rakan facebooker marilah kita bersama-sama menjaga hutan. Sayangi kepelbagaian biodeversiti yang terdapat di negara kita. Terutamanya keindahan dan kepelbagaian flora.

Hehe... Mungkin lepas ini boleh tukar profession sudah. Syukur alhamdulillah, sedikit banyak berguna juga ilmu geografi dan sains yang saya pelajari sewaktu berada di bangku sekolah dahulu.

Tazkirah Untuk Diri (3)

Anak-anak yang sering terdedah mendengar lirik lagu yang kurang elok akan lebih mudah untuk melakukan@terlibat dengan aktiviti gejala sosial.
Oleh itu, sebelum mendengar bait-bait sesebuah lirik lagu. Eloklah terlebih dahulu mengkaji@memahami bait-bait lirik lagu tersebut.

Dipetik daripada ceramah Ust. Ahmad Shazili Abdullah.
Semoga bermanfaat

Buku Bacaan Mingguan (4)

Tajuk: Sebelum Aku Bernikah
Penulis: Hilal Asyraf
Tahun terbit: Cetakan Kelapan 2014
Penerbit: PTS Millennia Sdn. Bhd.
Bil. Ms: 203
Harga: RM20 (Semenanjung) RM23 (Sabah/Sarawak)



Apa yang menarik tentang buku ini ialah buku ini ditulis sekadar lontaran idea dan pendapat, hasil daripada pengalaman dan pembacaan, serta perkongsian nasihat yang dikongsi oleh penulis. Lebih mudah saya katakan buku ini merupakan kisah hidup penulis sebelum beliau bernikah dan terdapat beberapa puisi cinta yang ditulis oleh penulis ketika dirundung rasa rindu pada tunangnya. Pada pendapat saya, buku ini sangat sesuai sebagai panduan dalam BERCINTA terutamanya kepada golongan remaja.

Terdapat beberapa bait dalam buku ini yang menarik hati saya. Antaranya adalah seperti:

Couple

Satu perkara yang saya lihat, cinta semestinya dikaitkan dengan cuople (berpacaran). Apabila perkataan cinta disebut, couple atau pasangan bebas antara lelaki dan perempuan seolah-olah mengiringi lafaz itu.
Sehinggakan manusia menjadi skeptik dengan cinta. Sebab itu saya tidak hairan dengan sindiran-sindiran para veteran apabila disebut berkenaan cinta. "Hish, kamu jangan gatal sangat. Anak orang itu. Jangan rosakkan!" Sebab dalam mindanya, terbayang couple itu bebas dan tidak punya batas.
Tidak kurang juga manusia-manusia yang 'ahli agama' apabila dibicarakan cinta, terus haram. "Cinta sebelum nikag, haram!" Hal ini kerana dalam benaknya, sudah mempunyai satu kira-kira, cinta itu perlu dalamnya ada couple.
Ya. Begitu seterotaip rata-rata manusia berkenaan cinta. Mesti dikaitkan dengan berpasangan tanpa batas dan pergaulan yang melanggar syariat.
Dengan pandangan sebegini, cinta menjadi sempit dan kelihatan buruk untuk wujud dalam jiwa mereka yang belum bernikah. Hal ini kerana, sebelum hubungan itu wujud, cinta sudah dikaitkan dengan couple.
Tidak boleh disalahkan mereka yang seterotaip ini. Memandangkan memang begitu cinta yang diwarnakan dunia. Cinta diwarnakan dengan berpegangan tangan antara bukan mahram, berdua-duaan, keluar bersama tanpa teman mahram, dan berhabis kredit serta wang untuk pembuktian cinta. Bahkan, ada yang menggadaikan maruah, semuanya atas nama cinta. (ms:7)

Terlalu Islamik

Memandangkan sudah begitu buruk cinta dipandang, dalam kembara saya ke alam rumah tangga ini, saya menjumpai pula golongan yang terlalu Islamik.
Terlalu Islamik sehingga timbul kepercayaan yang pelik-pelik. Saya berikan satu contoh mudah terlalu Islamik sehingga timbul kepercayaan pelik-pelik ini.
"Saya menanti dia yang sudah tertulis untuk saya di Loh Mahfuz sana."
Ya. Ayat ini kelihatan Islamik kerana ada perkataan 'menanti' dan 'loh mahfuz'. Namun, saya melihat ini adalah salah dan tidak diajar oleh agama.
Pertama, kita tidak tahu siapa jodoh kita. Jadi bagaimana mahu menanti? Sedangkan orang yang sudah berkahwin pun hidup bercerai, orang yang berkahwin pun mati, dan orang yang hidup juga kahwin lain. Oleh itu, perkara ini terlalu besar untuk kita yakin seorang itu adalah 'jodoh saya'. Lebih menguatkan lagi pendapat saya ini adalah, daripada mana kita mahu tahu "dia itu jodoh saya?" Ternyata tiada jawapan konklusif untuk itu, bukan? Jelas, jodoh itu urusan Allah. (ms:8)

Ibu bapa yang silap

Satu seterotaip ibu bapa yang saya lihat dalam urusan cinta anak-anak mereka adalah negatifnya mereka kepada perasaan cinta anak-anak mereka.
"Jangan menggatal mahu berkahwin". Antara ayat yang biasa didengari sekiranya anak-anak memberitahu yang mereka sudah jatuh cinta hati kepada seseorang ketika usia mereka masih muda.
"Kamu mahu beri anak orang makan apa? Pasir?" Satu lagi ayat yang biasa keluar.
Saya minta maaf kerana terpaksa menyebut di sini. Hal ini kerana, saya berasakan tindakan dan layanan sebegini adalah tidak sepaptutnya berlaku. Pada pendapat saya, apabila anak sudah meluahkan perasaan cinta mereka, ibu bapa sepatutnya berasa syukur mempunyai anak yang sedemikian. Sekurang-kurangnya, ibu bapa masih dirujuk.
Sewajarnya, ibu bapa membuka ruang kepada perbincangan yang matang. Didik anak-anak supaya melihat pro dan kontra berkenaan percintaan mereka pada usia muda. Inspirasikan anak-anak supaya bercinta dengan lebih matang, dengan mempunyai pendapatan sendiri, dan memahamkan mereka betapa rumah tangga adalah urusan pembinaan ummah yang tidak mungkin digerakkan dengan hanya perasaan semata-mata.
Ini kerana akhirnya, terlalu negatif kepada cinta ini membuatkan anak-anak yang 'dibius' cinta, berasakan ibu bapanya sedang menentang mereka. Akhirnya, penentangan ini dibalas dengan 'pemberontakan' daripada pihak anak-anak. (ms:10-11)

Membuang Definisi Dunia 

Cinta ialah seks. Cinta ialah berkucupan. Cinta ialah berpegangan tangan. Cinta ialah berhabis duit untuk pasangan. Cinta ialah keluar berdua-duaan. Cinta ialah melafazkan kata-kata indah berlebih-lebihan. Cinta ialah kemaruk, angau, lalai, alpa. Cinta ialah menggadaikan maruah. Cinta ialah jauh daripada Allah, dan melanggar batas-batas Allah. (ms:15)

Apabila Saya dengan Definisi Saya 

Definisi cinta saya, "Sekiranya benar cinta, mesti kita mahu bersama hingga ke syurga. Apa-apa yang membawa ke neraka, itu bukan cinta namanya." Kita mengayuh kehidupan mengejar cinta yang sebenar-benarnya cinta. Membina satu disiplin bagi menjadikan ianya luar biasa.
Apabila saya memahami cinta itu adalah mahu berasama ke syurga, maka saya mula membayangkan perakar-perkara yang dapat membawa saya dan orang yang saya cintai ke syurga Allah. Itu yang saya usahakan. (ms:15)

Istikarah Sehingga Hati Keliru

Istikarah. Popular di alam para Muslim dan Muslimah kala bercinta. Perakara yang menggeletek jiwa saya pula adalah, istikarah ini hanya sibuk diperkatakan untuk perkahwinan sahaja.
Sedangkan, istikarah ini sebenarnya bukan satu perkara khusus untuk mereka yang mahu berkahwin semata-mata. Bukan 'alat pencari jodoh', Bukan juga alat 'penentu' siapa yang menjadi pasangan kita. Istikarah ini adalah apa yang dididik oleh Rasulullah kita, dalam membuat apa-apa sahaja keputusan. 
Namun, apabila sesetengah pihak mula menganggap ia 'alat pencari jodoh sebenar' yang kononya tetpat 100 peratus, maka istikarah menjadi satu punca kekeliruan hati. (ms75-76)

Istikarah dan Istisyarah

Istisyarah. Satu perkara yang manusia sering lupa. Istisyarah adalah seperti kita meminta pendapat orang lain. Sebagai contoh, ibu bapa. Mengumpul maklumat dan pandangan pada situasi yang sedang kita hadapi. Dalam konteks kita sekarang, situasai memilih pasangan. Ramai meninggalkan perkara ini. (ms77)

Sekadar perkongsian. Semoga bermanfaat.

Monday 20 January 2014

Apa itu Gramatis?

Sekadar Perkongsian.

Bila belajar bahasa Melayu, mesti tidak lari daripada menggunakan perkataan GRAMATIS. Kalau dalam kelas, pensyarah bahasa saya selalu cakap ayat kurang gramatis.

Persoalannya, apa itu GRAMATIS?
Gramatis bermaksud ayat yang betul dari segi struktur ayat dan betul pula dari segi semantiknya. 

Sebagai contoh ayat yang kurang gramatis;

Ayam itu sedang bermain bola di padang. 
(Ayat ini betul dari segi bentuk strukturnya iaitu ada subjek dan predikat namun tidak betul pada semantiknya. Jika kita lihat dari segi logik ayat, mana boleh ayam menendang bola atau bolehkah ayam itu menendang bola?)

Contoh ayat yang gramatis;

Adik sedang bermain bola di padang.

*Semoga bermanfaat. Mohon perbetulkan jika terdapat kesalahan.*:-)

Friday 10 January 2014

Buku Bacaan Mingguan (3)

Buku Bacaan Mingguan:

Tajuk: Kawan Benar
Penulis: Ahmad bin Haji Muhammad Rashid Talu
Tahun Terbit: Cetakan Pertama (Jawi) 1927, Cetakan Pertama (Edisi Baru-DBP) 1976
Penerbit: Dewan Bahasa dan Pustaka
Bil. Ms: 123
Harga: Rm 2.80
Tempoh Bacaan: 1 hari dan setengah
Apa yang menarik tentang buku(novel) ini ialah novel ini merupakan sebuah novel yang pertama ditulis yang berlatar belakangkan suasana tempatan Tanah Melayu iaitu di Pulau Pinang. Novel ini muncul selepas munculnya novel Faridah Hanum karya Syed Sheikh Al-Hadi. Bahasa perbualan@dialog yang digunakan dalam novel ini menggunakan bahasa daerah@dialek Orang Utara.
Di samping itu, apa yang saya dapat ketahui penulis ingin cuba menyampaikan atau memperlihatkan gambaran realiti masyarakat setempat bahkan juga ingin menonjolkan ciri-ciri Kemelayuan seperti adat merisik, meminang, kenduri walimah dan urusan rumah tangga.
Tambahan daripada itu, budaya memakan sirih turut dimuatkan dalam novel ini.
Hal ini dapat dibuktikan apabila watak Abdul Bar yang telah tertarik hati dengan watak Ramlah. Namun demikian, Abdul Bar menggunakan orang tengah iaitu watak Mak Seh sebagai tukang kirim surat@posmen. Bait-bait tulisan@bahasa yang ditulis dalam surat mereka itu adalah lebih kurang berbentuk sebuah syair dan pantun. Laras bahasa yang digunakan dalam surat mereka itu kadang-kadang amat sukar untuk saya fahami kerana menggunakan bahasa Melayu asli yang tidak pernah saya dengari atau jarang-jarang saya dengari dan bahasa Arab.
Terdapat beberapa perkataan yang dahulu digunakan tetapi kini sudah tidak digunakan atau dituturkan lagi, seperti:
Lanca (sejenis kenderaan),
qalam,
edan kesmaran,
jembalang,
dll
Sebelum saya terlupa, bentuk penceritaan novel ini berbentuk cerita dalam cerita@cerita atas cerita kerana penulis menggunakan watak qalam, dakwat dan kertas yang mengkisahkan cerita Abdul Bar dan Ramlah serta watak-watak yang lain.

Thursday 9 January 2014

Tazkirah Untuk Diri (2)

Tazkirah Untuk Diri:

Sebelum mata terlelap. 
Sebelum tubuh merehatkan diri.
Sebelum otak merehatkan fikiran.
Sebelum doa tidur dibaca.
Sebelum tubuh direbahkan ke atas tilam.

Tiba-tiba teringat kembali kata-kata seorang ustaz ketika beliau menyampaikan kuliah maghrib di surau sebentar tadi. 
Antara kata-kata beliau adalah lebih kurang seperti ini...

" Umat Islam merupakan umat pertengahan. Sebabnya ajaran dalam agama Islam itu tidak terlebih dan tidak terkurang. Ianya seimbang ajaran dunia dan akhirat. Jadinya, sebagai hamba Allah yang hidup di muka bumi ini mestilah kena seimbangkan hal-hal urusan dunia dan akhirat. Jangan terlalu sibuk dengan urusan dunia sehingga terlalai daripada mengerjakan urusan akhirat. Dan jangan pula terlalu sibuk mengerjakan hal-hal urusan akhirat sehingga terlalai mengerjakan urusan dunia. Mesti kena seimbangkan. Di samping itu, ajaran agama Islam ini sebenarnya mudah tetapi jangalah terlalu memudahkannya dan terlalu menyusahkannya pula. Jikalau ada persoalan@kerumitan dalam ajaran agama Islam yang tidak diketahui jawabannya. Itu tandanya Allah bagi rahmat untuk hambaNya. Tidak perlulah hambanya nak tanya soalan-soalan yang boleh merumitkan diri sendiri. Sebagai contohnya, ada cicak berak di atas corong pembesar suara(loudspeaker) yang digunakan untuk melaungkan azan. Corong pembesar suara itu pula bersambung dengan pembesar suara(mic) yang dihubungkan dengan wayar. Kebetulan baju si muazin tersentuh dengan wayar itu tadi dan dia menganggap ada najis serta perlu pula ditukar baju yg lebih bersih dan suci maka letihlah para ajk surau nak turun naik setiap hari utk bersihkan corong pembesar suara itu semata-mata nak pastikan tiada najis di situ. Kesimpulannya, jadilah umat Islam yang seimbang dunia dan akhirat. Bukan hanya hebat di dunia (hebat di mata orang) tetapi hebat juga di akhirat (di mata Allah)."

Allahhurabbi... Pesanan untuk diri sendiri juga. Mohon kepada rakan2 fb perbetulkan isi tazkirah saya ini jika ada terdapat kekhilafan. Saya juga baru belajar untuk mendengar tazkirah@kuliah@ceramah2 agama daripada para ustaz/ustazah. Insya Allah, sama-sama kita perbaiki kelemahan diri kita. 

Tazkirah Untuk Diri (1)

Tazkirah Untuk Diri:

Astagfirullahhaladzim...
Allah... Alhamdulillah, masih dibenarkan olehNya untuk berkunjung ke rumahNya yang cantik itu. Ainku terus terpukau melihat panorama dindingnya yang sudah berwajah baharu. 

Allah... Kalau nak dengar benda yang baik2 mata tanpa segan silu secara perlahan-lahan akan tertutup... Macam nak tidur je...
TAPI... Kalau dengar benda2 yang hot@kontroversi macam cerita2 gosip... Terus ni mata terbuka luas2... Telinga pun buka luas2...

Syukurlah... Walaupun begitu, telinga masih lagi sempat mendengar beberapa bait tutur kata daripada si Daie Muda. Katanya, " Kita jangan terlalu sibuk memikirkan harga barang yang semakin naik. Tapi bersyukurlah dengan rezeki yang telah kamu perolehi@miliki. Kerana harga barang yang naik itu merupakan sebahagian daripada ujian di dunia."

Buku Bacaan Mingguan (2)

Buku Bacaan Mingguan:



Tajuk: Aishah Ghani Memoir Seorang Pejuang
Tahun terbit: Cetakan Pertama 1992
Penerbit: Dewan Bahasa dan Pustaka KL
Bil. Ms: 267
Harga: rm15
Tempoh bacaan: 5 hari 

Apa yang menarik tentang buku ini ialah menceritakan kisah seorang tokoh pejuang bangsa@tokoh ahli politik wanita. Bermula daripada sejarah beliau dilahirkan, meneruskan pengajian, alam pekerjaan, berumah tangga dan sehinggalah bagaimana beliau boleh terlibat dalam politik. Selain daripada itu, dalam bukunya ini beliau turut mengulas serba sedikit tentang buku yang ditulis oleh Tun Dr. Mahathir yang bertajuk The Malay Dilemma dan mengenai gagasan Wawasan 2020 Tun Dr. Mahathir. Tambahan daripada itu, saya juga baharu dapat mengetahui bahawa Ketua Wanita UMNO pada zaman dahulu dikenali juga sebagai Ketua Ibu Malaya.

Antara bait-bait tulisan beliau dalam buku ini yang menarik minat saya adalah seperti;

...Satu yang agak memeranjatkan saya ialah kebebasan bergaul antara pelajar-pelajar lelaki dan perempuan dan dalam kelas tidak ada tabir yang menyekat antara pelajar wanita dan laki-laki. Belajar di sini merupakan satu dunia baru bagi saya. Inilah kali pertama saya mempunyai kawan-kawan wanita dan laki-laki. Guru-guru laki-laki muda-muda belaka. Mereka memakai pentalon, bertali leher dan tidak ada yang berserban walaupun sudah ada yang telah naik haji ke Mekkah seperti Ustaz Yahya yang berkelulusan Al-Azhar. Pelajar-pelajar wanita memakai baju kurung dan bertudung mudarawah. Saya kerap tertanya-tanya sendiri tidakkah pergaulan bebas di maktab ini membawa padah kerana mungkin ramai yang saling cinta mencintai atau berkelakuan sumbang. Setelah hampir setahun saya belajar di maktab ini, baharulah saya tahu bahawa dengan pendidikan agama yang mereka terima, pelajar-pelajar sendiri menegakkan benteng dan batas-batas tertentu dalam pergaulan hari-hari. Boleh dikatakan semua kawan saya ketika itu sependapat bahawa apa juga daya tarikan dan godaan tidak baik dan tidak diredai Allah hanya dapat dikawal dengan iman. Sudah menjadi satu tradisi di maktab ini, di kalangan sesama pelajar tidak seharusnya ada yang jatuh cinta. Sekiranya ada yang berbuat begitu, pelajar-pelajar sendiri memandang serong terhadap mereka kerana mereka dianggap orang yang tidak boleh dipercayai. Oleh kerana amalan dan sikap pelajar-pelajar begitu, saya sedikit pun tidak berasa bimbang dan khuatir untuk berjalan bersama-sama dengan beberapa orang teman laki-laki dan wanita...(ms11)

...Kota hanya untuk tempat mencari rezeki, manakala udara kampung mampu memberi ketenangan... (ms135)

...Akibat kejadian 13 Mei orang-orang Melayu menjadi lebih radikal dan menentang sebarang perbuatan tolak ansur, yang dikatakan mempunyai kesan-kesan yang tidak sihat ke atas UMNO...(ms140)

...Pada pendapat saya inilah sikap juga salah satu sebab terhakisnya harta-harta orang Melayu kerana sikap yang tidak memandang jauh. Masih segar dalam ingatan beberapa tanah-tanah kepunyaan Melayu dalam bandar Kuala Lumpur ini bertukar milik...(ms220)

...Kerana sifat-sifat baik yang ada pada orang Melayu yang mementingkan budi bahasa dan suka mengalah, akhirnya mereka tidak lagi bertahan dan bersaing dengan peniaga-peniaga Cina atau India yang jauh lebih pandai daripada mereka. Orang Melayu pada zaman dahulu suka berpuas hati tinggal di kampung-kampung dan setengahnya sangat jauh di pedalaman. Lama-kelamaan mereka menjadi golongan petani yang mundur.Dalam pada itu kejutan Perang Dunia Kedua telah menimbulkan satu kesedaran di hati orang Melayu bahawa mereka perlu berbuat sesuatu untuk melepaskan diri dari cengkaman dan penindasan penjajah. Dengan itu mereka mulai berani dan menunjukkan minat besar dalam politik, dan akhirnya setelah mencapai kemerdekaan, orang Melayu melalui UMNO menjadi teras kepada kerajaan Barisan Nasional. Kejayaan orang Melayu menguasai politik, boleh juga dijadikan bukti bahawa mereka boleh maju dalam bidang-bidang yang lain walaupun bidang perniagaan agak sukar ditembusi oleh mereka kerana penguasaan bukan Melayu yang begitu besar...(ms222)

Buku Bacaan Mingguan (1)

Buku Bacaan Mingguan:



Tajuk: Mantapkan Hati Meminang Bidadari

Penulis: Burhan Sodiq
Tahun Terbit: Cetakan Pertama Julai 2012
Penerbit: Jundi Resources
Bil. Ms: 140
Harga: Rm15 (Semenanjung) Rm17 (Sabah/Sarawak)
Tempoh bacaan: 3 hari

Apa yang menarik tentang buku ini ialah buku ini khusus ditulis untuk bacaan kaum lelaki yang masih belum berkahwin. Dalam buku ini turut memuatkan bagaimanakah caranya seorang lelaki (belum berkahwin) itu hendak memantapkan hatinya untuk meminang wanita pilihannya. Namun demikian, buku ini juga sesuai untuk bacaan kaum wanita.
Di samping itu, antara bab-bab yang menarik dalam buku ini adalah seperti seorang lelaki itu jangan mudah putus asa berikhtiar, bagaimana cara mengenali pasangan dan cara meminang wanita pilihan hati. Bagi pendapat saya, tidaklah salah seorang wanita membaca buku-buku yang ditulis khusus untuk lelaki kerana wanita juga perlu tahu mengenai lelaki lebih-lebih lagi jika dia mempunyai keinginan untuk bersuami apatah lagi jikalau dia juga mempunyai adik-beradik lelaki.

Antara bait-bait tulisan dalam buku ini yang menarik minat saya adalah seperti:

Saya Tidak Cukup Duit!

Sebahagian besar pemuda mengeluh tidak punya wang yang cukup untuk meminang wanita idamannya. Terbayang kos yang sangat mahal untuk mendapatkan bidadari pujaan hatinya. Kos mahar, kos urusan di pejabat kadi, juga belanja resepsi pernikahan yang luar biasa banyaknya.

Akibatnya banyak pemuda yang memutuskan menunda pernikahan mereka dan memilih untuk terus bercinta. Mereka tahu risiko dosa yang akan semakin menggunung jika mereka terus berhubungan tanpa ikatan yang sah. Mereka saling mencintai dan menyanyangi tetapi malangnya mereka tidak mampu menghalalkan hubungan cinta dan sayangnya itu dengan sebuah pernikahan.

Kuncinya terletak pada kemahuan yang keras dan keupayaan untuk menghindari azab Allah. Apabila kita punya kemahuan yang kuat, Insya Allah akan selalu ada jalan dari setiap peluang yang ada di depan mata kita. Persoalannya, akan menjadi lebih rumit ketika perasaan sombong dan ego bercampur aduk dalam urusan mencari rezeki.

Sebenarnya banyak pekerjaan yang menghasilkan wang. Tetapi kita sombong kerana pekerjaan itu bukan suatu yang hebat dan ia lebih kepada bentuk pekerjaan yang kasar dan melelahkan. Kita ingin punya wang yang banyak tanpa perlu bersusah payah mendapatkannya.

Kalau kemahuan kita sudah keras, niat kita sudah benar, Allah pasti akan membantu kita. Bantuan Allah mungkin bukan dalam bentuk wang tunai, tetapi mungkin dari banyaknya teman dan kenalan kita. Dari mereka kita akan mendapat informasi seputar peluang pekerjaan dan juga peluang yang boleh menambahkan pundi-pundi wang kita.

Apakah pernikahan itu sudah menjadi keutamaan kita? Kalau sudah, apa yang sudah kita lakukan untuk merealisasikannya? Apakah memang kita sudah mendahulukannya berbanding kepentingan yang lain? Atau jangan-jangan itu hanyalah mainan bibir sahaja? (ms: 56-58)

...Suatu keadaan yang amat menyedihkan apabila kita mula mencecah usia tua dan fizikal kita semakin hari semakin lemah dan longlai. Ketika itu sedarlah kita bahawa di saat itu barulah kita sedar kita menyedari betapa kita benar-benar memerlukan teman untuk mendampingi kita. Teman yang akan mententeramkan kita di saat-saat kita kesepian...(ms:61)

Saturday 4 January 2014

Tagal Lubuk Batu Timbua Kg. Lobou Timbua

Segala puji bagi Allah...
Syukur alhamdulillah, pada tahun 2011 tertubuhnya sebuah kelab NGO di Kg. Lobou Timbua, Ranau iaitu kelab Tagal Lubuk Batu Timbua Kg. Lobou Timbua. Namun demikian, penubuhan secara rasminya adalah pada tahun 2012.

Walaupun pada awal penubuhannya terdapat ramai suara sumbang yang memandang rendah terhadap penubuhan kelab Tagal Lubuk Batu Timbua ini. Namun demikian, atas usaha para ajk tagal yang tidak pernah putus asa akhirnya Tagal Lubuk Batu Timbua semakin mendapat tempat di mata para Penduduk Mukim Timbua dan juga penduduk di daerah Ranau.

Baiklah, untuk pengetahuan semua. Kawasan Tagal Lubuk Batu Timbua Kg. Lobou Timbua ini agak kecil sahaja. Bermula dari tempat seberang@lalu kereta@pacuan empat roda (tepat di sempadan tanah Cikgu. Jamal) dan berakhir di bawah Batu Timbua (tepat di sempadan tanah Encik Kaimin). Panjangnya kawasan tagal itu kira-kira 300 meter sahaja. Kecil sahaja kan.

Untuk mengetahui Jawatankuasa Tagal Lubuk Batu Timbua. Bolehlah melihat gambar di bawah.



Di samping itu, sebelum saya terlupa. Mesti ada yang tertanya-tanya bagaimanakah cara nak sampai ke Tagal Lubuk Batu Timbua? Caranya senang sahaja. Apabila tuan-puan sudah sampai di Kg. Kajing. Lihat papan tanda Lubuk Batu Timbua (jika dari Pekan Ranau lihat sebelah kanan). Masuk simpang kanan. Lalu sungai Mituoh dan sampailah di Tagal Lubuk Batu Timbua.

Papan Tanda@Signboard Tagal Lubuk Batu Timbua

Untuk mengetahui Tagal Lubuk Batu Timbua, tuan-puan bolehlah melayari facebook Tagal Lubuk Batu Timbua Kg. Lobou Timbua. Terdapat pelbagai info yang tuan-puan dapat perolehi melalui facebook tersebut.

Sebelum saya terlupa, berikut merupakan beberapa kemudahan yang terdapat di Tagal Lubuk Batu Timbua;

Pondok Tagal@Rumah Tagal

Bilik tandas dan bilik persalinan
Bot@perahu
pondok@gerai jualan



Tagal Lubuk Batu Timbua Kg. Lobou Timbua 2

Kawasan Tagal Lubuk Batu Timbua. Kehadiran Batu Timbua yang berada di tengah-tengah sungai Sugud menambahkan lagi seri@keunikan Tagal Lubuk Batu Timbua
Tapak Bola Tampar Sungai
Para pengujung dari Kota Kinabalu sedang bermain bersama ikan