SELAMAT DATANG

SELAMAT DATANG

Saturday 19 July 2014

Projek Ketupat

Hari ini merupakan Ramadhan yang ke-21 hari. Syukur alhamdulillah, dapat juga belajar buat ketupat daripada nenek angkat (Parit Serong). Terima kasih nenek sanggup bersabar nak ajar cucu nenek yang seorang ini nak buat ketupat.

Inilah antara hasil anyaman ketupat yang berjaya saya anyam:


ketupat bawang, sate, sinto, itik dan kuda@burung

ketupat sinto dan sate

ketupat bawang

ketupat bawang

ketupat sinto, bawang, sate

ketupat itik@dada ayam, ketupat paruh@burung@kuda




Sunday 6 July 2014

Makanan Tradisional : Terung Bakar

Satu lagi makanan tradisional kaum Dusun yang kurang diketahui iaitu Terung Bakar.
Cara menyediakan terung bakar ini adalah seperti yang berikut:
1. Bakar terung di atas api.
2. Setelah terung kelihatan kehitam-hitaman dan lembut (terung telah masak.
3. Buang kulit terung yang berwarna hitam (kesan terbakar).
4. Hancurkan terung (ikut citarasa)
5. Bubuh garam, ajinomoto@gula, perahan air limau@cuka makan, lada seroi@cili padi.
6. Siap untuk dimakan.






Cendawan apakah ini?

Projek Hutan (Jun 2014)

Sejenis cendawan yang berwarna kehitam-hitaman. Entah apakah namanya yang sebenar atau nama saintifiknya yang betul. Saya sendiri kurang tahu. Namun demikian, kebiasaannya orang kampung saya menamakan cendawan ini dengan nama panggilan "Mata Rusa@Mato Tambang" atau ada juga yang menamakannya sebagai "Mata Kerbau@Mato Karabau". Cendawan ini tidak beracun dan selamat dimakan.

Berdasarkan pemerhatian saya, cendawan jenis ini biasanya tumbuh atau hidup pada batang kayu yang telah reput atau mati. Contohnya batang kayu mati yang dibakar selepas membakar ladang yang baru siap di tebang-tebas.

Syukur alhamdulillah, sekali lagi diberi keizinan oleh Allah untuk terjumpa dan melihat cendawan ini pada tahun ini selepas bertahun-tahun tidak melihatnya. Kali terakhir terjumpa cendawan ini pun ketika berumur sekitar 9 atau 10 tahun.