SELAMAT DATANG

SELAMAT DATANG

Saturday 31 January 2015

Barisan JPP IPG KBM sesi 2015/2016

Segala puji bagi Allah tuhan pentadbir segala alam. Syukur alhamdulillah, tahun ini berjaya lagi memenangi pilihan raya. Terima kasih kepada rakan-rakan yang sudi mengundi diri saya. Terima kasih atas kepercayaan yang diberi terhadap diri saya walaupun semasa hari kempen dan pidato umum saya hari tu dah kempen supaya jangan undi diri saya. Tahniah kepada semua yang memenangi pilihan raya.

Baiklah, mari pula kita berkenalan dengan wajah-wajah barisan JPP IPG KBM sesi 2015/2016.






YDP; Mohd Shahrul Nizam bin Mohd Aman (PISMP 7B, asal Sandakan Sabah)

NYDP 1; Mashlina binti Mokhsar (PISMP 7A; asal Semporna Sabah)

NYDP 2; Nur Hidayah binti Mukthar (PISMP 4; asal Melaka) maaf tak dapat gambar kak Yah.

Setiausaha Agung Kehormat; Farhana binti Othman (PISMP 5, asal Kulim Kedah)

Naib Setiausaha Agung Kehormat; Amir Asyraffudin (PPISMP 2, asal Muar Johor)

Bendahari Agung Kehormat, Mohd Izzat Ilham bin Mustapha (PISMP 7D, asal Pasir Mas Kelantan)

Naib Bendahari Agung Kehormat; Syahirah binti Rahimin (PISMP 5, asal Keningau Sabah)


Seterusnya, barisan setiap ketua dan naib ketua biro saya akan perkenalankan pada hari-hari yang seterusnya.


Gambar-gambar di bawah pula adalah merupakan hari pertama kami bermesyuarat sekali gus pelantikan AMT dan pelantikan setiap biro. Mesyuarat ni dibuat pada petang hari selepas hari perasmian bangunan baharu@menara ipg kbm oleh TPM pada 29. 1. 2015 bertempat di bilik mesyuarat Dato Dr Seri Rais Yatim.







Saturday 24 January 2015

PRK IPG Kampus Bahasa Melayu 2015/2016

Selamat bertanding kepada semua calon-calon JPP IPG KBM sesi 2015/2016.
Ops... Sebelum terlupa, terima kasih kepada si Pembuat Poster ini.