SELAMAT DATANG

SELAMAT DATANG

Tuesday 28 July 2015

DURI LANDAK SEBAGAI PENAWAR SAKIT ASMA ATAU LELAH

alhamdulillah, merasa pegang duri2 landak.

Duri Landak


Di sini saya ingin berkongsi salah satu kaedah untuk mengubati penyakit asma. Petua ini saya perolehi daripada Wak K. Wak K memberitahu kepada saya bahawa duri (bulu) landak dapat menyembuhkan penyakit asma.

Berikut merupakan cara-cara duri landak itu digunakan sebagai penawar sakit asma:
1. Bakar duri Landak tersebut bermula dari pangkal hingga ke hulu sehingga menjadi abu.
2. Duri Landak yang telah menjadi abu perlu dipilih, iaitu asingkan serpihan-serpihan duri landak yang tidak menjadi abu sepenuhnya. Hanya pilih atau ambil duri yang benar-benar menjadi abu (seperti tepung).
3. Kemudian, ambil segelas air putih (masak). Masukan abu landak tadi ke dalam air.
4. Campurkan 1 atau 2 sudu madu ke dalam air yang berisi abu landak tadi.
5. Kacau campuran abu landak dan madu tadi dalam air sehingga sebati.
6. Setelah itu, sebelum hendak meminum air tersebut. Eloklah membaca surah al-fatihah sebanyak 1 kali dan selawat sebanyak 3 kali. Niatkan dalam hati bahawa "saya nak sembuh daripada penyakit asma".
7. Baca Bismillah lalu minum air tersebut.

Perlu diingat bahawa sepanjang mengamalkan atau berubat menggunakan duri landak ini. Pesakit dilarang sama sekali minum minuman yang berais. Pastikan pesakit sembuh sepenuhnya barulah boleh minum minuman yang berais.

Semoga petua ini bermanfaat...