SELAMAT DATANG

SELAMAT DATANG

Sunday 20 September 2015

Pantun Usik Mengusik

Kelip-kelip kusangka api,
Cahaya terbang tepi perigi;
Hilang ghaib kusangka mati,
Lama menghilang ke mana pergi?

Petik berangan di pagi hari,
Sayang Pak Malau membawa kapak;
Hilang pandangan tak mana pergi,
Duduk sebelah mana nak nampak.

Galah panjang di tebing tinggi,
Kelapa muda buahnya jarang;
Sekarang dah jarang kita berjumpa,
Mahu tak kita berkasih sayang?

Padi dijemur di tebing tinggi,
Teruna dara menolong sama;
Hati tak mahu berkasih lagi,
Saya sudah ada yang punya.

Buah cempedak si buah durian,
Nak dibawa ke Bukit Rambai;
Semakin kacak semakin tampan,
Ilmu apa cik abang pakai?

Padang Temu di remang petang,
Nelayan turun menangkap ikan;
Tak ada ilmu tak ada pantang,
Pulang kampung jangan tinggalkan.

Ramai orang memilih ikan,
Ikan cencaru harganya murah;
Kalau cika abang keluar ke pekan,
Tak rasa cemburu orang di rumah?

Turun melayang si burung merbah,
Ke dalam paya membasuh kaki;
Kasih dan sayang jangan berubah,
Sumpah setia pengikat janji.

Cik Tipah pergi ke Gemas,
Menjual ketupat dengan bahulu,
Jambatan patah buaya ganas,
Mana tempat tuan nak lalu?

No comments:

Post a Comment