SELAMAT DATANG

SELAMAT DATANG

Thursday 20 February 2014

Buku Bacaan Mingguan (6)


Penulis: Keris Mas (Diselenggarakan oleh A. Karim Haji Abdullah)
Tajuk: Pahlawan Rimba Malaya & Korban Kesuciannya
Tahun Terbit: Cetakan Pertama 1993
Penerbit: Dewan Bahasa Dan Pustaka
Bil. Muka Surat: 140
Harga: RM7

Apa yang menarik tentang novel ini adalah memuatkan 2 buah tajuk novel Keris Mas yang bertajuk Pahlawan Rimba Malaya dan Korban Kesuciannya.

Novel Pahlawan Rimba Malaya mengisahkan tentang seorang anak muda yang bernama Jefri yang sanggup berjuang dan mengorbankan dirinya semata-mata untuk melawan musuh negara. Dia juga sanggup menjadi anggota perisik atau budak pengutus surat untuk menyampaikan maklumat dari satu tempat ke satu tempat berdasarkan arahan ketua atasannya. Semasa dalam perjalanannya hendak menyampaikan surat tersebut kepada seseorang, pada waktu malam pekat dia telah membunuh seorang tentera Jepun yang cuba mengejar wanita Cina yang bernama Ah Lan. Ah Lan pada ketika itu telah cuba untuk melarikan diri dari ditangkap namun berjaya diselamatkan oleh Jefri.
Di samping itu, latar masa yang dipaparkan oleh penulis ialah pada zaman pemerintahan Jepun di Tanah Melayu. 

Seterusnya, novel kedua pula bertajuk Korban Kesuciannya mengisahkan tentang perjuangan 2 orang wanita dalam mendidik bangsanya supaya timbul kesedaran untuk pentingnya mempunyai ilmu pengetahuan dan kemahiran. 2 orang wanita itu ialah Cikgu Aini (janda kerana suaminya tidak pulang-pulang sejak dipindahkan oleh Tentera Jepun ke luar negeri) dan Ustazah Aminah (gadis pingitan di kgnya). Cikgu Aini mengajar kaum ibu kemahiran menjahit di rumahnya manakala Ustazah Aminah pula mengajar mengenai ilmu agama kepada kaum ibu juga. Namun demikian, perjuangan mereka mendidik bangsa telah terbantut kerana timbulnya fitnah kepada diri Cikgu Aini dan Encik Busu (pemuda di kgnya) yang sering berhubungan berdua-duaan. Lalu Ustazah Aminah pun berhenti mengajar sebagai langkah berjaga- jaga daripada terlibat sekali dalam fitnah. Sehubungan dengan itu, Encik Busu pun bertindak mencari jalan penyelasaian bagi menghentikan fitnah orang kampung dengan cara mengahwini Ustazah Aminah tanpa ada perasaan cinta yang sebenar-benarnya. Cikgu Aini yang telah jatuh cinta dengan Encik Busu rela mengorbankan rasa cintanya terhadap Encik Busu semata-mata untuk melihat kebahagiaan hidup sahabatnya Ustazah Aminah. Di akhir cerita novel ini. Ustazah Aminah telah berpisah dengan encik Busu kerana tidak sefahaman. Wan Asri yang mencintai Ustazah Aminah (tetapi tidak kesampaian) telah berpindah dari kampung itu kerana hendak ditahan di bawah undang-undang darurat (sisebabkan dia difitnah). Encik Busu pula telah mati sewaktu menjalani rawatan di sebuah hospital akibat ditembak. tetapi sebelum dia menghembuskan nafasnya yang terakhir Cikgu Aini (telah sembuh daripada sakit tertekan@tekanan) telah muncul untuk merawatanya. 

Pada pandangan saya dalam novel Korban Kesuciannya mesej yang cuba disampaikan oleh penulis adalah seseorang yang kita cintai dan sayangi tidak semestinya kita berjaya memilikinya. Disebabkan semata-mata untuk melihat sahabat baik kita hidup bahagia. Kita terpaksa merelakan orang yang kita cintai dan sayangi itu menjadi milik orang lain. sedangkan cinta kita terhadap diri sang kekasih adalah cinta yang suci. Itulah yang dinamakan korban kesuciannya. Mencintai orang lain dan berkahwin pun dengan orang lain juga. Sehinggakan salah seorang daripadanya harus mengalah.

No comments:

Post a Comment