SELAMAT DATANG

SELAMAT DATANG

Friday 8 March 2013

PERANCANGAN MEMBUAT AKTIVITI/PROGRAM DI KAMPUNG

Saya terfikir, daripada duduk di rumah sahaja masa cuti semester yang kerjanya cuma makan, tidur, dan menonton televisyen hanya menghabiskan beras mak bapa. Hehe... Jadinya, adalah lebih baik jika saya membuat sesuatu yang berfaedah. bukan sahaja berfaedah kepada diri saya tetapi juga mendatangkan manfaat kepada orang lain. Tambahan pula saya ingin kongsikan sedikit sebanyak ilmu, pengetahuan dan pengalaman yang saya perolehi semasa belajar di perantuan untuk masyarakt di kg. Saya kira tidak salah berkongsi pengalaman dan ilmu kepada mereka. Adalah juga sedikit yang dapat saya sumbangkan kepada orang kampung. Dalam pada itu, penglibatan golongan beliawanis (sumandak2) amat kurang sekali.

Di samping itu, saya lihat ramai anak-anak kampung yang berpendidikan maksud saya ialah anak-anak Kg Timbua yang melanjutkan pelajaran mereka di peringkat IPT/IPTS. Apabila pulang bercuti di kampung hanya akan duduk di rumah sahaja. Tetapi adalah juga yang menolong ibu bapa atau saudara mereka membuat kerja di sawah padi, kebun dan ladang. kalau orang kampung memanggil sawah padi itu ialah bolok atau tumoh. Ladang pula di panggil tebasan. Seolah-olah mereka takut hendak keluar dari rumah dan bergaul dengan masyarakat sekeliling. Mungkin sebabnya adalah takut diguna-guna daripada orang yang melihat kejayaannya melanjutkan pelajaran itu. inilah hal yang amat saya risaukan. Pantang nampak orang senang sikit mulalah nak merosakkan orang tersebut. Dengki melihat kejayaan orang lain. Bukankah rezeki seseorang itu telah ditetapkan oleh Allah? Masing-masing ada rezeki dan kelebihan yang tersendiri cuma tidak disedari sahaja. Bersyukurlah apa yang ada. Minta dijauhkan. In Shaa Allah, semua orang kampung saya baik-baik belaka. 

Syukur alhamdulillah. Atas cadangan,sokongan, pertolongan dan bantuan daripada orang kampung. Kami telah berjaya menganjurkan dua aktiviti kemasyarakatan di kampung,iaitu Sambutan Hari Pertukaran Tahun 2011/2012 Peringkat Kg.Timbua pada 24.12.11 serta Sambutan Hari Krismas dan Hari Pertukaran Tahun Kg.Lobou Timbua pada 30.12.2011-31.12.2011 . Itulah aktiviti yang pertama kali saya melibatkan diri dalam merancang dan mengelolakan aktiviti2 kemasyarakatan di kampung. 

Seterusnya, semasa musim cuti sekolah pada tahun 2012. Alhamdulillah, sekali lagi kami berkesempatan mengadakan program di kampung. Antaranya adalah Program Bimbingan Akademik & Motivasi Pelajar yang bertempat di SAN & Masjid As-Syarif, Program Jom Cemerlang yang bertempat di Balai Raya Kg.Viha, dan Seminar Pembudayaan Ilmu. Tetapi Program Jom Cemerlang dan Seminar Pembudayaan Ilmu itu saya hanya membantu sedikit-sedikit sahaja. 

Ada satu lagi program yang turut di buat serentak dengan program-program tersebut iaitu program Kepimpinan Belia Peringkat Mukim Timbua tetapi tidak berjaya diadakan atas beberapa faktor. 

Dalam merancang dan mengendalikan program-program tersebut. terdapat beberapa halangan dan cabaran yang terpaksa kami tempuhi. Salah satu halangan yang paling besar sekaliialah memperoleh sumber kewangaan. Jadinya, untuk mencari dana itu terpaksalah kami menebalkan muka membuat kutipan derma kilat daripada orang kampung dari rumah ke rumah. 

Terima kasih, terima kasih dan terima kasih kepada seluruh warga kampung yang percaya akan kebolehan diri saya dan rakan-rakan saya. pada hal ada lagi orang kampung kami sendiri yang lebih berkebolehan dan lebih banyak pengalamannya jika dibandingkan dengan diri kami. Apalah yang ada pada seorang budak hingusan seperti kami yang baharu hendak mengenal asam garam, pahit maung dan masam-masam manis kehidupan. 

Sekali lagi sekalung penghargaan yang tidak terhingga kepada seluruh  orang kampung, guru-guru,  wakil rakyat dan ahli perniagaan yang telah memberikan sumbangan kewangan kepada kami untuk menjayakan aktiviti tersebut. 

Berbanyak-banyak terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada Ketua Kampung en. Laiman, Pengerusi Jkkk en. Jhonny, Wakil Anak Negeri en. Suamin , Pemaju Mukim en. Mujin, wakil rakyat/yb2 dr. Japiril, dr. Juacim, en. Maisin, en. Ahing, dan en.Saibun, cikgu Jamal, cikgu Saripin dan semua orang kampung. Tidak lupa juga kepada kawan-kawan dan saudara/i seperti Alan, Ilu, Onong, Rupi, Amirul, Ijui, Fadili, Hadi, Juhardy, kakak Amira, kakak Maslina, adik Nisa, Iwan, Elul, Hasif, Maszidah, Syuanti, Ust.Jaumin, Ust. Sabri, guru besar SAN, Mimik, Muntut dan banyak lagi yang saya tidak dapat tuliskan satu persatu. Jangan kecil hati ya kepada yang tiada namanya ditulis. 


Masa meeting tentang Program Kepimpinan Belia Peringkat Mukim Timbua (tapi program ni ditunda)







No comments:

Post a Comment