SELAMAT DATANG

SELAMAT DATANG

Sunday 10 March 2013

Program Bimbingan Akademik & Motivasi Pelajar Peringkat Kg.Timbua 2012


Syukur alhamdulillah, pada 16.12.2012-20.12.2012 (selama 5 hari) Persatuan Pelajar Islam Timbua telah menganjurkan Program Bimbingan Akademik & Motivasi Pelajar Peringkat Kg.Timbua.

Para peserta terdiri daripada yang berumur 12 tahun sehingga 16 tahun. Maknanya di sini ialah pada tahun 2013, peserta yang berumur 12 tahun jadi 13 tahun. Peserta yang berumur 16 tahun jadi 17 tahun.

Walaupun program ini kurang mendapat sambutan dan banyak kekurangannya. Alhamdulillah, atas semangat dan kerjasama daripada barisan ajk, sokongan dan bantuan daripada orang kampung, guru2,ustaz2 serta semangat dan kesungguhan yang ditunjukkan oleh para peserta program ini dapat berjalan dengan lancarnya.

Perkara yang paling menyeronokkan dalam program ini ialah semua barisan ajknya saling bekerjasama dan bantu membantu walaupun sebenarnya tenaga ajk tidak mencukupi. Yang istimewanya lagi ialah untuk lauk atau sayur untuk hidangan makan tengah hari ialah kena rukut2. Maksudnya ialah ada ajk yang membawa beberapa buah nangka muda dan buah tarap muda untuk dijadikan sayur. Ada juga peserta yang membawa beberapa buah betik muda yang turut dijadikan sebagai sayur untuk hidangan makan tengah hari.

Yang paling seronok lagi ialah ajk bergilir-gilir memasak dan menyediakan hidangan minum pagi dan hidangan makan tengah hari. Semua ajk dan peserta sporting2. Dalam pada itu, perkara yang paling seronok juga adalah barisan ajk dan peserta sembahyang zohor secara berjemaah terlebih dahulu sebelum makan tengah hari.

Bercakap tentang kos belanjawan ni program, pada mulanya anggaran kos berjumlah Rm13,000. Dengan sasaran ajk seramai 15 orang dan sasaran peserta program pula ialah seramai 150 orang (ini termasuk kos makan sarapan pagi, minum pagi, makan tengah hari, minum petang, makan malam dan minum malam setiap seorang peserta). Dan rancangan pada asalnya (plan A) juga ialah semua ajk dan peserta mesti menginap di kawasan tempat program. Namun demikian, disebabkan beberapa perkara maka rancangan (plan A) terpaksa diubah ke rancangan yang kedua (plan B) pula digunakan, iaitu peserta akan pulang balik ke rumah masing2 setiap hari. Minum pagi dan makan tengah hari sahaja yang termampu kami sediakan. Jadinya, peserta akan bersarapan di rumah masing2.

Setiap hari aktiviti akan bermula pada pukul 8.00 pagi dan akan berakhir pada pukul 4.30 petang.

Syukur alhamdulillah, kos sebenar yang telah kami gunakan sepanjang program berlangsung kira2 Rm700 lebih sahaja.

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada guru besar SAN (Allah, lupa pula sy nama si ustaz), cikgu Juhumat, cikgu Saripin, Ustaz Jaumin, Ustaz Sabri (pengurus RPH Ranau), Hj. Suhadi Saidi (Pengerusi ABIM Ranau), Pn.Jalitah, Pn.Rosmawati, taukeh Timbua Motor, Pn.Musiah, taukeh Ting Motor Timbua, en.Laiman, dan Pn. Zura serta ustaz Josep@Yusuf dan ustaz Azhar. Terima kasih, terima kasih, dan terima kasih atas sumbangan kewangaan yang telah diberikan untuk menjayakan program ini.

Terima kasih juga kepada ibu bapa para peserta yang telah memberi keizinan kepada anak-anak mereka untuk mengikuti program ini.

Terima kasih, terima kasih dan terima kasih juga kepada barisan ajk yang terdiri daripada Hasif (Timbalan pengerusi), Sazwan (setiausaha), Nisa (timbalan setiausaha), Masziadah (bendahari), Elul, Suyanti, Mimik, Muntut, Ayang, Nadira dan lain-lain lagi.

Terima kasih kepada semua yang telah menyokong dan percaya kepada kebolehan kami.

Dan yang penting sekali ialah sedikit ilmu yang kami beri dan kongsikan kepada adik2 peserta program akan dapat diamalkan. In Shaa Allah. Mohon maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki jika ada kata2 saya yang menguris dan menyentuh perasaan terutamanya kepada barisan ajk dan adik2 peserta program. Mohon tegur dan beri nasihat kepada kami jika kami membuat kesalahan. Kami juga insan biasa punya banyak kelemahan dan kekurangan.

Semoga program ini dapat diadakan lagi untuk siri yang ke-2 masa cuti hujung tahun 2013 ni.


Sebahagian daripada ajk2 yang sporting
Ni ajk tetap makanan dan minuman. Pandaikan durang atur.

Gelagat peserta lelaki waktu makan tengah hari.

Gelagat peserta perempuan waktu makan tengah hari.

Semangat adik2 group Pemuda Insaf ni membentang. Siap ada lukisan yang comel lagi.

Adik2 group Puteri Bongsu ni mula2 malu2. Tapi semua berani juga mau bercakap.

Adik2 ni pula group Double Wow. Durang ni pun semangat. Berani2 semua bercakap di depan.
Aktiviti mencari harta karun.
Aktiviti LDK
Aktiviti LDK
Khidmat masyarakat membersihkan masjid
Belajar PC (Pertolongan cemas). Bukan mangsa kena buli ar...


Adik2 muslimat sedang solat zohor berjemaah
Adik2 muslimin sedang solat zohor berjemaah yang diimamkan oleh adik Hasif

No comments:

Post a Comment