SELAMAT DATANG

SELAMAT DATANG

Sunday 3 March 2013

Perang Di Lahad Datu, Sabah

Dalam hati hanya mampu berdoa semoga penduduk di Lahad Datu dan Semporna berada dalam lindung-NYA. 

18 comments:

  1. Disebalik rakyat Malaysia sibuk membuat persiapan menghadapi PRU ke-13. Tiba-tiba Lahad Datu & Semporna, Sabah diserang oleh Pengganas pengikut Sultan Sulu. Akibat dari peperangan ini, seramai 6 orang parajurit/pahlawan negara telah terkorban. Semoga roh mereka dicucuri rahmat.

    ReplyDelete
  2. Apakah sebenarnya motif mereka membuat kekecohan di LD & Semporna, Sabah?
    Adakah ini ada kaitanya dengan Abu Sayaf?

    ReplyDelete
  3. Sungguh kasihan akan penduduk yang tinggal di LD & Semporna. Kini hidup dalam ketakutan. Cukuplah MEREKA membuat kekecohan di LD & Semporna, jangan pula MEREKA terus merayap sehingga menguasai 1 Sabah seterusnya menguasai 1 Malaysia. Minta dijauhkan.
    Ya, Allah Selamatkan penduduk LD & Semporna. Amin.

    ReplyDelete
  4. http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0303&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_01.htm

    ReplyDelete
  5. http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0303&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_02.htm

    ReplyDelete
  6. http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Perangkap/Article

    ReplyDelete
  7. http://www.bharian.com.my/bharian/articles/KPNsahkanadapolismautkestembakandiSemporna/Article/index_html

    ReplyDelete
  8. http://www.bharian.com.my/bharian/articles/KPNsahkanadapolismautkestembakandiSemporna/Article/index_html

    ReplyDelete
  9. http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130303/dn_39/Pencerobohan-Filipina-tawar-bantuan-kepada-Malaysia

    ReplyDelete
  10. http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130303/dn_37/Keadaan-Kg-Simunul-tenang-selepas-insiden-serangan

    ReplyDelete
  11. http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130303/dn_36/Kerajaan-perlu-serang-balas-ke-atas-penceroboh---Tun-M

    ReplyDelete
  12. http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130303/dn_35/Rakyat-Sabah-di-KL-puji-keberanian-penduduk-kampung

    ReplyDelete
  13. Di atas adalah beberapa alamat internet yang saya ambil dari surat khabar Kosmo, Berita Harian & Utusan Malaysia secara online berkaitan dengan peperangan yang berlaku di LD & Semporna Sabah.

    ReplyDelete
  14. Berbanyak terima kasih saya ucapkan kepada seluruh rakyat Malaysia yang bimbingkan keselamatan penduduk & keselamatan anggota polis (PGA)di LD & Semporna serta mendoakan keselamatan mereka. Disamping itu, terima kasih yg tidak terhingga saya ucapkan kepada warga IPGKBM yg telah membuat solat hajat bagi mendoakan keselamatan di LD & Semporna.

    ReplyDelete
  15. Risau,bimbang, resah & gelisah memikirkan keselamatan mereka di seberang sana.
    Semoga keadaan di sana cepat reda.
    Semoga mereka di sana baik2 sayang sahaja.
    Ya, Allah...
    Kuatkanlah hati & semangat mereka dalam menempuh ujian ini.
    Rindu akan suasana ceria yg dahulu.

    #Aman Sabah#
    #Aman Malaysia#
    #Aman Palestin#
    #Anywhere is aman#

    *Sabah negeriku sayang, moga keamanan itu milik kita semula*

    ReplyDelete
  16. Terima kasih, terima kasih, dan terima kasih buat sang perwira negara yang sanggup berputih tulang, berkorban nyawa demi menyelamatkan negara daripada cengkaman RAKSASA GANAS itu... Setinggi-tinggi penghargaan buatmu. Jasamu dikenang.

    ReplyDelete
  17. http://www.bharian.com.my/bharian/articles/AnaksaudaraJamalulKiramdidakwa/Article

    Lahad Datu: Anak saudara kepada Jamalul Kiram III yang mendakwa pewaris kesultanan Sulu, Datu Amirbahar Hushin Kiram, dihadapkan di Mahkamah Majistret, di sini semalam, atas dakwaan melancarkan peperangan terhadap Yang di-Pertuan Agong dan menjadi anggota kumpulan pengganas dalam insiden pencerobohan Lahad Datu, awal Februari lalu.

    Datu Amirbahar, 49, dari Jolo, Selatan Filipina, didakwa di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lahad Datu, yang diisytiharkan sebagai mahkamah terbuka, di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Lahad Datu, S S M Rajalingam, yang bertindak sebagai Majistret.
    Pendakwaan dibacakan jurubahasa mahkamah dalam bahasa Suluk.

    Tiada pengakuan direkodkan

    Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan kerana dua kesalahan itu adalah mengikut bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

    Datu Amirbahar didakwa melancarkan peperangan terhadap Yang di-Pertuan Agong dan menjadi anggota kumpulan pengganas dalam kejadian pencerobohan di Kampung Tanduo di sini, antara 9 Februari dan 23 Mac lalu.

    Bagi pertuduhan melancarkan peperangan terhadap Yang di-Pertuan Agong, dia didakwa mengikut Seksyen 121 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati atau penjara seumur hidup dan boleh dikenakan denda.
    Bagi kesalahan menjadi anggota kumpulan pengganas, dia menghadapi tuduhan mengikut Seksyen 130KA kanun sama, yang membawa hukuman maksimum penjara seumur hidup dan boleh dikenakan denda.

    Rajalingam membenarkan permohonan pihak pendakwaan diketuai Ketua Bahagian Perbicaraan dan Rayuan, Datuk Nordin Hassan untuk memindahkan kes itu ke Mahkamah Tinggi Tawau mengikut peruntukan Seksyen 177A(2) Kanun Acara Jenayah (KAJ).

    Sebutan semula

    Majistret menetapkan 14 Mei ini bagi sebutan kes bersama 19 lagi tertuduh warga Filipina, yang didakwa atas pelbagai kesalahan, termasuk melancarkan perang ke atas Yang di-Pertuan Agong, menjadi anggota kumpulan pengganas, melindungi pengganas serta merekrut orang sebagai anggota kumpulan pengganas.

    ReplyDelete
  18. http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0420&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_02.htm

    KUALA LUMPUR – Anak saudara kepada Jamalul Kiram yang mendakwa dirinya sebagai Sultan Sulu, Datu Amirbahar Hushin Kiram semalam didakwa di Mahkamah Majistret yang bersidang khas di Ibu Pejabat Polis Daerah Lahad Datu, Sabah atas pertuduhan melancarkan perang terhadap Yang di-Pertuan Agong dan menjadi ahli kumpulan pengganas.

    Datu Amirbahar, (gambar) bakal berdepan hukuman mati jika sabit kesalahan mengikut Seksyen 121 Kanun Keseksaan iaitu melancarkan perang terhadap Yang di-Pertuan Agong.

    Dia yang dianggap sebagai Menteri Pertahanan Kerajaan Kesultanan Sulu juga didakwa menjadi anggota kumpulan pengganas di bawah Seksyen 130KA kanun sama yang membawa hukuman penjara seumur hidup dan boleh didenda jika sabit kesalahan.

    Amirbahar, 49, dari Jolo, selatan Filipina didakwa melakukan kedua-dua kesalahan itu di Kampung Tanduo, Lahad Datu antara 9 Februari dan 23 Mac lalu.

    Tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh yang ditangkap pada 23 Mac lepas ketika pertuduhan dibacakan dalam bahasa Suluk di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Lahad Datu, Rajalingam a/l S.S.Maniam yang bersidang sebagai Majistret.

    Pendakwaan diketuai Ketua Bahagian Perbicaraan dan Rayuan, Datuk Nordin Hassan dan Timbalan Pendakwa Raya, Mohd. Dusuki Mokhtar, kedua-duanya dari Pejabat Peguam Negara, Putrajaya dan Timbalan Pendakwa Raya Lahad Datu, Shukor Abu Bakar



    Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0420&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_02.htm#ixzz2QxM7mgQg
    Hakcipta terpelihara

    ReplyDelete