SELAMAT DATANG

SELAMAT DATANG

Wednesday 18 March 2015

Buah Kungkurad atau Buah Lemak Manis

Buah Lemak Manis merupakan buah yang mempunyai rasa lemak-lemak manis. Buah ini sedap dimakan begitu sahaja, sama ada kulit buah ini dikupas terlebih dahulu atau dimakan begitu sahaja tanpa mengupas kulitnya. Terdapat juga individu yang mengatakan rasa isi buah Kungkurad ini sama seperti rasa isi kasou@bayang iaitu ubi keledek. 

Namun begitu, lain pula halnya dengan masyarakat Kaum Dusun di daerah Ranau, Sabah. Masyarakat kaum Dusun di daerah Ranau lebih mengenali buah Lemak Manis ini denagan panggilan Buah Kungkurad. Jadinya, sesiapa yang berkunjung ke daerah Ranau dan melihat buah ini. Jangan berasa hairan dan pelik jika masyakarat kaum Dusun di daerah Ranau menggelarkan buah ini sebagai buah Kungkurad. Walau bagaimanapun, terdapat juga sesetengah individu yang mengenali buah Kungkurad ini sebagai Buah Susu. Sebab kenapa dan mengapa buah Kungkurad ini dikenali juga sebagai buah susu pun saya sebenarnya kurang tahu. Pada pendapat saya, mungkin rasa buah Kungkurad ini yang sedikit ada rasa susu agaknya buah Kungkurad ini dipanggil Buah Susu.

Selain itu, lain pula halnya jika di Semenanjung Malaysia. Sesetengah masyarakat di Semenanjung lebih mengenali buah ini dengan panggilan Buah Kuning Telur kerana isi buah Kungkurad ini seakan-akan seperti isi kuning telur. Biji buah Kungkurad ini pula seakan-akan berupa biji durian atau biji buah ciku. Namun saiz biji Kungkurad ini lebih kurang seperti saiz biji durian dan berwarna hitam.

Seterusnya, buah Kungkurad ini boleh juga dibuat jus, kuih, dan sebagainya mengikut citarasa dan kreativiti masing-masing. Namun begitu, saya lebih suka memakan buah Kungkurad secara begitu sahaja tanpa membuang kulitnya tetapi sebelum "ngap" masuk ke dalam mulut, terlebih dahulu buah Kungkurad ini mestilah dibasuh dahulu supaya buah Kungkurad bersih dan bebas dari sebarang kotoran dan kuman. 

Oh, ya! Saya hampir terlupa. Jika di daerah Ranau. Buah Kungkurad ini amat mudah ditemui di Pasar Pekan Ranau atau di gerai-gerai tepi jalan yang terletak di Pekan Nabalu. 

Semasa cuti tahun lepas, saya membeli buah Kungkurad ini di gerai Pekan Nabalu dengan harga RM5 bagi setiap kilogram, tetapi harga buah Kungkurad ini kadang kala berubah juga mengikut penjual itu sendiri. Ada sesetengah penjual yang lebih suka meletakkan harga bagi setaip biji dan ada juga sesetengah penjual yang meletakkan harga bagi setiap longgok atau pinggan buah Kungkurad tersebut. 

Mengikut penerangan penjual buah Kungkurad yang saya temui di Pekan Nabalu, beliau menjelaskan bahawa pokok buah Kungkurad ini agak lambat untuk berbuah atau mengeluarkan hasil. jadinya, kepada sesiap yang berminat untuk menanam buah Kungkurad ini kenalah bersabar sedikit.

Gambar-gambar di bawah ini pula adalah merupakan rupa bentuk buah Kungkurad yang sudah masak.



Petua nak makan buah Kungkurad yang lebih sedap ialah lihat pada kulit buah Kungkurad itu. Jika kulit buah Kungkurad itu ada kesan-kesan merekah dan nampak sedikit isinya yang kekuning-kuningan. Buah itulah yang sebenarnya paling sedap dimakan begitu sahaja.






5 comments:

  1. Kalau di daerah kota belud yg saya tahu buah kungkurad bukan buah ini. Mungkin lain daerah lain panggilannya.

    ReplyDelete
  2. Kalau di daerah kota belud yg saya tahu buah kungkurad bukan buah ini. Mungkin lain daerah lain panggilannya.

    ReplyDelete
  3. Kenapa saya makan buah ni...walaupun masak tetapi bergetah???

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau masa dia lembut. Kalau kuning mcm ni belum tentu masak

      Delete