SELAMAT DATANG

SELAMAT DATANG

Wednesday 18 March 2015

Trip To Cherating (Hari Kedua)

Hari ini merupakan hari kedua kami berada di Cherating. Aktiviti pada waktu pagi kami mulakan dengan mangrove river cruise. Apa itu mangrove river cruise? Mangrove river cruise itu ialah aktiviti melihat keindahan hutan paya bakau.

Aktiviti mangrove ini lokasinya di tempat yang sama dengan aktiviti melihat firefly@kelip-kelip iaitu, sungai Cherating. Namun tempat mula nak naik bot tu ada berbeza sedikit. Tempat kami naik bot untuk aktiviti firefly kami naik bot berdekatan dengan jambatan sungai Cherating. Manakala tempat kami naik bot untuk aktiviti mangrove pula ialah di pelantaran pejabat Encik Hafiz's Cherating Activites.


Ini signboard@papan tanda sebelum masuk simpang ke pejabat Encik Hafiz.

Hehe... Alhamdulillah, macam nampak dah kurus pula dalam gambar ni. Maaflah ya, gambar kurang jelas dan kurang berkualiti. Saya guna kamera biasa je janji bolehlah rakam gambar sikit2.

Aktiviti mangrove ni sekitar lebih kurang dalam 1 jam nak meredah sungai cherating. Bayaran untuk seorang pun sama macam aktiviti firefly rm50 juga untuk seorang. Saya pun kurang pasti sebenarnya berapa jumlah bayaran yuran untuk aktiviti mangrove ni untuk dewasa dan kanak-kanak sebab Cik Syaidatul Aisyah tapi kami panggil dia Ummi yang uruskan semua bab2 bayaran ni. Hehe... Saya ikut je. Kalau nak tahu maklumat tentang bayaran yang dikendalikan oleh Encik Hafiz's Cherating Activites ni kenalah layari sendiri laman sesawang Encik Hafiz atau lebih baik telefon terus beliau.



Puan@Saudari tu kata tinggal seorang je lagi yang boleh naik. Saya pun naiklah bot tu. Hehe

Inilah member saya satu bot untuk aktiviti mangrove.



Semua gambar-gambar yang di atas tu ialah di sekitar kawasan pelantar tempat mula nak naik bot untuk aktiviti mangrove. Kami sewa 2 bot. Bot yang satu lagi tu ada pensyarah kami naik sekali.


Bot yang satu ni Kak Yah and Family and then Our Lecturer Family. Sir Selva dan Encik Zulkifly & Puan Norrul.


Lalu chalet yang ala-ala style Bali.




Tengok ular atas dahan kayu bakau.



Tepi sungai Cherating ni ada orang memancing.










Kawan2 satu bot ajak wefie.







Yang ni pokok nipah.


Nampak tak pokok bakau yang panjang2 tu? Lah, gambar dia kabur pula.





Inilah rupa buah kayu bakau tu.




Bentuk akar kayu bakau ni rupa dia macam bentuk ular.

Ingatkan ular. Rupanya akar pokok kayu bakau.


Inilah buah nipah.




Ops... Tiba-tiba terjumpa pula pak cik yang sedang menarik bubuh ketam.


Baik juga pak cik ni. Beliau sudi bagi peluang pengunjung@pelawat@pelancong pegang ketam tu. Kalau tak silap saya, ketam ni jenis ketam paya bakau.


Inilah rupa buah pokok kayu bakau tu kalau dari dekat.

Yang ni masa nampak biawak sedang bersantai di atas dahan kayu bakau.




Mat Salleh pun siap boleh berkayak lagi di Sungai Cherating ni.

Yang ni sekali lagi terjumpa orang tarik bubu ketam.

Nampak tak ketam tu? Besar kan?

Yang berjaring-jaring tu lah bubu ketam. Saya pun pertama kali tengok. Haha

Di depan kami tu jambatan kereta. Alamak, takutnya nak lalu bawah jambatan. Masa lalu bawah jambatan tu, semua kepala kena tunduk bawah.


Ekh... Ada monyetlah...

2 ekor monyet sedang bersantai di atas bumbung. Lah, monyet dia nampak kecil je pula dalam gambar ni. Ops... Nampak tak pelantar tu? Siap ada pasang astro... Terbaik...









Alhamdulillah, dah selesai pun aktiviti mangrove.


Alhamdulillah, selepas siap aktiviti mangrove. Kami pun balik ke chalet semula. Tetapi bas lambat datang pula. Saya dan beberapa orang kawan, pun sepakat jalan kaki je balik chalet. Tak jauh pun, dekat je.

Oh, ya! Sebelum saya terlupa. Sepatutnya selepas aktiviti mangrove tu dalam tentatif program cadang nak buat lawatan ke Limbong Art (Penghasilan kain batik) tapi disebabkan hal-hal tertentu kami tidak jadi buat lawatan ke Limbong Art.

Alhamdulillah, semasa dalam perjalanan nak balik ke chalet tu, kami lalu tempat Limbong Art ni. Saya pun apa lagi snap lah barang dua, tiga keping gambar di Limbong Art. Tapi snap gambar dari luar je lah. Segan pula nak masuk. Ada hikmah juga kami jalan kaki balik ke chalet, dapat juga nampak tempat Limbong Art ni.





Seterusnya, kami pun meneruskan aktiviti lawatan ke Pusat Santuary Penyu Cherating. Yang ni kena naik bas pergi sana.


Selfie jap sebelum masuk ke dalam pusat santuary penyu.


































Demikianlah suasana di dalam Pusat Santuary Penyu Cherating. Oh, ya! Masuk ke dalam pusat santuary penyu ni percuma... Tapi boleh hulurkan derma depan kaunter dan boleh beli keychain@rantai kunci. Rantai kunci dia mahal sikitlah rm6 setangkai. Kalau di luar atau kedai-kedai tepi jalan di kawasan chalet tu setangkai rantai kunci harga dia rm4. Kalau ambil tiga dapatlah diskaun harga rm10.

Selepas selesai aktiviti lawatan di Pusat Santuary Penyu, kami pun balik semula ke chalet tempat kami menginap untuk bagi laluan kawan-kawan lelaki nak pergi solat jumaat tapi diorang tak pergi pun buat solat jamak sahaja dalam bilik sebab penat. Aktiviti sebelah petang tak ada, aktiviti bebas. Siapa yang nak tidur pun boleh, nak mandi di pantai pun boleh. Sebabnya malam ni nak ke Kemaman, Terangganu pula untuk dinner seafood.






Semua gambar2 di atas tu ialah gambar2 kami semasa makan seafood. Kira murah juga harga makanan seafood di restoran Pak Clamp ni. 18 orang makan bayar harga makanan lebih kurang rm700++... Kalau makan seafood di tempat lain mungkin lagi mahal kot.


Ops... Sementara nak tunggu pesanan siap. Pak cik@abg ipar pun datang jumpa saya. Pak cik siap bawa banyak buah tangan. Terima kasih pak cik K.

Pak cik sempat datang jumpa semasa menunggu pesanan makanan di restoran Pak Clamp, Kemaman. Kira saya dan pak cik jejak kasih lah. Hehe... Pak cik saya ni muda lagi dan masih single. Bolehlah isi borang nak mengorat dia. Haha



1 comment: