SELAMAT DATANG

SELAMAT DATANG

Tuesday 17 March 2015

Trip To Cherating (Hari Pertama)


 Alhamdulillah, walaupun tarikh memori ini sudah lama berlalu namun baru kali inilah saya mempunyai kelapangan untuk menulis semula di laman blog saya.

Baiklah, cerita untuk kali ini adalah berkisar tentang percutian saya bersama dengan rakan-rakan Mantan JPP IPG KBM Sesi 2014/2015 ke Cherating, Kuantan Pahang.

Pada tarikh 19 Februari 2015 sehingga 21 Februari 2015 (bersamaan dengan jatuhnya tarikh Cuti Tahun Baru Cina), saya dan rakan-rakan mantan jpp ipg kbm sesi 2014/2015 telah mengadakan lawatan atau percutian ke Cherating, Kuantan, Pahang. Namun demikian, selain daripada ke destinasi utama percutian kami iaitu Cherating. Kami juga telah membuat lawatan ke Kemaman, Terangganu dan Taman Tema Air Bukit Gambang, Kuantan, Pahang. 

Walaupun begitu, saya berasa sedih kerana terdapat beberapa orang lagi mantan jpp sesi 14/15 yang tidak dapat turut serta dalam percutian ini disebabkan oleh hal-hal yang tidak dapat dielakkan. 

Pada 19 Februari 2015 tepat pada pukul 9.30 pagi, kami mula bertolak dari kampus ipg kbm menuju ke Cherating. Walau bagaimanapun, sewaktu dalam perjalanan menuju ke Cherating, kami beberapa kali terperangkap dalam kesesakan lebuh raya. Kesesakan jalan yang pertama kami hadapi ialah di kawasan lebuh raya Gombak. Kesesakan yang kedua ialah di kawasan lebuh raya Bentong sehinggalah ke Karak. Kesesakan yang ketiga ialah di kawasan lebuh raya Sempadan Kuantan-Terangganu. Semasa dalam kesesakan, di sinilah salah seorang daripada rakan lelaki tidak tahan untuk membuang air kecil, lalu dia pun turun di tepi jalan dan pegi ke tepi semak untuk membuang air kecil. Pemandu dan penumpang kereta-kereta yang berada di situ semuanya melihat dan tersenyum-senyum sahaja, ada juga yang tergelak. Mungkin kerana tak pernah dibuat oleh orang. Wow, rare! Maaf ya sahabat. Ini cerita sekadar untuk mengimbas kembali semula kenangan percutian kita di Cherating. Kesesakan yang keempat pula apabila menghampiri tol Jabor. Rupa-rupanya punca kesesakan di tol Jabor tu ada jalan yang ditutup Alhamdulillah, akhirnya kami tiba jua dengan selamat di Cherating tepat pukul 6.00 petang. 

Itulah bas atau coaster yang kami naik. Encik yang pegang dagu dan encik yang baju biru tu lah pemandu bas kami. Terima kasih encik2 sudi tolong bawakan kami ke Cherating.


Inilah antara mantan2 jpp sesi14/15. Ini ketika menunggu ketua pengurus kami iaitu Aisyah untuk proses check in di chalet Cherating Inn Beach View.

Selepas membuat check-in untuk menginap di chalet Cherating Inn Beach View, saya dan kawan-kawan yang lain pun mengambil kesempatan untuk berjalan-jalan di pantai Cherating. Kawan-kawan yang lain pula ada yang terus mandi laut.

Chalet tempat kami menginap. Betul2 berada di hadapan laut.













Semua gambar2 di atas ini bertempat di Pantai Cherating



Pada waktu sebelah malam hari pertama kami di Cherating. Kami telah menaiki bot enjin (berbentuk perahu/sampan) meredah sungai Cherating untuk melihat keindahan kelip-kelip atau kunang-kunang (firefly). Subhanallah, seronoknya menikmati keindahan malam di sungai Cherating. Walau bagaimanapun, kami tidak dapat merakam atau mengambil gambar kelip-kelip, bahkan sebarang alat seperti lampu suluh atau telefon (semua yang mengeluarkan cahaya) langsung sama sekali tidak dibenarkan. Dikhuatiri akan menakutkan kelip-kelip. 

Selepas balik daripada melihat kelip-kelip di sungai Cherating. Kami pun membuat aktiviti BBQ.







Oh, ya! Tambang menaiki bot enjin bagi seorang untuk aktiviti melihat kelip-kelip atau firefly adalah sebanyak rm50. Kalau tak silap saya lah.



No comments:

Post a Comment