SELAMAT DATANG

SELAMAT DATANG

Thursday 9 January 2014

Buku Bacaan Mingguan (1)

Buku Bacaan Mingguan:



Tajuk: Mantapkan Hati Meminang Bidadari

Penulis: Burhan Sodiq
Tahun Terbit: Cetakan Pertama Julai 2012
Penerbit: Jundi Resources
Bil. Ms: 140
Harga: Rm15 (Semenanjung) Rm17 (Sabah/Sarawak)
Tempoh bacaan: 3 hari

Apa yang menarik tentang buku ini ialah buku ini khusus ditulis untuk bacaan kaum lelaki yang masih belum berkahwin. Dalam buku ini turut memuatkan bagaimanakah caranya seorang lelaki (belum berkahwin) itu hendak memantapkan hatinya untuk meminang wanita pilihannya. Namun demikian, buku ini juga sesuai untuk bacaan kaum wanita.
Di samping itu, antara bab-bab yang menarik dalam buku ini adalah seperti seorang lelaki itu jangan mudah putus asa berikhtiar, bagaimana cara mengenali pasangan dan cara meminang wanita pilihan hati. Bagi pendapat saya, tidaklah salah seorang wanita membaca buku-buku yang ditulis khusus untuk lelaki kerana wanita juga perlu tahu mengenai lelaki lebih-lebih lagi jika dia mempunyai keinginan untuk bersuami apatah lagi jikalau dia juga mempunyai adik-beradik lelaki.

Antara bait-bait tulisan dalam buku ini yang menarik minat saya adalah seperti:

Saya Tidak Cukup Duit!

Sebahagian besar pemuda mengeluh tidak punya wang yang cukup untuk meminang wanita idamannya. Terbayang kos yang sangat mahal untuk mendapatkan bidadari pujaan hatinya. Kos mahar, kos urusan di pejabat kadi, juga belanja resepsi pernikahan yang luar biasa banyaknya.

Akibatnya banyak pemuda yang memutuskan menunda pernikahan mereka dan memilih untuk terus bercinta. Mereka tahu risiko dosa yang akan semakin menggunung jika mereka terus berhubungan tanpa ikatan yang sah. Mereka saling mencintai dan menyanyangi tetapi malangnya mereka tidak mampu menghalalkan hubungan cinta dan sayangnya itu dengan sebuah pernikahan.

Kuncinya terletak pada kemahuan yang keras dan keupayaan untuk menghindari azab Allah. Apabila kita punya kemahuan yang kuat, Insya Allah akan selalu ada jalan dari setiap peluang yang ada di depan mata kita. Persoalannya, akan menjadi lebih rumit ketika perasaan sombong dan ego bercampur aduk dalam urusan mencari rezeki.

Sebenarnya banyak pekerjaan yang menghasilkan wang. Tetapi kita sombong kerana pekerjaan itu bukan suatu yang hebat dan ia lebih kepada bentuk pekerjaan yang kasar dan melelahkan. Kita ingin punya wang yang banyak tanpa perlu bersusah payah mendapatkannya.

Kalau kemahuan kita sudah keras, niat kita sudah benar, Allah pasti akan membantu kita. Bantuan Allah mungkin bukan dalam bentuk wang tunai, tetapi mungkin dari banyaknya teman dan kenalan kita. Dari mereka kita akan mendapat informasi seputar peluang pekerjaan dan juga peluang yang boleh menambahkan pundi-pundi wang kita.

Apakah pernikahan itu sudah menjadi keutamaan kita? Kalau sudah, apa yang sudah kita lakukan untuk merealisasikannya? Apakah memang kita sudah mendahulukannya berbanding kepentingan yang lain? Atau jangan-jangan itu hanyalah mainan bibir sahaja? (ms: 56-58)

...Suatu keadaan yang amat menyedihkan apabila kita mula mencecah usia tua dan fizikal kita semakin hari semakin lemah dan longlai. Ketika itu sedarlah kita bahawa di saat itu barulah kita sedar kita menyedari betapa kita benar-benar memerlukan teman untuk mendampingi kita. Teman yang akan mententeramkan kita di saat-saat kita kesepian...(ms:61)

No comments:

Post a Comment