SELAMAT DATANG

SELAMAT DATANG

Wednesday 22 May 2013

MADU ASLI TUALANG BOLEH HILANGKAN SAKIT SENGGUGUT


Mungkin ada yang sudah mengetahui sedikit banyak mengenai khasiat memakan madu asli. Tahukah anda bahawa salah satu khasiat memakan madu asli boleh menghilangkan sakit senggugut bagi golongan wanita? Alhamdulillah, hal ini terbukti bahawa pada hari pertama saya period(datang bulan), sakit senggugut di bahagian pinggang sangat sakit. Mahu tidur pun tidak selesa. Kebetulan 2 hari lepas, sebelum saya period saya telah membeli sebotol madu asli tualang dari Perak daripada abg senior saya yang berharga rm70.

Jadinya, sebaik sahaja terpandang madu asli di meja study. Saya pun mencuba untuk makan madu asli ni. Manalah tahu mungkin boleh menghilangkan atau meredakan sakit senggugut yang saya hadapi. Itulah yang saya fikirkan dalam hati.

Jadinya, saya pun mencuba mengambil 2 sudu madu dan terus makan. Sebelum makan tu, terlebih dahulu saya membaca basmalah dan saya niatkan dalam hati semoga madu asli tersebut dapat melegakan sakit senggugut yang saya alami.

Alhamdulillah, sekitar 5-10 minit selepas memakan madu asli. Sakit senggugut yang saya alami semakin lega dan beransur-ansur kurang kesakitannya.

Oleh itu, saya sarankan kepada pengunjung blog ini khususnya wanita. Jika saudari mengalami sakit senggugut bolehlah mencuba mengambil madu asli. Lebih baik daripada mengambil ubat sakit senggugut yang dibekalkan dari hospital, klinik atau yang dibeli dari klinik swasta.

Di samping itu, saya juga ingin berkongsi tips untuk mengetahui madu asli yang sebenar.
Ada beberapa cara, antaranya:
1. Rasa madu asli agak sedikit masam (berasid).
2. Madu asli mengeluarkan buih-buih kecil@halus apabila dituangkan ke dalam bekas yang lain.
3. Madu asli yang di dalam botol tidak boleh digoncang kerana akan meletup. (macam cencaluk jugalah, kalau kena goncang dan apabila mahu buka penutup botol cencaluk tu. Cencaluk tu akan meletup. Saya sudah pernah alaminya. Isi cencaluk yang di dalam botol tu habis terbang naik ke atas dan melekat di syiling. Habis berbau 1 dorm. Haha) Jadinya, berhati-hatilah ya.
4. Madu asli tidak akan didatangi semut. Tetapi ada juga sejenis semut yang kecil2 ni datang kerumuni madu asli tu dalam beberapa ekor ja. Berbanding dengan manisan yang manis2, semut akan datang kerumuni dalam kuantiti yang agak banyak.

Inilah madu asli tu. Dijual dalam botol besar. Sebotol rm70.

Ini rupa madu asli yang baru dipindahkan ke dalam bekas lain. Agak berbuih sedikit.


1 comment: