SELAMAT DATANG

SELAMAT DATANG

Wednesday 1 May 2013

Syair (irama batu belah) Tema Alam Sekitar


Tari sang unggas kini menyepi,
Angkara durjana tiada kasihi,
Di sana sini bumi dicurangi,
Tiadakah rasa derita bumi.

Aduhai adinda dengarlah ini,
Dikau khalifah berjiwa insani,
Bumi hijau janganlah dicemari,
Ingatlah selalu amanah ini.

Karya; Florina Gukin
Didendangkan oleh; Helora Mohirin

Syukur alhamdulillah, puisi tradisional di atas telah saya lagukan sempena Sayembara Puisi Berirama Peringkat IPG KBM 2013 (tema alam sekitar). 

Kumpulan kami diberi nama Pembuai Keinsafan yang terdiri daripada saya, Floe, Jaelle, Aida, Mau, dan Afik. Afik sebagai pemain gitar. Saya, Mau, dan Aida lagukan syair manakala Floe & Jaelle deklamasikan puisi dan lagukan (lebih kurang seperti Mestamu@Puisi dan Lagu).

Walaupun terdapat kekurangan dan masalah teknikal semasa membuat persembahan. Tetapi apabila keputusan diumukan, kami mendapat tempat kedua dalam Sayembara Puisi Berirama. Syukur alhamdulillah yang tidak terhingga. Namun demikian, ada beberapa orang pensyarah yang kata sepatutnya kumpulan kami yang menjadi johan tetapi agaknya bukan rezeki kami untuk menjadi johan Sayembara Puisi Berirama pada tahun ini. Terima kasih saya ucapkan kepada ahli kumpulan saya dan kawan-kawan sekelas yang sentiasa memberi sokongan kepada kami malah ada yang secara suka rela membantu di sebalik tabir untuk menyusun atur kedudukan prop & mengatur teknik pencahayaan. Terima kasih kepada Onjoy, Hafiz, Akmal, Izzat, Rabi& Zul yang membantu di di sebalik tabir. Terima kasih juga kepada K.Ain, Adah, Suri, Eva, Lyeen, Mimi & Cici.


Alhamdulillah terima kasih atas kemenangan ini, Ya Allah.

Hadiah disampaikan oleh Tim. Pengarah, Dr. Hj. Ali diiringi oleh  Ketua Jabatan  Kesusasteraan, Encik Nadzeri



Bergambar bersama dengan rakan-rakan sekelas

No comments:

Post a Comment