Buah cempedak di luar pagar,
Ambil galah tolong jolokkan;
Saya budak baru belajar,
Salah dan silap tolong maafkan.
Pulau Pandan jauh ke tengah,
Gunung Daik bercabang tiga;
Hancur badan dikandung tanah,
Budi yang baik dikenang juga.
Kalau tidak kerana bulan,
Tidak bintang terbit pagi;
Kalau tidak kerana tuan,
Tidaklah saya sampai ke mari.
Kalau ada jarum yang patah,
Jangan disimpan di dalam peti;
Kalau ada silap dan salah,
Jangan disimpan di dalam hati.
Kalau ada sumur di ladang,
Boleh saya menumpang mandi;
Kalau ada umur yang panjang,
Boleh kita berjumpa lagi.
Blog Helora Mohirin
SELAMAT DATANG
Sunday, 20 September 2015
Pantun Usik Mengusik
Kelip-kelip kusangka api,
Cahaya terbang tepi perigi;
Hilang ghaib kusangka mati,
Lama menghilang ke mana pergi?
Petik berangan di pagi hari,
Sayang Pak Malau membawa kapak;
Hilang pandangan tak mana pergi,
Duduk sebelah mana nak nampak.
Galah panjang di tebing tinggi,
Kelapa muda buahnya jarang;
Sekarang dah jarang kita berjumpa,
Mahu tak kita berkasih sayang?
Padi dijemur di tebing tinggi,
Teruna dara menolong sama;
Hati tak mahu berkasih lagi,
Saya sudah ada yang punya.
Buah cempedak si buah durian,
Nak dibawa ke Bukit Rambai;
Semakin kacak semakin tampan,
Ilmu apa cik abang pakai?
Padang Temu di remang petang,
Nelayan turun menangkap ikan;
Tak ada ilmu tak ada pantang,
Pulang kampung jangan tinggalkan.
Ramai orang memilih ikan,
Ikan cencaru harganya murah;
Kalau cika abang keluar ke pekan,
Tak rasa cemburu orang di rumah?
Turun melayang si burung merbah,
Ke dalam paya membasuh kaki;
Kasih dan sayang jangan berubah,
Sumpah setia pengikat janji.
Cik Tipah pergi ke Gemas,
Menjual ketupat dengan bahulu,
Jambatan patah buaya ganas,
Mana tempat tuan nak lalu?
Cahaya terbang tepi perigi;
Hilang ghaib kusangka mati,
Lama menghilang ke mana pergi?
Petik berangan di pagi hari,
Sayang Pak Malau membawa kapak;
Hilang pandangan tak mana pergi,
Duduk sebelah mana nak nampak.
Galah panjang di tebing tinggi,
Kelapa muda buahnya jarang;
Sekarang dah jarang kita berjumpa,
Mahu tak kita berkasih sayang?
Padi dijemur di tebing tinggi,
Teruna dara menolong sama;
Hati tak mahu berkasih lagi,
Saya sudah ada yang punya.
Buah cempedak si buah durian,
Nak dibawa ke Bukit Rambai;
Semakin kacak semakin tampan,
Ilmu apa cik abang pakai?
Padang Temu di remang petang,
Nelayan turun menangkap ikan;
Tak ada ilmu tak ada pantang,
Pulang kampung jangan tinggalkan.
Ramai orang memilih ikan,
Ikan cencaru harganya murah;
Kalau cika abang keluar ke pekan,
Tak rasa cemburu orang di rumah?
Turun melayang si burung merbah,
Ke dalam paya membasuh kaki;
Kasih dan sayang jangan berubah,
Sumpah setia pengikat janji.
Cik Tipah pergi ke Gemas,
Menjual ketupat dengan bahulu,
Jambatan patah buaya ganas,
Mana tempat tuan nak lalu?
Friday, 18 September 2015
LAGU TUNAS PUTERI DAN LAGU LOCENG TUNAS PUTERI
TUNAS PUTERI BERTUJUAN
MENOLONG DAN BERKAWAN
LAGU KUMPULAN
BUNGA SIANTAN (MERAH):
SIANTAN DATANG BERKAWAN
BERANI MACAM PAHLAWAN
BUNGA MELUR (PUTIH):
MELOR TAAT SETIA
BERUSAHA SETIAP MASA
BUNGA KENANGA (HIJAU):
KAMI BERNAMA KENANGA
BERJASA BERTENAGA
BUNGA CEMPAKA (KUNING):
CEMPAKA BERSUKARIA
MENOLONG ORANG DUKA
LAGU LOCENG TUNAS PUTERI
OH TUHANKU
SERUAN HAMBAMU
BERI KAMI NIKMAT
SEPANJANG HAYAT
SELAMAT TINGGAL/MALAM (3X)
MENOLONG DAN BERKAWAN
LAGU KUMPULAN
BUNGA SIANTAN (MERAH):
SIANTAN DATANG BERKAWAN
BERANI MACAM PAHLAWAN
BUNGA MELUR (PUTIH):
MELOR TAAT SETIA
BERUSAHA SETIAP MASA
BUNGA KENANGA (HIJAU):
KAMI BERNAMA KENANGA
BERJASA BERTENAGA
BUNGA CEMPAKA (KUNING):
CEMPAKA BERSUKARIA
MENOLONG ORANG DUKA
LAGU LOCENG TUNAS PUTERI
OH TUHANKU
SERUAN HAMBAMU
BERI KAMI NIKMAT
SEPANJANG HAYAT
SELAMAT TINGGAL/MALAM (3X)
LAGU-LAGU WAJIB DALAM UPACARA DAN ISTIADAT PANDU PUTERI
1. LAGU DUNIA/WORLD SONG
2. LAGU TAPS; SIANG DAN PETANG/MALAM
3. LAGU "THE FRIENDS OF ASIA PACIFIC REGION', WAGGGS
LIRIK LAGU DUNIA
Arah kita jelas ke depan
bendera berkibar
tidak berlipat di dunia
harapan abadi
bersatu untuk kebenaran
persahabatan kukuh
selagi dunia masih ada
akan nyanyi
lagu ini
WORLD SONG
our way is clear
as we march on
and see our flag on high
is never furled
throughout the world
for hope shall never die
we must unite for what is right
in friendship true and strong
until the earth in its rebirth
shall sing our song
shall sing our song
TAPS SIANG
kami puji
nikmat diberi
matahari, bintang-bintang, langit biru
mana pergi
hidup kami
tuhan saksi
TAPS DAY
thanks and prise
for the day
neath the sun
neath the stars
neath the sky
as we go
this we know
god is nigh
TAPS PETANG/MALAM
malam datang
siang hilang
dari laut, dari gunung dari langit
semua selamat
sihat rehat
berkat tuhan
TAPS EVENING
day is done
gone the sun
from the sea
from the hills
from the sky
all is well
safely rest
god is nigh
"THE "THE FRIENDS OF ASIA PACIFIC REGION", WAGGGS
asia pacific region, where the sun greets the world
with a new day
diverse in heritage and cluture
yet one in vision for the future
the hemisfere divide the world
the orient from the occident
tis and the twain shall never meet but now,
the east meets west
for there are friends of different creeds and
color welding a bond of caring for girls and
young women of asia pacific region
2. LAGU TAPS; SIANG DAN PETANG/MALAM
3. LAGU "THE FRIENDS OF ASIA PACIFIC REGION', WAGGGS
LIRIK LAGU DUNIA
Arah kita jelas ke depan
bendera berkibar
tidak berlipat di dunia
harapan abadi
bersatu untuk kebenaran
persahabatan kukuh
selagi dunia masih ada
akan nyanyi
lagu ini
WORLD SONG
our way is clear
as we march on
and see our flag on high
is never furled
throughout the world
for hope shall never die
we must unite for what is right
in friendship true and strong
until the earth in its rebirth
shall sing our song
shall sing our song
TAPS SIANG
kami puji
nikmat diberi
matahari, bintang-bintang, langit biru
mana pergi
hidup kami
tuhan saksi
TAPS DAY
thanks and prise
for the day
neath the sun
neath the stars
neath the sky
as we go
this we know
god is nigh
TAPS PETANG/MALAM
malam datang
siang hilang
dari laut, dari gunung dari langit
semua selamat
sihat rehat
berkat tuhan
TAPS EVENING
day is done
gone the sun
from the sea
from the hills
from the sky
all is well
safely rest
god is nigh
"THE "THE FRIENDS OF ASIA PACIFIC REGION", WAGGGS
asia pacific region, where the sun greets the world
with a new day
diverse in heritage and cluture
yet one in vision for the future
the hemisfere divide the world
the orient from the occident
tis and the twain shall never meet but now,
the east meets west
for there are friends of different creeds and
color welding a bond of caring for girls and
young women of asia pacific region
Tuesday, 28 July 2015
DURI LANDAK SEBAGAI PENAWAR SAKIT ASMA ATAU LELAH
alhamdulillah, merasa pegang duri2 landak. |
Duri Landak |
Di sini saya ingin berkongsi salah satu kaedah untuk mengubati penyakit asma. Petua ini saya perolehi daripada Wak K. Wak K memberitahu kepada saya bahawa duri (bulu) landak dapat menyembuhkan penyakit asma.
Berikut merupakan cara-cara duri landak itu digunakan sebagai penawar sakit asma:
1. Bakar duri Landak tersebut bermula dari pangkal hingga ke hulu sehingga menjadi abu.
2. Duri Landak yang telah menjadi abu perlu dipilih, iaitu asingkan serpihan-serpihan duri landak yang tidak menjadi abu sepenuhnya. Hanya pilih atau ambil duri yang benar-benar menjadi abu (seperti tepung).
3. Kemudian, ambil segelas air putih (masak). Masukan abu landak tadi ke dalam air.
4. Campurkan 1 atau 2 sudu madu ke dalam air yang berisi abu landak tadi.
5. Kacau campuran abu landak dan madu tadi dalam air sehingga sebati.
6. Setelah itu, sebelum hendak meminum air tersebut. Eloklah membaca surah al-fatihah sebanyak 1 kali dan selawat sebanyak 3 kali. Niatkan dalam hati bahawa "saya nak sembuh daripada penyakit asma".
7. Baca Bismillah lalu minum air tersebut.
Perlu diingat bahawa sepanjang mengamalkan atau berubat menggunakan duri landak ini. Pesakit dilarang sama sekali minum minuman yang berais. Pastikan pesakit sembuh sepenuhnya barulah boleh minum minuman yang berais.
Semoga petua ini bermanfaat...
Friday, 27 March 2015
Hari Keluarga Tagal @ Tagal Family Day's
Pada 19.3.2015-20.3.2015 yang lepas, ahli jawatankuasa Tagal Lubuk Batu Timbua telah mengadakan Hari Keluarga Tagal yang bertempat di Tagal Lubuk Batu Timbua, Sungai Sugud selama 2 hari. Antara aktiviti yang telah dijalankan sepanjang Hari Keluarga Tagal adalah seperti yang berikut;
1. Pertandingan Bola Tampar
2. Melepaskan anak2 ikan ke dalam sungai
3. Bersampan
4. Menanam anak2 pokok
5. Berkhemah
6. Berkelah
7. Pertandingan Masakan Tradisional
8. Karaoke
9. DLL
Berminat untuk mengetahui aktiviti Tagal Lubuk Batu Timbua? Bolehlah melawat atau melayari funpage fb tagal lubuk batu timbua di https://www.facebook.com/pages/Tagal-Lubuk-Batu-Timbua-Kg-Lobou-Timbua/411834728946419 atau boleh berhubung terus dengan Encik Jatirin di talian 017-8684188 (call/message/whatsapp/telegram) atau Puan Lilly di talian 017-8380285 (call/message/whatsapp/telegram) pada bila-bila masa sahaja.
Berikut adalah gambar-gambar yang sempat diambil sewaktu Hari Keluarga Tagal;
Subscribe to:
Posts (Atom)