SELAMAT DATANG

SELAMAT DATANG

Saturday 13 September 2014

Projek Mural Sk Parit Serong, Tanjong Karang Ogos-September 2014





































Buah Kamansi atau Buah Keluwi




Gambar-gambar di atas merupakan buah Kamansi atau buah Keluwi. Buah Kamansi biasanya dinamakan oleh masyarakat kaum Dusun di Sabah manakala buah Keluwi pula dinamakan oleh masyarakat kaum Jawa di Tanjong Karang Kuala Selangor. 
Di samping itu, rupa bentuk pokok ini juga seakan-akan seperti pokok Sukun.

Secara kebiasaannya buah kamansi atau keluwi yang masih muda amat sesuai untuk dibuat sayur masak lemak, digoreng kosong atau dibuat sup. Manakala buah kamansi atau buah keluwi yang sudah tua atau masak boleh dimakan begitu sahaja atau bijinya diambil dan dimasak secara rebus. Biji buah keluwi atau kamansi yang direbus juga sangat sedap dimakan begitu sahaja.

Gambar diambil di Kg. Parit Serong, Tanjong Karang.


Monday 25 August 2014

Pokok Lempoyang






Antara kegunaan pokok lempoyang adalah untuk dibuat jamu. Namun demikian, air daripada buah lempoyang juga baik untuk menghilangkan dahaga. Caranya adalah ambil sebuah buah lempoyang. Kemudian pegang sambil memicit buah lempoyang apabila airanya mulai keluar, halakan ke mulut bagi membolehkan air buah lempoyang masuk ke dalam mulut.

Lokasi gambar diambil: Kg. Parit Serong




Buah Mahkota Dewa Penawar Penyakit Kencing Manis


Pokok Mahkota Dewa

Buah Mahkota Dewa




Khasiat buah Mahkota Dewa adalah sebagai penawar untuk penyakit kencing manis. Cara untuk menjadikannya sebagai ubat adalah dengan menghiris kecil-kecil buah mahkota dewa yang berwarna merah. Kemudian, jemurkan di tempat yang panas sehingga ianya benar-benar kering. Setelah itu, ambillah hirisan buah yang telah kering itu untuk direbus dengan air. Sesudah selesai direbus, tunggu sehingga airnya sejuk atau menjadi suam-suam kuku untuk diminum. Insya Allah, amalkan minum air rebusan mahkota 3 kali sehari sedikit-sebanyak boleh melegakan penyakit kencing manis.

Namun demikian, perlu diingat bahawa biji buah mahkota yang kehitam-hitaman tidak boleh dimakan kerana bijinya beracun. Dikhuatiri boleh menyebabkan maut.

Sumber: Cikgu Ramlah, Kg. Parit Serong.

Senyuman Di Parit Serong

Sawah Padi





Suasana Awal Pagi di SKPS

Senja di SKPS

Rumah keluarga angkat

Rumah keluarga angkat







Warna Warni Sambutan Hari Raya Aidilfitri Peringkat SK Parit Serong Tajong Karang Ogos 2014













Bacaan Yasin
Perhimpunan Pagi