SELAMAT DATANG

SELAMAT DATANG

Friday 24 May 2013

Pantun Tema Setia/Kesetiaan


Buah cempedak si buah durian,
Nak dibawa ke Bukit Rambai,
Semakin kacak semakin tampan,
Ilmu apa cik abang pakai?

Padang Temu di rembang petang,
Nelayan turun menangkap ikan,
Tak ada ilmu tak ada pantang,
Pulang kampung jangan tinggalkan.

Ramainya orang memilih ikan,
Ikan Cencaru harganya murah,
Kalau cik abang keluar ke pekan,
Tak rasa cemburu orang di rumah?

Turun melayang si burung Merbah,
Ke dalam paya membasuh kaki,
Kasih dan sayang jangan berubah,
Sumpah setia pengikat janji.

#Kredit untuk Pak Baharim & Pak Idris#

Pantun Tema Mengusik


Kelip-kelip kusangka api,
Cahaya terang tepi perigi,
Hilang ghaib kusangka mati,
Lama menghilang ke mana pergi?

Petik berangan di pagi hari,
Sayang Pak Malau membawa kapak,
Hilang pandangan tak mana pergi,
Duduk sebelah mana nak nampak.

Galah panjang jolok kelapa,
Kelapa muda buahnya jarang,
Sekarang dah jarang kita berjumpa,
Mahu tak kita berkasih-sayang?

Padi dijemur di tebing tinggi,
Teruna dara menolong sama,
Hati tak mahu berkasih lagi,
Saya ini sudah berpunya.

#Kredit untuk Pak Baharim & Pak Idris#

Wednesday 22 May 2013

MADU ASLI TUALANG BOLEH HILANGKAN SAKIT SENGGUGUT


Mungkin ada yang sudah mengetahui sedikit banyak mengenai khasiat memakan madu asli. Tahukah anda bahawa salah satu khasiat memakan madu asli boleh menghilangkan sakit senggugut bagi golongan wanita? Alhamdulillah, hal ini terbukti bahawa pada hari pertama saya period(datang bulan), sakit senggugut di bahagian pinggang sangat sakit. Mahu tidur pun tidak selesa. Kebetulan 2 hari lepas, sebelum saya period saya telah membeli sebotol madu asli tualang dari Perak daripada abg senior saya yang berharga rm70.

Jadinya, sebaik sahaja terpandang madu asli di meja study. Saya pun mencuba untuk makan madu asli ni. Manalah tahu mungkin boleh menghilangkan atau meredakan sakit senggugut yang saya hadapi. Itulah yang saya fikirkan dalam hati.

Jadinya, saya pun mencuba mengambil 2 sudu madu dan terus makan. Sebelum makan tu, terlebih dahulu saya membaca basmalah dan saya niatkan dalam hati semoga madu asli tersebut dapat melegakan sakit senggugut yang saya alami.

Alhamdulillah, sekitar 5-10 minit selepas memakan madu asli. Sakit senggugut yang saya alami semakin lega dan beransur-ansur kurang kesakitannya.

Oleh itu, saya sarankan kepada pengunjung blog ini khususnya wanita. Jika saudari mengalami sakit senggugut bolehlah mencuba mengambil madu asli. Lebih baik daripada mengambil ubat sakit senggugut yang dibekalkan dari hospital, klinik atau yang dibeli dari klinik swasta.

Di samping itu, saya juga ingin berkongsi tips untuk mengetahui madu asli yang sebenar.
Ada beberapa cara, antaranya:
1. Rasa madu asli agak sedikit masam (berasid).
2. Madu asli mengeluarkan buih-buih kecil@halus apabila dituangkan ke dalam bekas yang lain.
3. Madu asli yang di dalam botol tidak boleh digoncang kerana akan meletup. (macam cencaluk jugalah, kalau kena goncang dan apabila mahu buka penutup botol cencaluk tu. Cencaluk tu akan meletup. Saya sudah pernah alaminya. Isi cencaluk yang di dalam botol tu habis terbang naik ke atas dan melekat di syiling. Habis berbau 1 dorm. Haha) Jadinya, berhati-hatilah ya.
4. Madu asli tidak akan didatangi semut. Tetapi ada juga sejenis semut yang kecil2 ni datang kerumuni madu asli tu dalam beberapa ekor ja. Berbanding dengan manisan yang manis2, semut akan datang kerumuni dalam kuantiti yang agak banyak.

Inilah madu asli tu. Dijual dalam botol besar. Sebotol rm70.

Ini rupa madu asli yang baru dipindahkan ke dalam bekas lain. Agak berbuih sedikit.


Sunday 19 May 2013

SELAMAT MAJU JAYA... GOOD LUCK EXAM

Sempena minggu peperiksaan di penghujung semester ini.
 Saya ingin mengucapkan selamat maju jaya kepada rakan2 yang akan atau sedang menduduki peperiksaan pada semester ini.

Gambar ni masa buat Program Bimbingan Akademik & Motivasi Pelajar 2012 di SAN, Kg.Timbua (Bergambar bersama-sama dengan ajk program) 


MANGGA OH MANGGA


Releks dulu sebelum jawab exam esok. Esok paper Kritikan Sastera. Last paper.
Huhu... Belum ulangkaji lagi ni. Hehe... Tapi sempat lagi update blog.

Baiklah, saya akan menceritakan kisah pada hari ini, iaitu kawan@kakak angkat@sahabat baik saya bawa buah tangan untuk saya. Semua tu pula adalah my favorite...
Ada buah mangga@mempelam, buah kuinin, kuih sagu. Selain itu, ada kuih siput, daun kapal terbang, kerepek pisang, gambir. (gambir & daun kapal terbang ni utk akak sy)...

Oh, ya! Sebelum saya terlupa. Kakak angkat saya ni ada bawah lada, limau kasturi, belacan & siap ada sambal belacan lagi.

Syukur alhamdulillah... Terima kasih untuk rezeki pada hari ini.

Buah mangga & buah kuinin tu saya makan dengan rommate saya. Tapi tak habis. Sebab isi banyak sangat. Jadinya, baki tu saya bagi kat jiran bilik sebelah. Alhamdulillah, kami makan ramai2...

Untuk kakak angkat saya, semoga cepat sembuh daripada demam ya. Good luck untuk exam esok.
Selamat maju jaya untuk diri saya & untuk kawan2 saya yang akan menduduki exam pada sem ni.

Em... Mungkin ada yang tidak tahu apa itu daun kapal terbang? Alalah, search ja di internet. Kalau kami di Sabah panggil daun kapal terbang tu rumput Malaysia. Hehe...

Kuih sagu


Sambal belacan


lada/cabai & limau kasturi

Mangga/mempelam & buah kuini


Buah siap dikupas
Sedia untuk dimakan

Gambir (tapi ni yg pokok dia, slalu kalau di Sabah daun dia yg kena jual)




Sunday 12 May 2013

Exam Oh Exam

Adui, mengapakah mood exam kali ini lain benar nampaknya!

Macam tiada mood mau ulangkaji. Padahal esok susah mau exam ni.
Apa2 pun redah jalah jawab esok.

Mungkin inilah petanda agaknya penyakit homesick. Apalagi tinggal beberapa hari ja lagi mau cuti sem.
Dan bakal menjelama jugalah tu sambutan tadau Ka'amatan.
Insya Allah, nilah first time saya pulang bercuti untuk Pesta Menuai di kg selama saya menuntut ilmu di perantauan ni. Semoga tahun ini akan berpeluanglah untuk melihat suasana kemeriahan Sambutan Pesta Menuai di kg.

Apa2 pun good luck exam untuk diri saya.
Semoga saya ingat semua isi pelajaran yang telah saya pelajari masa kuliah tu jalah harapan saya untuk mudah dapat jawab exam esok.
Amin,

Hari Ibu

12 Mei 2013
Sambutan Hari Ibu pada setiap tahun khasnya di Malaysia.

Sempena sambutan Hari Ibu pada tahun ni, syukur alhamdulillah saya dapat ucap Selamat Hari Ibu kepada mama saya. Hehehe... Ni pertama kalinya saya ucap selamat Hari Ibu buat mama saya.
Sempat lagi ucap I Love You Mama. Gembiranya hati saya.
Tambah2 lagi saya dapat ucap selamat Hari Ibu kepada mama2 angkat saya di sini Semenanjung dgn kakak2 saya yg sudah kawin.
Tapi ada 3 orang lagi mama angkat saya yang saya tidak dapat ucap selamat Hari Ibu. Sbb tiada no hp mereka. Tu pun ucap melalui meseg ja. Jimat sikit kredit hp Hehe...
Tapi ucap juga kan? Hehe... Yang penting niat nak ucap tu tercapai juga.

Mama sempat pesan lagi kepada saya supaya belajar rajin2... Mama cakap jangan dulu mikirayou, mikirayou dulu sama pelajaran kau bilang mama. Kamulah harapan dalam keluarga bilang lagi si mama.
Insya Allah, mak. Doakan saya ya mak. Esok mau exam sudah ni.
Adui, sampai saat ni pun belum timbul2 lagi mood mau ulangkaji ni!
Harap2lah esok dapat jawab.
Kalau soalan tanya tentang Model2 Disiplin? Hem, ni kena baca juga ni!
Seru... Seru... Seru... Mood ulangkaji datanglah... Hehe...

Mama angkat saya yang saya tidak sempat ucap selamat Hari Ibu ialah Ummi Wani@Cikgu Aswani (kejap lagi nak meseg), Mak Cik Royah (orang Penang. Tapi baru 1 kali jumpa. Tu pun jumpa di Stesen Bas Hentian Duta masa mau datang beraya di rumah Kak Mizah di Perlis. Dan ni jugalah first time saya dtg Perlis). Mak Cik Salbiah (orang Kedah, tapi asal Johor. Yg ni mama kakak angkat saya iaitu Kak Ain). Aik, ada 1 orang lagi. Mak angkat di Kelantan, saya panggil Ummi Kelantan. Hehe... Yang ni ummi kak Saadah, senior saya. Saya anggap macam mama saya juga. Beliau sangat baik melayan saya masa di Kelantan.

Syukur alhamdulillah, inilah ikatan ukhuwah hasil daripada merantau di tempat orang. Banyak membina ikatan persaudaraan.

Yang lagi penting saya dapat buat satu kad ucapan Hari Ibu. Em... Mungkinlah... Tapi lebih kepada gambar2 sebenarnya. Janji adalah juga. Hehe... Ni pun first time juga ni buat. Sbb nampak semua profile picture di  fb kawan2 tukar gambar dgn mak masing2, tu yang teringin nak buat@edit2 gambar tu. Hehe... Alhamdulillah.
Ni lah kad ucapan Selamat Hari Ibu tu.
(Ada beberapa orang lagi mama angkat saya yang tiada dalam gambar ni sbb saya tiada gambar dengan mereka)

Baiklah, mungkin ada juga yang mau tahu kan atau sudah tahu macam mana saya buat kad ni?
Senang ja sebenarnya buat kad ni. Insya Allah ni ada sedikit perkongsian.

Cara-cara buat kad ni ialah;
1. Guna perisian microsoft powerpoint 2010. (buka microsoft powerpoint)
2. Pilih warna background yang disukai.
3. Pilih gambar2 yang ada dalam laptop. (insert picture)
4. Edit2lah gambar2 tu. (guna krop@format picture)
5. Insert shape. (utk tulis nama)
6. Insert hiasan animation. (yg ni kena cari di internet dan kena copy gambar2 hiasan tu. gambar2 hiasan tu boleh gerak sendiri@animasi)
7. kalau mau save jangan pilih save di powerpoint. Tapi kena pilih save di PNG. Automatik gambar2 yang kita edit tu jadi gambar kalau save di powerpoint ja nanti gambar tu keluar di powerpoint ja lah tidak dapat buka untuk gambar.

Tu ja cara dia.
Biasanya kalau bab edit2 gambar saya biasa guna microsoft powerpoint ja. Hehe... Alhamdulillah, nilah hasil ilmu yang saya aplikasikan yang telah diajar oleh pensyarah BM ICT saya. Kredit to En. L.


Wednesday 1 May 2013

Syair (irama batu belah) Tema Alam Sekitar


Tari sang unggas kini menyepi,
Angkara durjana tiada kasihi,
Di sana sini bumi dicurangi,
Tiadakah rasa derita bumi.

Aduhai adinda dengarlah ini,
Dikau khalifah berjiwa insani,
Bumi hijau janganlah dicemari,
Ingatlah selalu amanah ini.

Karya; Florina Gukin
Didendangkan oleh; Helora Mohirin

Syukur alhamdulillah, puisi tradisional di atas telah saya lagukan sempena Sayembara Puisi Berirama Peringkat IPG KBM 2013 (tema alam sekitar). 

Kumpulan kami diberi nama Pembuai Keinsafan yang terdiri daripada saya, Floe, Jaelle, Aida, Mau, dan Afik. Afik sebagai pemain gitar. Saya, Mau, dan Aida lagukan syair manakala Floe & Jaelle deklamasikan puisi dan lagukan (lebih kurang seperti Mestamu@Puisi dan Lagu).

Walaupun terdapat kekurangan dan masalah teknikal semasa membuat persembahan. Tetapi apabila keputusan diumukan, kami mendapat tempat kedua dalam Sayembara Puisi Berirama. Syukur alhamdulillah yang tidak terhingga. Namun demikian, ada beberapa orang pensyarah yang kata sepatutnya kumpulan kami yang menjadi johan tetapi agaknya bukan rezeki kami untuk menjadi johan Sayembara Puisi Berirama pada tahun ini. Terima kasih saya ucapkan kepada ahli kumpulan saya dan kawan-kawan sekelas yang sentiasa memberi sokongan kepada kami malah ada yang secara suka rela membantu di sebalik tabir untuk menyusun atur kedudukan prop & mengatur teknik pencahayaan. Terima kasih kepada Onjoy, Hafiz, Akmal, Izzat, Rabi& Zul yang membantu di di sebalik tabir. Terima kasih juga kepada K.Ain, Adah, Suri, Eva, Lyeen, Mimi & Cici.


Alhamdulillah terima kasih atas kemenangan ini, Ya Allah.

Hadiah disampaikan oleh Tim. Pengarah, Dr. Hj. Ali diiringi oleh  Ketua Jabatan  Kesusasteraan, Encik Nadzeri



Bergambar bersama dengan rakan-rakan sekelas