SELAMAT DATANG

SELAMAT DATANG

Tuesday 23 August 2011

Kisah waktu kuliah.

         Saya ingin menceritakan kisah mengenai pensyarah saya. Terlebih dahulu biarlah saya rahsiakan nama beliau. Beliau berpangkat doktor dan bergelar tuan haji . 
         Sewaktu dalam kelas tadi, ramai sangat rakan-rakan sekelas saya yang ingin minta disemak kerja kursus mereka. Apa yang ingin saya ceritakan di sini adalah walaupun dalam keadaan letih dan rasa mengantuk lebih-lebih lagi dalam keadaan berpuasa, beliau masih melayan pelajar yang ingin minta disemak kerja kursus mereka. Saya lihat, pensyarah kami tersengguk-sengguk kepala beliau kerana rasa mengantuk hinggakan beliau sempat tertidur dalam masa 3 minit. Sedangkan ketika itu beliau masih ada pelajar yang perlu disemak kerja kursusnya. Tetapi tidak pula beliau mengabaikan rakan sekelas saya itu dan terus menamatkan kuliah, sedangkan beliau boleh menamatkan kuliah pada waktu sepatutnya beliau memberikan kuliah kepada kami. Walaupun dalam keadaan letih dan mengantuk beliau tetap melayan pelajar. Pada ketika itu, saya terfikir. Wah, sungguh hebat dan baik pensyarah ini ! Kebiasaannya, tidak ramai pendidik seperti diri beliau lebih-lebih lagi seorang yang bergelar pensyarah.
     Pada pandangan saya, beliau ini merupakan antara pensyarah yang tersibuk dalam kampus saya. Ini kerana selain daripada memberikan kuliah ( mengajar ) di dalam kelas, beliau juga merupakan pemangku timbalan pengarah dan sudah tentu selalu sibuk dengan mesyuarat-mesyuarat serta kursus-kursus. Kadang-kadang beliau ini sekejap berada di kampus, sekejap berada di luar kampus. 
      Oleh yang demikian,dapatlah saya simpulkan bahawa beliaulah pensyarah yang paling baik dan berdedikasi yang saya pernah jumpa setakat ini, namun tidaklah pula saya katakan pensyarah-pensyarah saya yang lain itu tidak baik dan berdedikasi. Tambahan pula, pensyarah-pensyarah saya yang lain juga adalah  baik-baik belaka.
     Jadinya, sebagai pengajaran buat diri saya dan orang lain. Kita mestilah mengajar dengan ikhlas dan tidak sombong dengan pangkat dan gelaran yang kita miliki. Sesungguhnya sungguh berat tugas dan tanggungjawab sebagai insan yang bergelar pendidik ini. Selain itu, semoga saya dapat mencontohi beliau apabila saya berjaya bergelar pendidik nanti. Tidak lupa saya doakan untuk diri saya serta rakan-rakan saya sama ada rakan dari sekolah tadika sehinggalah di peringkat IPT ini, semoga kami semua berjaya dalam bidang yang kami ceburi. Insyaallah. Amin.



      

     

Friday 12 August 2011

Bulan ramadhan

     Saya ingin memetik kata-kata daripada seorang pensyarah saya.
Beliau berkata;
" Ramai orang Islam pada masa kini mampu berpuasa penuh. Tetapi ramai juga yang berpuasa itu tidak menunaikan sembahyang. Sedangkan berpuasa itu suatu ibadat yang berat. Tapi masih mampu dilakukan.
Namun tidak ramai yang mampu menunaikan sembahyang. Sedangkan ibadat sembahyang itu mudah. Hanya dalam sekitar 5 minit sahaja kita mampu menunaikannya."
     Di bulan ramadhan yang penuh berkat dan mulia ini. Bersama-samalah kita membuat amal kebaikan dan menginsafi kelemahan diri kita. Sentiasa ingat mengingati diantara satu sama lain. Semoga kita semua mendapat ganjaran pahala dan rahmat dari-NYA. Semoga ramadhan pada kali ini bukan ramadhan yang terakhir untuk diri kita. Insyaallah.