SELAMAT DATANG

SELAMAT DATANG

Sunday 7 July 2013

Karnival Hari Terbuka I-FEST IPG KBM


Pada 6.7.2013 (sabtu) Pihak Jabatan Perwakilan Pelajar IPG KBM telah mengadakan Karnival Hari Terbuka I-FEST IPG KBM.

Terdapat pelbagai aktiviti yang dijalankan. Antara aktiviti yang dijalankan adalah seperti gerai jualan makanan, pakaian, majalah, & buku-buku terpakai. Di samping itu, terdapat juga gerai jualan melukis foto (button), cenderamata, tudung, aksesori wanita seperti keronsang atau pin tudung. Selain daripada itu, aktiviti memanah, zorl ball, pait ball & pertandingan bola tampar turut diadakan.

Sehubungan dengan itu, kelas kami turut mengambil bahagian dalam I-FEST. Kelas kami telah membuka gerai jualan makanan & minuman ringan. Gerai kami menjual ice blanded, kerepek, sosej & naget.

Syukur alhamdulillah. Terima kasih kepada kawan-kawan sekelas yang telah banyak membantu dalam mengendalikan gerai jualan tersebut.

Tambahan pula, sempena I-FEST ini. Saya telah berpeluang untuk memanah & menembak menggunakan paint ball buat yang pertama kalinya.

Yuran yang dikenakan bagi permainan memanah & paint ball ini cuma rm 5 sahaja.



Kawasan pintball & zorlball

Mencuba bermain shooting range pintball


Mencuba untuk memanah
Inilah gerai jualan kami. Yg dalam gambar ni adalah kawan2 & mentor 
Kupon bagi memanah, shooting range paintball & zorl ball