SELAMAT DATANG
Saturday, 13 September 2014
Buah Kamansi atau Buah Keluwi
Gambar-gambar di atas merupakan buah Kamansi atau buah Keluwi. Buah Kamansi biasanya dinamakan oleh masyarakat kaum Dusun di Sabah manakala buah Keluwi pula dinamakan oleh masyarakat kaum Jawa di Tanjong Karang Kuala Selangor.
Di samping itu, rupa bentuk pokok ini juga seakan-akan seperti pokok Sukun.
Secara kebiasaannya buah kamansi atau keluwi yang masih muda amat sesuai untuk dibuat sayur masak lemak, digoreng kosong atau dibuat sup. Manakala buah kamansi atau buah keluwi yang sudah tua atau masak boleh dimakan begitu sahaja atau bijinya diambil dan dimasak secara rebus. Biji buah keluwi atau kamansi yang direbus juga sangat sedap dimakan begitu sahaja.
Gambar diambil di Kg. Parit Serong, Tanjong Karang.
Subscribe to:
Posts (Atom)