SELAMAT DATANG

SELAMAT DATANG

Thursday, 27 February 2014

Solat Sunat Istiqa Di IPG KBM (Minta Hujan Turun)

Ustaz Anuar sedang membacakan kutbah

Barisan saf lelaki (pensyarah, staf dan pelajar)






Pada 26.2.2014 (rabu) solat sunat istiqa di IPG KBM telah dilaksanakan di hadapan perkarangan Surau At-Takwa IPG KBM.

Semua pelajar, pensyarah, dan staf2 yang beragama Islam turut bersama2 mengerjakan solat sunat istiqa.

Solat sunat istiqa diimamkan oleh Ustaz Anuar.

Cara mengerjakan solat sunat istiqa ni sama dengan cara mengerjakan solat sunat hari raya, iaitu pada rakaat pertama 7 kali takbir, rakaat kedua 5 kali takbir. Selepas solat ada kutbah. Cuma niat dan doa sahaja yang berbeza.

*Gambar ihsan daripada En.Taufix & Pn.Norzeta

Saturday, 22 February 2014

Misteri Tenggelamnya Kapal Flor De Lar Mar

Inilah yang tak baiknya akibat daripada kesan kedatangan penjajah di T.M. Kalau boleh semua harta yang ada di T.M habis nak diambilnya. 
Andai sahaja pelbagai manuskrip itu tidak diambil dan tidak tenggelam di Selat Melaka. Mungkin terlalu banyak agaknya sejarah@ilmu-ilmu yang bermanfaat pada Zaman Kegemilangan Melayu Melaka yang patut diketahui. Sungguhpun begitu, amat bersyukur kerana Sejarah Melayu@Sulalatus Salatin dan Hikayat Hang Tuah masih kekal ada sehingga kini. Di samping itu, amat bersyukur juga kerana Manuskrip Hukum Kanun Melaka dan Undang-Undang Laut Melaka tidak dibawanya sekali.

Kalau buat penyelidikan tentang Tenggelamnya Kapal Flor De Lar Mar pastinya suatu isu yang menarik.

I LOVE HISTORY! http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0223&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_01.htm

Friday, 21 February 2014

Buku Bacaan Mingguan (7)




Tajuk: Panglima Salleh Selempang Merah
Penulis: Zaharah Nawawi
Tahun Terbit: Cetakan Kedua 1991
Penerbit: Dewan Bahasa Dan Pustaka
Bil. Muka Surat: 400
Harga: RM12

Apa yang menarik tentang novel ini selain daripada isi cerita yang begitu menarik adalah novel ini juga merupakan hasil projek Dermacipta Dewan 1986.

Persoalannya, apakah yang dimaksudkan dengan Derwacipta Dewan?

DERMACIPTA DEWAN adalah bantuan kewangan yang diberikan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) untuk menggalakkan penciptaan karya asli dalam bahasa Melayu. Dermacipta Dewan ini diwujudkan pada 6 Disember 1980, untuk membolehkan para penulis, ilmuwan, budayawan, sasterawan, dan golongan profesional menghasilkan karya asli dalam bentuk buku, terutamanya karya ilmu pengetahuan yang dapat memberikan sumbangan besar kepada pemikiran masyarakat umum. Karya kreatif yang tinggi mutunya, dan memerlukan bantuan kewangan untuk membuat penyelidikan juga dipertimbangkan.

Selain daripada itu, cerita dalam novel ini sangat baik kerana dapat membuka pemikiran masyarakat agar lebih menghargai perjuangan dan pengorbanan para pejuang terdahulu semasa zaman penduduk Jepun di Tanah Melayu khususnya di Daerah Batu Pahat, Johor pada 9 Disember 1941. Hal ini kerana secara keseluruhan cerita dalam novel ini adalah berlatartempatkan kawasan Daerah Batu Pahat, Johor.

Tokoh pejuang yang dikenali pada masa itu ialah Panglima Salleh iaitu merupakan ketua pemimpin anggota Selempang Merah. Mereka dikenali sebagai ahli Selempang Merah kerana setiap daripada mereka memakai selempang berwarna merah pada dada mereka.

Di samping itu, sebagai pembaca golongan muda yang dilahirkan semasa zaman pascakolonialisme. Cerita dalam novel ini merupakan sedikit sebanyak gambaran penderitaan dan kesusahan kehidupan masyarat bumiputera pada zaman penjajahan Jepun kerana siang malam sentiasa mereka sentiasa dihantui rasa ketakutan. Hal ini disebabkan tentera Jepun memerintah sangatlah kejam. Sesiapa yang didapati bersubahat dengan anggota MPAJA atau membuat sebarang hubungan dengan Orang Cina akan ditangkap dan diseksa. Rumah-rumah penduduk kampung pula akan dibakar pada waktu malam. Oleh itu, ramailah penduduk kampung yang terpaksa tidur di luar rumah pada waktu malam seperti tidur di kawasan hutan atau sawah padi di mana-mana tempat yang terlindung daripada penglihatan tentera Jepun.

Secara kesimpulannya, pada pendapat saya inilah satu-satunya novel yang berunsurkan cerita semangat nasionalisme atau berbentuk thriller yang ditulis oleh kamu wanita sepanjang pengalaman saya membaca novel yang berunsurkan cerita semangat nasionalisme. Ini kerana rata-rata kebanyakkan novel yang berunsurkan cerita semangat nasionalisme adalah ditulis oleh kamu lelaki. Sehubungan dengan itu, saya sedikit terkesan kerana kisah tokoh pejuang bangsa seperti Panglima Salleh ini tidak ditulis dalam mana-mana buku teks Sejarah yang perlu diketahui oleh generasi muda seperti saya. Maka melalui pembacaan novel seperti inilah saya dapat mengetahui akan adanya tokoh pejuang-pejuang bangsa daripada setiap negeri atau daerah yang tidak ditulis secara ilmiah seperti tokoh Panglima Salleh. Harapan saya semoga akan ada penulis wanita yang menulis cerita berunsurkan semangat nasionalisme bahkan juga mengetengahkan unsur-unsur sejarah.

Thursday, 20 February 2014

Buku Bacaan Mingguan (6)


Penulis: Keris Mas (Diselenggarakan oleh A. Karim Haji Abdullah)
Tajuk: Pahlawan Rimba Malaya & Korban Kesuciannya
Tahun Terbit: Cetakan Pertama 1993
Penerbit: Dewan Bahasa Dan Pustaka
Bil. Muka Surat: 140
Harga: RM7

Apa yang menarik tentang novel ini adalah memuatkan 2 buah tajuk novel Keris Mas yang bertajuk Pahlawan Rimba Malaya dan Korban Kesuciannya.

Novel Pahlawan Rimba Malaya mengisahkan tentang seorang anak muda yang bernama Jefri yang sanggup berjuang dan mengorbankan dirinya semata-mata untuk melawan musuh negara. Dia juga sanggup menjadi anggota perisik atau budak pengutus surat untuk menyampaikan maklumat dari satu tempat ke satu tempat berdasarkan arahan ketua atasannya. Semasa dalam perjalanannya hendak menyampaikan surat tersebut kepada seseorang, pada waktu malam pekat dia telah membunuh seorang tentera Jepun yang cuba mengejar wanita Cina yang bernama Ah Lan. Ah Lan pada ketika itu telah cuba untuk melarikan diri dari ditangkap namun berjaya diselamatkan oleh Jefri.
Di samping itu, latar masa yang dipaparkan oleh penulis ialah pada zaman pemerintahan Jepun di Tanah Melayu. 

Seterusnya, novel kedua pula bertajuk Korban Kesuciannya mengisahkan tentang perjuangan 2 orang wanita dalam mendidik bangsanya supaya timbul kesedaran untuk pentingnya mempunyai ilmu pengetahuan dan kemahiran. 2 orang wanita itu ialah Cikgu Aini (janda kerana suaminya tidak pulang-pulang sejak dipindahkan oleh Tentera Jepun ke luar negeri) dan Ustazah Aminah (gadis pingitan di kgnya). Cikgu Aini mengajar kaum ibu kemahiran menjahit di rumahnya manakala Ustazah Aminah pula mengajar mengenai ilmu agama kepada kaum ibu juga. Namun demikian, perjuangan mereka mendidik bangsa telah terbantut kerana timbulnya fitnah kepada diri Cikgu Aini dan Encik Busu (pemuda di kgnya) yang sering berhubungan berdua-duaan. Lalu Ustazah Aminah pun berhenti mengajar sebagai langkah berjaga- jaga daripada terlibat sekali dalam fitnah. Sehubungan dengan itu, Encik Busu pun bertindak mencari jalan penyelasaian bagi menghentikan fitnah orang kampung dengan cara mengahwini Ustazah Aminah tanpa ada perasaan cinta yang sebenar-benarnya. Cikgu Aini yang telah jatuh cinta dengan Encik Busu rela mengorbankan rasa cintanya terhadap Encik Busu semata-mata untuk melihat kebahagiaan hidup sahabatnya Ustazah Aminah. Di akhir cerita novel ini. Ustazah Aminah telah berpisah dengan encik Busu kerana tidak sefahaman. Wan Asri yang mencintai Ustazah Aminah (tetapi tidak kesampaian) telah berpindah dari kampung itu kerana hendak ditahan di bawah undang-undang darurat (sisebabkan dia difitnah). Encik Busu pula telah mati sewaktu menjalani rawatan di sebuah hospital akibat ditembak. tetapi sebelum dia menghembuskan nafasnya yang terakhir Cikgu Aini (telah sembuh daripada sakit tertekan@tekanan) telah muncul untuk merawatanya. 

Pada pandangan saya dalam novel Korban Kesuciannya mesej yang cuba disampaikan oleh penulis adalah seseorang yang kita cintai dan sayangi tidak semestinya kita berjaya memilikinya. Disebabkan semata-mata untuk melihat sahabat baik kita hidup bahagia. Kita terpaksa merelakan orang yang kita cintai dan sayangi itu menjadi milik orang lain. sedangkan cinta kita terhadap diri sang kekasih adalah cinta yang suci. Itulah yang dinamakan korban kesuciannya. Mencintai orang lain dan berkahwin pun dengan orang lain juga. Sehinggakan salah seorang daripadanya harus mengalah.

Tuesday, 18 February 2014

Buku Bacaan Mingguan (5)

Buku Bacaan Mingguan:




Penulis: Disusun oleh Grup Penjejak Tamadun Dunia (GPTD), ABIM.
Tajuk: Cerita Cinta Ahmad Ammar
Tahun Terbit: Cetakan 1 - 2014
Penerbit: Grup Buku Karangkraf Sdn.Bhd.
Bil. Muka Surat: 359++
Harga: RM23(Semenanjung) RM26 (Sabah/Sarawak)

Apa yang menarik tentang buku ini adalah buku ini mengisahkan cerita tentang seorang anak muda rakyat Malaysia yang patut dijadikan 'role model@suri teladan' bagi anak-anak muda@remaja Islam yang sedang mengorak langkah menuju ke jalan jihad terutamanya jihad ilmu di perantauan.

Semasa hidupnya, beliau mengerjakan segala amal kebaikan secara senyap. Namun demikian, setelah pemergiannya ke alam baqa barulah dunia melihat dan mengenang segala jasa2 baik beliau semasa hidupnya.

Saya terfikir. Jikalau saya sudah meninggalkan dunia ini untuk selama-lamanya. Apakah kebaikan yang telah saya berikan kepada ummah? Wallahualam. Semoga orang mengingati nama saya dengan kebaikkan yang telah saya lakukan dan bukannya mereka mengingati saya dengan keburukkan yang telah saya lakukkan.

Dalam buku ini, saya tertarik dengan bait2 ayat ini;

"Saya amat terkesan apabila diberitahu oleh guru dan sahabat Ammar, bahawa Ammar telah memahami dengan baik satu ungkapan ini iaitu, 'Sayyidul Qawmi Khodimuhum' bermaksud: Pemimpin sesuatu kaum itu ialah hamba (khadam) kepada mereka (iaitu kaum tersebut).
Kini, saya memahami bahawa untuk menjadi seorang pemimpin, tidak semestinya memerlukan jawatan, kekuasaan ataupun suatu taraf yang berbeza. Apalagi, jika hanya tahu memberi arahan tetapi tidak tahu membuat kerja dan khidmat. Justeru, pemimpin dalam ungkapan tersebut ialah membantu kaumnya dan berkhidmat.
(Mohd Khairul Anwar Ismail, 2004:244 : Cerita Cinta Ahmad Ammar)

Al-Fatihah buat allahyarham Ahmad Ammar.
"Syahid yang tertangguh"