Tajuk: Panglima Salleh Selempang Merah
Penulis: Zaharah Nawawi
Tahun Terbit: Cetakan Kedua 1991
Penerbit: Dewan Bahasa Dan Pustaka
Bil. Muka Surat: 400
Harga: RM12
Apa yang menarik tentang novel ini selain daripada isi cerita yang begitu menarik adalah novel ini juga merupakan hasil projek Dermacipta Dewan 1986.
Persoalannya, apakah yang dimaksudkan dengan Derwacipta Dewan?
DERMACIPTA DEWAN adalah bantuan kewangan yang diberikan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) untuk menggalakkan penciptaan karya asli dalam bahasa Melayu. Dermacipta Dewan ini diwujudkan pada 6 Disember 1980, untuk membolehkan para penulis, ilmuwan, budayawan, sasterawan, dan golongan profesional menghasilkan karya asli dalam bentuk buku, terutamanya karya ilmu pengetahuan yang dapat memberikan sumbangan besar kepada pemikiran masyarakat umum. Karya kreatif yang tinggi mutunya, dan memerlukan bantuan kewangan untuk membuat penyelidikan juga dipertimbangkan.
Selain daripada itu, cerita dalam novel ini sangat baik kerana dapat membuka pemikiran masyarakat agar lebih menghargai perjuangan dan pengorbanan para pejuang terdahulu semasa zaman penduduk Jepun di Tanah Melayu khususnya di Daerah Batu Pahat, Johor pada 9 Disember 1941. Hal ini kerana secara keseluruhan cerita dalam novel ini adalah berlatartempatkan kawasan Daerah Batu Pahat, Johor.
Tokoh pejuang yang dikenali pada masa itu ialah Panglima Salleh iaitu merupakan ketua pemimpin anggota Selempang Merah. Mereka dikenali sebagai ahli Selempang Merah kerana setiap daripada mereka memakai selempang berwarna merah pada dada mereka.
Di samping itu, sebagai pembaca golongan muda yang dilahirkan semasa zaman pascakolonialisme. Cerita dalam novel ini merupakan sedikit sebanyak gambaran penderitaan dan kesusahan kehidupan masyarat bumiputera pada zaman penjajahan Jepun kerana siang malam sentiasa mereka sentiasa dihantui rasa ketakutan. Hal ini disebabkan tentera Jepun memerintah sangatlah kejam. Sesiapa yang didapati bersubahat dengan anggota MPAJA atau membuat sebarang hubungan dengan Orang Cina akan ditangkap dan diseksa. Rumah-rumah penduduk kampung pula akan dibakar pada waktu malam. Oleh itu, ramailah penduduk kampung yang terpaksa tidur di luar rumah pada waktu malam seperti tidur di kawasan hutan atau sawah padi di mana-mana tempat yang terlindung daripada penglihatan tentera Jepun.
Secara kesimpulannya, pada pendapat saya inilah satu-satunya novel yang berunsurkan cerita semangat nasionalisme atau berbentuk thriller yang ditulis oleh kamu wanita sepanjang pengalaman saya membaca novel yang berunsurkan cerita semangat nasionalisme. Ini kerana rata-rata kebanyakkan novel yang berunsurkan cerita semangat nasionalisme adalah ditulis oleh kamu lelaki. Sehubungan dengan itu, saya sedikit terkesan kerana kisah tokoh pejuang bangsa seperti Panglima Salleh ini tidak ditulis dalam mana-mana buku teks Sejarah yang perlu diketahui oleh generasi muda seperti saya. Maka melalui pembacaan novel seperti inilah saya dapat mengetahui akan adanya tokoh pejuang-pejuang bangsa daripada setiap negeri atau daerah yang tidak ditulis secara ilmiah seperti tokoh Panglima Salleh. Harapan saya semoga akan ada penulis wanita yang menulis cerita berunsurkan semangat nasionalisme bahkan juga mengetengahkan unsur-unsur sejarah.
Inilah untungnya membaca cerita@novel yang ditulis oleh para Sasterawan Negara yang dilahirkan sewaktu zaman penjajahan (sebelum merdeka). Mereka inilah yang menulis kisah tentang kehidupan masyarakat pada zaman kolonialisme. Di samping itu, saya amat menghargai segala usaha mereka ini dalam berkarya. Sungguhpun pada zaman itu, keadaan negara sangat kucar-kacir dan dalam bahaya tetapi karya-karya mereka ini masih kekal terpelihara sehingga kini dan boleh dibaca oleh generasi muda kini. Antara contoh novel yang ditulis semasa zaman penjajahan adalah seperti novel Salina, Putra Gunung Tahan, Anak Mat Lela Gila, Iakah Salmah dll. (Mohon perbetulkan andai saya tersalah.)
ReplyDelete.
DeleteAssalam 'alaikum...
ReplyDeleteSalam kenal...
Bagaimana caranya Saya bisa mendapatkan buku novel sejarah Selempang Merah ini? Terima kasih
Untuk komunikasih mohon
email: syamsulbahri_tkl@yahoo.com
facebook: Syams El-Bahri El-Banjari
Syamsul Bahri (dari Kuala Tungkal, Jambi, Indonesia)