Projek Hutan (Jun 2014)
Sejenis cendawan yang berwarna kehitam-hitaman. Entah apakah namanya yang sebenar atau nama saintifiknya yang betul. Saya sendiri kurang tahu. Namun demikian, kebiasaannya orang kampung saya menamakan cendawan ini dengan nama panggilan "Mata Rusa@Mato Tambang" atau ada juga yang menamakannya sebagai "Mata Kerbau@Mato Karabau". Cendawan ini tidak beracun dan selamat dimakan.
Berdasarkan pemerhatian saya, cendawan jenis ini biasanya tumbuh atau hidup pada batang kayu yang telah reput atau mati. Contohnya batang kayu mati yang dibakar selepas membakar ladang yang baru siap di tebang-tebas.
Syukur alhamdulillah, sekali lagi diberi keizinan oleh Allah untuk terjumpa dan melihat cendawan ini pada tahun ini selepas bertahun-tahun tidak melihatnya. Kali terakhir terjumpa cendawan ini pun ketika berumur sekitar 9 atau 10 tahun.

No comments:
Post a Comment