SELAMAT DATANG
Saturday, 1 March 2014
Buku Bacaan Mingguan (8)
Tajuk: Pantai Harapan
Penulis: Arenawati Sasterawan Negara @ Muhammad Dahlan Abdul Baing (Andi Mohammad Dahlan Andi Buyung)
Tahun Terbit: 2002
Penerbit: 'K' Publishing Sdn. Bhd.
Bil. Muka Surat: 323
Harga: RM12.90
Sewaktu membaca novel Pantai Harapan ini. Saya telah tertarik dengan bait-bait ayat berikut;
"Nabi Muhammad sudah ajarkan cara kahwinkan bunga jantan dengan bunga betina pada pohon kurma," kata Akil. "Tapi orang Arab datang ke mari membawa Islam tidak diajarkan kita cara pertanian begitu. Mujurlah kelapa kita sudah sempurna dalam seludangnya bibit jantan dan bibit betina dan jadi sendiri pada mayang. Mujurlah jagung kita sudah sedia ada bunga jantan pada pucuk batang dan serbuknya jatuh ke bawah pada bunga betina, iaitu pada rambut merah yang jadi jambul pada hujung buah."
"Islam berikan kita kepercayaan," kata Budin.
"Betul juga. Tapi apa yang diajarkan mereka kepada kita?
Semata-mata kepercayaan untuk mati. Bagaimana untuk hidup?" Suara Akil lebih tegas daripada tadi. Dia memasang api rokok dan minum baki kopinya. "Islam tidak berikan kita pengetahuan tangkap ikan. Islam tidak berikan kita pengetahuan di laut."
Tanpa kata Budin mengambil sebatang rokok Akil, lalu menghabiskan baki kopinya.
"Islam tidak berikan kita pengetahuan buat perahu," kata Akil setelah beberapa ketika melihat Budin diam. "Bekalan hidup yang kita miliki sekarang ialah pusaka kuno kita sendiri dengan campuran zaman Hindu. Cara baru kita sekarang kita ambil dari Barat."
"Akil dapat ini semua dari buku?"
"Banyak lagi, Bang Budin." Suara Akil menurun. Juga mengeluh. (ms:44)
Pada pandangan saya, mungkin sebab itulah agaknya hadis nabi mengatakan bahawa "Tuntutlah Ilmu Dari Buaian Hingga Ke Liang Lahad" dan "Tuntulah Ilmu Walau Ke Negeri China"
Walaupun hadis ini lemah tetapi dalam ayat Al-Quran ada mengatakan bahawa "ALLAH mengangkat kedudukan orang-orang yang beriman dan yang mempunyai ilmu dengan beberapa darjat."
Saya sering berfikir, mengapa mesti ke Negeri China? Kenapa tidak ke Negeri Arab sahaja yang terkenal dengan bumi para anbiyah?
Tetapi kalau melihat kemajuan yang dicapai oleh Negara China kini. Mungkin juga ada lojiknya hadis nabi "Tuntulah Ilmu Walau Ke Negeri China." Sebabnya, saya pernah terdengar perbualan orang tua-tua bahawa "Beijing itu ibarat kilang pembuat kain di dunia. Nak pilih jenis kain apa semua ada." Dan antara sebab-sebab lainnya adalah dari segi ilmu hisab dan perniagaan serta perubatan tradisional orang Cina memang hebat. Saya tidak nafikannya. Kalau lihat di Malaysia sendiri pun kebanyakkan ekonomi dipegang oleh masyarat Cina. Masyarat yang ramai berniaga pun masyarat Cina.
Saya memohon maaf jika pandangan yang saya berikan ini terdapat kesalahan. Saya mohon tolong diperbetulkan kesalahan saya ini.
Disamping itu, berkisar tentang novel ini sendiri saya telah mendapat pengetahuan tentang 2 kelompok masyarakat iaitu masyarat Melayu Darat dan Masyarat Melayu Laut. Sebelum itu, novel ini mengambil latar tempat di kawasan Mukim Pantai, salah sebuah mukim yang terdapat di daerah negeri Johor.
Masyarakat Melayu Darat rutin hariannya adalah bertani dan menoreh getah. Pokok getah itulah sumber mata pencariannya. Manakala masyarat Melayu Luat pula rutin hariannya adalah turun ke laut. Tambahan daripada itu, penulis menerangkan bagaimana cara-cara bertani dan menoreh getah serta bagaimana cara-cara turun ke laut untuk menangkap hasil laut.
Seterusnya, dalam novel ini juga cuba menggambarkan semangat orang muda iaitu seorang perempuan lepas siswazah penganggur yang berjuang untuk membangunkan masyarakatnya sendiri ke arah kemajuan walaupun dia telah terkorban nyawa semata-mata mempertahankan nasib kaumnya. Namun sewaktu di awal kejayaannya membuahkan hasil. Kejayaannya itu telah diganggu gugat dengan projek kapal pengorek pasir yang turut menyekat aktiviti para nelayan menangkap ikan di laut. Bahkan, dalam novel ini juga turut menggambarkan bahawa bagaimana perbuatan sesebuah kelompok masyarakat itu dengki melihat kejayaan yang dicapai oleh kelompok masyakarat lain.
Di samping itu, dalam novel ini juga turut mengetengahkan unsur-unsur budaya sesebuah kaum. Yang mana sewaktu dalam adat perkahwinan. Generasi muda sudah tidak lagi mengamalkan tradisi lama sedangkan generasi tua ingin mengekalkan tradisi lama warisan nenek moyang mereka walaupun tradisi itu dilihat tidak lojik dan membebankan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment