Tujuan saya mencubit mereka itu adalah supaya mereka sedar akan kesalahan atau kesilapan yang mereka buat. Semasa mencubit murid tersebut, saya memberitahu apa kesalahan yang mereka telah lakukan. Saya juga bertanya kepada murid-murid lain dalam kelas tersebut kenapa saya mencubit murid tersebut.
Saya: "Kenapa cikgu cubit dia?"
Murid-murid lain: "Sebab dia nakal."
Maknanya, semua murid-murid faham dan tahu apa sebab saya mencubit mereka. Saya sedar dan faham bahawa semasa berhadapan dengan murid-murid di sekolah surat pekeliling tidak membenarkan langsung guru menyentuh & berleter terhadap murid.
Selain itu, saya juga menggertak murid-murid yang bising dalam kelas dengan cara akan memberi nama atau berjumpa dengan guru kelas mereka kerana guru kelas mereka garang dan mereka takut akan beliau. Dengan cara ini juga mereka terus diam dan mendengar kata saya.
Oleh itu, sebagai seorang bakal guru yang mempunyai kesedaran untuk mendidik seorang manusia yang berguna kepada bangsa, agama, dan negara maka tindakan tegas perlu diambil iaitu dengan cara mendenda mereka sesuai dengan kesalahan mereka. Saya sayang akan murid-murid saya. Saya tak nak mereka menjadi murid yang nakal dan tidak mendengar kata. Saya juga tidak mahu menjadi seorang guru yang hanya tahu mengajar murid semata-mata tetapi saya juga mahu menjadi seorang guru yang tahu mendidik dan memanusiakan murid-murid saya.
Sebagai langkah penambahbaikkan, pada minggu-minggu seterusnya. Saya tidak akan mencubit murid lagi. Saya perlu memikirkan kaedah yang sesuai dan terbaik agar murid tidak nakal dan membuat bising dalam kelas ketika saya menjalankan sesi PdP. Salah satu cara yang perlu saya lakukan ialah berbincang dan meminta pandangan daripada guru-guru yang pernah mengajar di kelas itu. Walaupun saya telah berbincang dan meminta pendapat daripada seorang guru yang pernah mengajar di kelas tersebut.
Saya tiba-tiba teringat filem arahan allahyarham Tan Sri P.Ramlee dalam cerita "Anakku Sazali". Cerita dalam filem itu sudah cukup untuk memberikan pengajaran dan kritikan dalam masyarakat.
# Guru tidak sewenang-wenangnya atau sesuka hati mendenda atau memukul murid tanpa ada sebabnya. Untuk mendidik murid-murid bukanlah satu perkara yang mudah untuk memanusiakan mereka. Hanya mereka yang pernah berada dalam situasi saya sahaja yang mungkin dapat memahami apa yang saya lalui ini.#
#Allahtahuniatsayadansayatahua
No comments:
Post a Comment