Sebenarnya musim menugal padi ni dah berlalu dah, semasa bulan 12 tahun lepas lagi. Kalau tak silap saya, sekarang ni di kg sudah pun bermulanya musim padi berbuah hijau dan kalau di kg sebelah mak saya dah lepas pun musim menuai padi. Saya saja je nak berkongsi tentang musim menugal padi ni sebab masa cuti bulan 12 tahun lepas semasa musim menugal padi tu, saya tak dapat nak online maka tak dapatlah saya nak menulis dan memuat naik gambar2 menugal padi tu dalam blog saya ni. Maklumlah tinggal di kg. Kg saya tu pula jauh dari pekan. Nak online pun susah, kalau dapat online pun line tak berapa nak elok sangat. Kebetulan pula sekarang ni masa cuti. Jadinya saya pun mengambil peluang ini untuk mengemas kini laman blog saya.
Sudah tentu ada juga yang tak pernah nampak kan bagaimana caranya menugal padi? Baiklah ini ada sedikit gambar-gambar tentang cara menugal padi yang saya dan ahli keluarga saya lakukan semasa cuti bulan 12 pada tahun lepas.
Yang di sebelah kiri tu mak sedara saya. Yang bentuk panjang di tangan beliau tu namanya buluh. Buluh tu digunakan untuk meletakkan padi. |
Orang2 kg sedang bergotong-royong menumpos atau mengisi padi ke dalam lubang tanah. |
Oh, ya! Saya hampir terlupa. Secara kebiasannya orang kg saya menyebut istilah menugal padi ni ialah mangasok. Mangasok ialah perbuatan membuat lubang pada tanah dengan menggunakan sebatang kayu yang telah pun dibuat muncung tajam pada sebelah bawah kayu tersebut. Sebabnya, kalau muncung kayu tak tajam maka tak dapatlah nak membuat lubang pada tanah. Aktiviti mangasok ni pula sering dibuat oleh orang lelaki. Sebab tangan mereka kuat memegang kayu "taasok" tersebut.
Manakala kaum wanita pula secara kebiasannya akan monumpos. Monumpos ialah perbuatan mengisi padi ke dalam tanah yang telah dibuat lubang dan mengambus semula tanah yang telah diisi padi supaya burung-burung tidak datang memakan padi tersebut.
Oh, ya! Lagi satu, sebelum mula menugal padi. Sebuah bekas besar atau karung (guni) yang berisi padi akan diletakkan di tengah-tengah kawasan tanah yang akan ditugal dan diletakkan tanda seperti dengan tanaman pokok tebu dan sedikit sayur-sayuran (amalan ritual). Orang wanita akan mengambil padi daripada karung itu dan mengisi ke dalam bekas kecil seperti plastik, buluh yang telah dipotong atau sebarang bekas kecil yang boleh digunakan untuk mengisi padi2 tersebut. Padi2 yang telah diisi ke dalam bekas2 kecil itu pula akan dibawa@dipegang sebagai bekas sementara untuk menumpos(mengisi padi ke dalam tanah).
Aktiviti menugal padi ini juga secara kebiasannya di tanam di kawasan tanah yang berbukit namun ahli keluarga saya menugal padi di kawasan tanah sawah (tanah rata) yang tidak berair. Sehubungan dengan itu juga, aktiviti menugal padi ini juga dilakukan secara bergotong-royong. Pihak tuan rumah cuma menyediakan makanan dan minuman untuk orang-orang yang datang menolong menugal padi. Namun begitu, bagi yang berkemampuan. Selain daripada menyediakan makanan dan minuman kepada orang-orang yang datang menolong, tuan rumah tersebut juga akan memberi sedikit upah sebagai tanda terima kasih bergantung kepada keikhlasan tuan rumah itu sendiri.
Aktiviti gotong-royong itu pula dikenali sebagai "mitatabang". Bagi masyakarat zaman dahulu, selain daripada menyediakan makanan dan minuman kepada orang2 yang datang menolong menugal padi. Pihak tuan rumah juga akan menyediakan air tapai. Orang2 yang telah kepenatan menugal padi akan makan terlebih dahulu, kemudian barulah mereka akan minum tapai.
No comments:
Post a Comment