SELAMAT DATANG

SELAMAT DATANG

Wednesday 18 March 2015

Trip To Cherating (Hari Ketiga@Terakhir)

Hari ini merupakan hari terakhir kami di Cherating. Awal pagi selepas sarapan, kami pun terus bertolak ke Taman Tema Air, Bukit Gambang, Kuantan. 

Harga tiket masuk di Taman Tema Air, Bukit Gambang ni lebih kurang rm60++ kalau tak silap saya. Cuba tengok di laman web Taman Tema Air, Bukit Gambang. Oleh sebab hari ni, waktu cuti dan kebetulan waktu hujung minggu pula. Ramai juga pengunjung yang datang untuk mandi di sini.

Selain daripada nak mandi, terdapat pelbagai lagi aktiviti di Taman Tema Air Bukit Gambang ni. Ada aktiviti menunggang kuda padi, memanah, safari night, dan banyak lagi. Tetapi untuk aktiviti safari night (sebelah petang dan malam) tu saya tak dapat nak joint dengan member jppians sebab ada kawan org Kuantan nak ajak bawa jalan2. Hehe... Alhamdulillah.

Kami mula mandi lebih kurang pukul 11.00 pagi sampailah pukul 4.00 petang. Dalam waterpark ni ada pelampung disediakan. Kena bayar rm20 untuk sebuah pelampung (single/double).

Oh, ya! Dilarang sama sekali membawa makanan dan minuman masuk ke dalam Taman Tema Air Bukit Gambang ni. Makanan dan minuman semua mesti kena beli dalam waterpark. Boleh beli guna kupon, kupon tu ialah gelang (pas masuk) yang di tangan kita tu. Cuma topup je. Topup pula mesti kena rm50 ke atas. Baki duit tu nanti boleh tuntut di kaunter no.5 bahagian atas. 






Hanya gambar2 itu sahajalah yang dapat kami snap sebab tidak ada masa nak snap gambar dalam waterprak tu. Fikiran semua fokus nak mandi je. 

Seterusnya, selepas mandi-manda di waterpark, kawan saya pun datang ajak bawa jalan-jalan. Alhamdulillah member ajak jalan-jalan pergi Mini Zoo Taman Teruntum, Pantai Teluk Cempedak, Pantai Taman Gelora, jalan-jalan pusing bandar Kuantan dan berkunjung ke rumah member di kg Sg. Isap jumpa family dia. Yang paling rare sekali tu singgah lepak sekejap di plaza tol Gambang sementara tunggu geng jppians lalu nak balik KL terus.

Syukur alhamdulillah, family member saya ni baik sangat dan saya dapat lagi seorang member baru. 

Pantai Teluk Cempedak. Di sini kurang sedikit orang di kawasan pantai yang lagi satu tu ramai sangat orang. Nak cari parking pun susah. Kat sini parking je kereta kat mana2.











Yang dua orang ni lah member saya. Yang baju tshirt merah tu member baru.








Gambar2 yang di bawah ini pula di sekitar Mini Zoo Taman Teruntum.





















Singgah masjid sekejap. Nak solat asar.


Gambar2 yang di bawah ini pula di sekitar kawasan Taman Gelora.




Sekian sahajalah percutian saya dan kawan2 mantan jpp ipgkbm14/15 Trip To Cherating. Semoga kalian mendapat info tentang destinasi tempat2 menarik di Kuantan. Sebenarnya banyak lagi tempat2 yang menarik di Kuantan tetapi cuma tempat2 itu sahaja yang kami sempat kunjungi. 


No comments:

Post a Comment