1. Formula Karvonen adalah cara paling mudah untuk mengukur intensiti sasar kadar nadi optima diperkenalkan oleh American College Of Sports Medicine. RHR (Resting Heart Rate) diambil menggunakan jari.
2. Jari telunjuk diletakkan dipergelangan tangan (radial), ditepi leher (carotid artery) atau temporal. [tempat untuk mengira kadar nadi]
3. Kiraan Karvonen Formula:
Kira kadar nadi rehat (KNR):
220-umur= Kadar Nadi Maksima (KNM)
[(KNM-KNR) X (65% to 80%)] + KNR = Sasaran kadar nadi maksima
* 60% - Intensiti rendah (Jarang bersenam)
* 65% - Intensiti sederhana (Bersenam seminggu sekali)
* 70% - Intensiti sederhana (Bersenam sekurang-kurangnya 3 kali seminggu)
* 75% - Intensiti tinggi (Bersenam lebih dari 3 kali seminggu)
Sumber:
Modul Senam 1 Malaysia,
Kursus Jurulatih Senam 1 Malaysia (JS1M),
Jabatan Kebudayaan & Kesenian Negara,
Kementerian Pelancongan & Kebudayaan Malaysia. 2013
SELAMAT DATANG
Sunday, 20 October 2013
Tips Menurunkan Berat Badan Yang Berkesan
Kita sering mendengar orang mengeluh tentang masalah berat badan yang dihadapinya walaupun dia sudah sering melakukan senaman. Untuk mencari jalan penyelasaian bagi masalah ini. Berikut merupakan beberapa kaedah yang boleh dilakukan.
PRINSIP ASAS LATIHAN
1. Frequency (Kekerapan)
> Berapa kali dalam satu minggu harus dilakukan? Latihan seharusnya dilakukan sekurang-kurangnya 3 kali seminggu.
> Seseorang yang sedentari mungkin akan merasai kesan latihan daripada ulangan ini. Tetapi bagi mereka yang lebih tahap kecergasannya mereka perlu melakukan latihan yang lebih kerap iaitu 4-5 kali seminggu.
2. Intensity (Tahap)
> Berapa tinggi atau kuat tahap senaman? Tahap intensiti adalah berlainan dan ia bergantung kepada kemampuan dan keperluan seseorang individu. ia adalah lebih kurang 50% hingga 85% penggunaan maksima oksigen. Jika ia melebihi tahap ini ia akan menjadi latihan anaerobik.
3. Time (Tempoh)
> Berapa lama? Tempoh biasanya mengikut tahap kecergasan individu iaitu di antara 20-60 minit.
4. Type (Jenis)
> Apakah jenis aktiviti yang diminati? Di samping aktiviti yang berasaskan aerobik seseorang juga perlu menambah latihan kekuatan otot sama ada di gim atau membuat senaman kondisi otot sama ada menggunakan berat badan sendiri atau bebanan seperti free weights dan lain-lain.
Sumber:
Modul Senam 1 Malaysia,
Kursus Jurulatih Senam 1 Malaysia (JS1M),
Jabatan Kebudayaan & Kesenian Negara,
Kementerian Pelancongan & Kebudayaan Malaysia. 2013
PRINSIP ASAS LATIHAN
1. Frequency (Kekerapan)
> Berapa kali dalam satu minggu harus dilakukan? Latihan seharusnya dilakukan sekurang-kurangnya 3 kali seminggu.
> Seseorang yang sedentari mungkin akan merasai kesan latihan daripada ulangan ini. Tetapi bagi mereka yang lebih tahap kecergasannya mereka perlu melakukan latihan yang lebih kerap iaitu 4-5 kali seminggu.
2. Intensity (Tahap)
> Berapa tinggi atau kuat tahap senaman? Tahap intensiti adalah berlainan dan ia bergantung kepada kemampuan dan keperluan seseorang individu. ia adalah lebih kurang 50% hingga 85% penggunaan maksima oksigen. Jika ia melebihi tahap ini ia akan menjadi latihan anaerobik.
3. Time (Tempoh)
> Berapa lama? Tempoh biasanya mengikut tahap kecergasan individu iaitu di antara 20-60 minit.
4. Type (Jenis)
> Apakah jenis aktiviti yang diminati? Di samping aktiviti yang berasaskan aerobik seseorang juga perlu menambah latihan kekuatan otot sama ada di gim atau membuat senaman kondisi otot sama ada menggunakan berat badan sendiri atau bebanan seperti free weights dan lain-lain.
Sumber:
Modul Senam 1 Malaysia,
Kursus Jurulatih Senam 1 Malaysia (JS1M),
Jabatan Kebudayaan & Kesenian Negara,
Kementerian Pelancongan & Kebudayaan Malaysia. 2013
Friday, 18 October 2013
Friday, 4 October 2013
Memori Di Felda Kumai, Bera, Pahang
Monday, 30 September 2013
Pantun Ilmu
Tinggi menegak si pohon jati,
Tempat
burung hinggap berteduh;
Ilmu itu pelita hati,
Kelak hidup akan tersuluh.
Ke pasar tamu membeli halia,
Beli bersama semangkuk laksa;
Orang berilmu sangatlah mulia,
Dikasihi orang setiap masa.
Kembang mekar si bunga dahlia,
Kembang bersama si bunga kekwa;
Menuntut ilmu amalan mulia,
Jadikan amalan di dalam jiwa.
Belah kelapa nampak tombong,
Air kelapa dibuat ubat;
Apabila berilmu janganlah sombong,
Kelak dibenci oleh sahabat.
Pasang api membakar besi,
Untuk dipalu dibuat parang;
Ilmu itu hendaklah dikongsi,
Baharulah berkat ilmu berkembang.
Jauh belayar kapal Pak Akmal,
Singgah berlabuh di jeti Kuah;
Ada ilmu tidak diamal,
Ibarat pohon tidak berbuah.
Anak dara datang bertamu,
Datang bertamu duduk bersimpuh;
Kalau tuan menuntut ilmu,
Onak dan duri sanggup ditempuh.
Pak Leman ke pasar tamu,
Singgah membeli sebilah parang,
Bersyukurlah tuan punyai ilmu,
Kelak tidak dibodohkan orang.
Banyak durinya pohon semalu,
Tumbuh melata
dipijak dara;
Serata dunia mencari ilmu,
Ilmu akhirat jangan dilupa.
Duduk bersidai di tepi titi,
Asyik bersembang tidaklah jemu;
Jika ingin ilmu diberkati,
Hormat selalu akan gurumu.
Karya: Helora Mohirin
PISMP 4 D, IPG KBM 2013
Gurindam Wahai Adikku
Wahai adikku hendaklah kamu,
menuntut ilmu dalam dirimu.
Jika adikku menuntut ilmu,
ikhlaskan hati sabar selalu.
Apabila adikku punyai pengetahuan,
gunakanlah ilmumu buat kebaikan.
Adikku sayang hendaklah kamu,
berkongsi ilmu kepada sahabatmu.
Wahai adikku hendaklah kamu,
kasih akan orang berilmu.
Dengarlah adikku wajiblah engkau,
hormat selalu akan gurumu.
Jika adikku ingin berjaya,
wajiblah kamu taat kepada orang tua.
Ingatlah selalu wahai adikku,
perelokkanlah tingkah lakumu.
Wahai adikku hendaklah kamu,
menabur budi seikhlas hatimu.
Sematkan dalam hatimu wahai adikku,
kekal cintai akan tanah airmu.
Karya: Helora Mohirin
Pismp 4 D, IPG KBM 2013
Syair Alkisah Daerah Ranau
Assalamualaikum
saya ucapkan,
Selamat
sejahtera handai dan rakan,
Sebuah syair
saya sajikan,
Bersama-sama
kita dengarkan.
Duhai
dengarlah suatu kisah,
Kisah tentang
sebuah daerah,
Daerah Ranau
namanya tubuh,
Ia terletak di
negerilah Sabah.
Uniknya Ranau
di mata dunia,
Kaya dengan
hasil buminya,
Serta pula indah
tempatnya,
Pasti memukau
pandangan mata.
Daerah Ranau
tumpuan pelancong,
Ramailah orang
suka bertandang,
Tidaklah lupa
Pekan Kundasang,
Jadi tumpuan
tempat berdagang.
Ketahuilah
akan nama Kundasang,
Berdiri kukuh
sebuah gunung,
Kinabalulah
nama sebutan orang,
Tinggi ke langit
sering dikenang.
Dengarkan lagi
akan olehmu,
Di tebing
sungai tempat bertemu,
Gerangan nama
sungai Liwagu,
Panggilan orang
ke pasar tamu.
Ada lagi
sebuah kolam,
Bukan sebarang
tempat bersiram,
Elakkan diri
dari berendam,
Air Panas
Poring indah tersergam.
Ada sebatang
anak sungai,
Luanti namanya
amatlah disukai,
Airnya jernih
amat dihargai ,
Ikanlah Kelah
turut dijagai.
Jangan dilupa
tinggalan sejarah,
Sebuah lombong
tinggalan penjajah,
Banyaklah
sudah tenaga terkerah,
Lombonglah
Mamut namanya terserlah.
Orangnya ramah
baik budinya,
Tersenyum
manis nampak giginya,
Jika
bertandang mesra sambutnya,
Masyarakat
Dusun itulah namanya.
Karya: Helora Mohirin
PISMP 4 D, IPG KBM KL 2013
Tuesday, 23 July 2013
Sunday, 7 July 2013
Karnival Hari Terbuka I-FEST IPG KBM
Pada 6.7.2013 (sabtu) Pihak Jabatan Perwakilan Pelajar IPG KBM telah mengadakan Karnival Hari Terbuka I-FEST IPG KBM.
Terdapat pelbagai aktiviti yang dijalankan. Antara aktiviti yang dijalankan adalah seperti gerai jualan makanan, pakaian, majalah, & buku-buku terpakai. Di samping itu, terdapat juga gerai jualan melukis foto (button), cenderamata, tudung, aksesori wanita seperti keronsang atau pin tudung. Selain daripada itu, aktiviti memanah, zorl ball, pait ball & pertandingan bola tampar turut diadakan.
Sehubungan dengan itu, kelas kami turut mengambil bahagian dalam I-FEST. Kelas kami telah membuka gerai jualan makanan & minuman ringan. Gerai kami menjual ice blanded, kerepek, sosej & naget.
Syukur alhamdulillah. Terima kasih kepada kawan-kawan sekelas yang telah banyak membantu dalam mengendalikan gerai jualan tersebut.
Tambahan pula, sempena I-FEST ini. Saya telah berpeluang untuk memanah & menembak menggunakan paint ball buat yang pertama kalinya.
Yuran yang dikenakan bagi permainan memanah & paint ball ini cuma rm 5 sahaja.
Kawasan pintball & zorlball |
Mencuba bermain shooting range pintball |
Mencuba untuk memanah |
Inilah gerai jualan kami. Yg dalam gambar ni adalah kawan2 & mentor |
Friday, 24 May 2013
Pantun Tema Setia/Kesetiaan
Buah cempedak si buah durian,
Nak dibawa ke Bukit Rambai,
Semakin kacak semakin tampan,
Ilmu apa cik abang pakai?
Padang Temu di rembang petang,
Nelayan turun menangkap ikan,
Tak ada ilmu tak ada pantang,
Pulang kampung jangan tinggalkan.
Ramainya orang memilih ikan,
Ikan Cencaru harganya murah,
Kalau cik abang keluar ke pekan,
Tak rasa cemburu orang di rumah?
Turun melayang si burung Merbah,
Ke dalam paya membasuh kaki,
Kasih dan sayang jangan berubah,
Sumpah setia pengikat janji.
#Kredit untuk Pak Baharim & Pak Idris#
Pantun Tema Mengusik
Kelip-kelip kusangka api,
Cahaya terang tepi perigi,
Hilang ghaib kusangka mati,
Lama menghilang ke mana pergi?
Petik berangan di pagi hari,
Sayang Pak Malau membawa kapak,
Hilang pandangan tak mana pergi,
Duduk sebelah mana nak nampak.
Galah panjang jolok kelapa,
Kelapa muda buahnya jarang,
Sekarang dah jarang kita berjumpa,
Mahu tak kita berkasih-sayang?
Padi dijemur di tebing tinggi,
Teruna dara menolong sama,
Hati tak mahu berkasih lagi,
Saya ini sudah berpunya.
#Kredit untuk Pak Baharim & Pak Idris#
Wednesday, 22 May 2013
MADU ASLI TUALANG BOLEH HILANGKAN SAKIT SENGGUGUT
Mungkin ada yang sudah mengetahui sedikit banyak mengenai khasiat memakan madu asli. Tahukah anda bahawa salah satu khasiat memakan madu asli boleh menghilangkan sakit senggugut bagi golongan wanita? Alhamdulillah, hal ini terbukti bahawa pada hari pertama saya period(datang bulan), sakit senggugut di bahagian pinggang sangat sakit. Mahu tidur pun tidak selesa. Kebetulan 2 hari lepas, sebelum saya period saya telah membeli sebotol madu asli tualang dari Perak daripada abg senior saya yang berharga rm70.
Jadinya, sebaik sahaja terpandang madu asli di meja study. Saya pun mencuba untuk makan madu asli ni. Manalah tahu mungkin boleh menghilangkan atau meredakan sakit senggugut yang saya hadapi. Itulah yang saya fikirkan dalam hati.
Jadinya, saya pun mencuba mengambil 2 sudu madu dan terus makan. Sebelum makan tu, terlebih dahulu saya membaca basmalah dan saya niatkan dalam hati semoga madu asli tersebut dapat melegakan sakit senggugut yang saya alami.
Alhamdulillah, sekitar 5-10 minit selepas memakan madu asli. Sakit senggugut yang saya alami semakin lega dan beransur-ansur kurang kesakitannya.
Oleh itu, saya sarankan kepada pengunjung blog ini khususnya wanita. Jika saudari mengalami sakit senggugut bolehlah mencuba mengambil madu asli. Lebih baik daripada mengambil ubat sakit senggugut yang dibekalkan dari hospital, klinik atau yang dibeli dari klinik swasta.
Di samping itu, saya juga ingin berkongsi tips untuk mengetahui madu asli yang sebenar.
Ada beberapa cara, antaranya:
1. Rasa madu asli agak sedikit masam (berasid).
2. Madu asli mengeluarkan buih-buih kecil@halus apabila dituangkan ke dalam bekas yang lain.
3. Madu asli yang di dalam botol tidak boleh digoncang kerana akan meletup. (macam cencaluk jugalah, kalau kena goncang dan apabila mahu buka penutup botol cencaluk tu. Cencaluk tu akan meletup. Saya sudah pernah alaminya. Isi cencaluk yang di dalam botol tu habis terbang naik ke atas dan melekat di syiling. Habis berbau 1 dorm. Haha) Jadinya, berhati-hatilah ya.
4. Madu asli tidak akan didatangi semut. Tetapi ada juga sejenis semut yang kecil2 ni datang kerumuni madu asli tu dalam beberapa ekor ja. Berbanding dengan manisan yang manis2, semut akan datang kerumuni dalam kuantiti yang agak banyak.
Inilah madu asli tu. Dijual dalam botol besar. Sebotol rm70. |
Ini rupa madu asli yang baru dipindahkan ke dalam bekas lain. Agak berbuih sedikit. |
Sunday, 19 May 2013
SELAMAT MAJU JAYA... GOOD LUCK EXAM
Sempena minggu peperiksaan di penghujung semester ini.
Saya ingin mengucapkan selamat maju jaya kepada rakan2 yang akan atau sedang menduduki peperiksaan pada semester ini.
Saya ingin mengucapkan selamat maju jaya kepada rakan2 yang akan atau sedang menduduki peperiksaan pada semester ini.
Gambar ni masa buat Program Bimbingan Akademik & Motivasi Pelajar 2012 di SAN, Kg.Timbua (Bergambar bersama-sama dengan ajk program) |
MANGGA OH MANGGA
Huhu... Belum ulangkaji lagi ni. Hehe... Tapi sempat lagi update blog.
Baiklah, saya akan menceritakan kisah pada hari ini, iaitu kawan@kakak angkat@sahabat baik saya bawa buah tangan untuk saya. Semua tu pula adalah my favorite...
Ada buah mangga@mempelam, buah kuinin, kuih sagu. Selain itu, ada kuih siput, daun kapal terbang, kerepek pisang, gambir. (gambir & daun kapal terbang ni utk akak sy)...
Oh, ya! Sebelum saya terlupa. Kakak angkat saya ni ada bawah lada, limau kasturi, belacan & siap ada sambal belacan lagi.
Syukur alhamdulillah... Terima kasih untuk rezeki pada hari ini.
Buah mangga & buah kuinin tu saya makan dengan rommate saya. Tapi tak habis. Sebab isi banyak sangat. Jadinya, baki tu saya bagi kat jiran bilik sebelah. Alhamdulillah, kami makan ramai2...
Untuk kakak angkat saya, semoga cepat sembuh daripada demam ya. Good luck untuk exam esok.
Selamat maju jaya untuk diri saya & untuk kawan2 saya yang akan menduduki exam pada sem ni.
Em... Mungkin ada yang tidak tahu apa itu daun kapal terbang? Alalah, search ja di internet. Kalau kami di Sabah panggil daun kapal terbang tu rumput Malaysia. Hehe...
Kuih sagu |
Sambal belacan |
lada/cabai & limau kasturi |
Mangga/mempelam & buah kuini |
Buah siap dikupas |
Sedia untuk dimakan |
Gambir (tapi ni yg pokok dia, slalu kalau di Sabah daun dia yg kena jual) |
Sunday, 12 May 2013
Exam Oh Exam
Adui, mengapakah mood exam kali ini lain benar nampaknya!
Macam tiada mood mau ulangkaji. Padahal esok susah mau exam ni.
Apa2 pun redah jalah jawab esok.
Mungkin inilah petanda agaknya penyakit homesick. Apalagi tinggal beberapa hari ja lagi mau cuti sem.
Dan bakal menjelama jugalah tu sambutan tadau Ka'amatan.
Insya Allah, nilah first time saya pulang bercuti untuk Pesta Menuai di kg selama saya menuntut ilmu di perantauan ni. Semoga tahun ini akan berpeluanglah untuk melihat suasana kemeriahan Sambutan Pesta Menuai di kg.
Apa2 pun good luck exam untuk diri saya.
Semoga saya ingat semua isi pelajaran yang telah saya pelajari masa kuliah tu jalah harapan saya untuk mudah dapat jawab exam esok.
Amin,
Macam tiada mood mau ulangkaji. Padahal esok susah mau exam ni.
Apa2 pun redah jalah jawab esok.
Mungkin inilah petanda agaknya penyakit homesick. Apalagi tinggal beberapa hari ja lagi mau cuti sem.
Dan bakal menjelama jugalah tu sambutan tadau Ka'amatan.
Insya Allah, nilah first time saya pulang bercuti untuk Pesta Menuai di kg selama saya menuntut ilmu di perantauan ni. Semoga tahun ini akan berpeluanglah untuk melihat suasana kemeriahan Sambutan Pesta Menuai di kg.
Apa2 pun good luck exam untuk diri saya.
Semoga saya ingat semua isi pelajaran yang telah saya pelajari masa kuliah tu jalah harapan saya untuk mudah dapat jawab exam esok.
Amin,
Hari Ibu
12 Mei 2013
Sambutan Hari Ibu pada setiap tahun khasnya di Malaysia.
Sempena sambutan Hari Ibu pada tahun ni, syukur alhamdulillah saya dapat ucap Selamat Hari Ibu kepada mama saya. Hehehe... Ni pertama kalinya saya ucap selamat Hari Ibu buat mama saya.
Sempat lagi ucap I Love You Mama. Gembiranya hati saya.
Tambah2 lagi saya dapat ucap selamat Hari Ibu kepada mama2 angkat saya di sini Semenanjung dgn kakak2 saya yg sudah kawin.
Tapi ada 3 orang lagi mama angkat saya yang saya tidak dapat ucap selamat Hari Ibu. Sbb tiada no hp mereka. Tu pun ucap melalui meseg ja. Jimat sikit kredit hp Hehe...
Tapi ucap juga kan? Hehe... Yang penting niat nak ucap tu tercapai juga.
Mama sempat pesan lagi kepada saya supaya belajar rajin2... Mama cakap jangan dulu mikirayou, mikirayou dulu sama pelajaran kau bilang mama. Kamulah harapan dalam keluarga bilang lagi si mama.
Insya Allah, mak. Doakan saya ya mak. Esok mau exam sudah ni.
Adui, sampai saat ni pun belum timbul2 lagi mood mau ulangkaji ni!
Harap2lah esok dapat jawab.
Kalau soalan tanya tentang Model2 Disiplin? Hem, ni kena baca juga ni!
Seru... Seru... Seru... Mood ulangkaji datanglah... Hehe...
Mama angkat saya yang saya tidak sempat ucap selamat Hari Ibu ialah Ummi Wani@Cikgu Aswani (kejap lagi nak meseg), Mak Cik Royah (orang Penang. Tapi baru 1 kali jumpa. Tu pun jumpa di Stesen Bas Hentian Duta masa mau datang beraya di rumah Kak Mizah di Perlis. Dan ni jugalah first time saya dtg Perlis). Mak Cik Salbiah (orang Kedah, tapi asal Johor. Yg ni mama kakak angkat saya iaitu Kak Ain). Aik, ada 1 orang lagi. Mak angkat di Kelantan, saya panggil Ummi Kelantan. Hehe... Yang ni ummi kak Saadah, senior saya. Saya anggap macam mama saya juga. Beliau sangat baik melayan saya masa di Kelantan.
Syukur alhamdulillah, inilah ikatan ukhuwah hasil daripada merantau di tempat orang. Banyak membina ikatan persaudaraan.
Yang lagi penting saya dapat buat satu kad ucapan Hari Ibu. Em... Mungkinlah... Tapi lebih kepada gambar2 sebenarnya. Janji adalah juga. Hehe... Ni pun first time juga ni buat. Sbb nampak semua profile picture di fb kawan2 tukar gambar dgn mak masing2, tu yang teringin nak buat@edit2 gambar tu. Hehe... Alhamdulillah.
Baiklah, mungkin ada juga yang mau tahu kan atau sudah tahu macam mana saya buat kad ni?
Sambutan Hari Ibu pada setiap tahun khasnya di Malaysia.
Sempena sambutan Hari Ibu pada tahun ni, syukur alhamdulillah saya dapat ucap Selamat Hari Ibu kepada mama saya. Hehehe... Ni pertama kalinya saya ucap selamat Hari Ibu buat mama saya.
Sempat lagi ucap I Love You Mama. Gembiranya hati saya.
Tambah2 lagi saya dapat ucap selamat Hari Ibu kepada mama2 angkat saya di sini Semenanjung dgn kakak2 saya yg sudah kawin.
Tapi ada 3 orang lagi mama angkat saya yang saya tidak dapat ucap selamat Hari Ibu. Sbb tiada no hp mereka. Tu pun ucap melalui meseg ja. Jimat sikit kredit hp Hehe...
Tapi ucap juga kan? Hehe... Yang penting niat nak ucap tu tercapai juga.
Mama sempat pesan lagi kepada saya supaya belajar rajin2... Mama cakap jangan dulu mikirayou, mikirayou dulu sama pelajaran kau bilang mama. Kamulah harapan dalam keluarga bilang lagi si mama.
Insya Allah, mak. Doakan saya ya mak. Esok mau exam sudah ni.
Adui, sampai saat ni pun belum timbul2 lagi mood mau ulangkaji ni!
Harap2lah esok dapat jawab.
Kalau soalan tanya tentang Model2 Disiplin? Hem, ni kena baca juga ni!
Seru... Seru... Seru... Mood ulangkaji datanglah... Hehe...
Syukur alhamdulillah, inilah ikatan ukhuwah hasil daripada merantau di tempat orang. Banyak membina ikatan persaudaraan.
Yang lagi penting saya dapat buat satu kad ucapan Hari Ibu. Em... Mungkinlah... Tapi lebih kepada gambar2 sebenarnya. Janji adalah juga. Hehe... Ni pun first time juga ni buat. Sbb nampak semua profile picture di fb kawan2 tukar gambar dgn mak masing2, tu yang teringin nak buat@edit2 gambar tu. Hehe... Alhamdulillah.
Ni lah kad ucapan Selamat Hari Ibu tu. (Ada beberapa orang lagi mama angkat saya yang tiada dalam gambar ni sbb saya tiada gambar dengan mereka) |
Senang ja sebenarnya buat kad ni. Insya Allah ni ada sedikit perkongsian.
Cara-cara buat kad ni ialah;
1. Guna perisian microsoft powerpoint 2010. (buka microsoft powerpoint)
2. Pilih warna background yang disukai.
3. Pilih gambar2 yang ada dalam laptop. (insert picture)
4. Edit2lah gambar2 tu. (guna krop@format picture)
5. Insert shape. (utk tulis nama)
6. Insert hiasan animation. (yg ni kena cari di internet dan kena copy gambar2 hiasan tu. gambar2 hiasan tu boleh gerak sendiri@animasi)
7. kalau mau save jangan pilih save di powerpoint. Tapi kena pilih save di PNG. Automatik gambar2 yang kita edit tu jadi gambar kalau save di powerpoint ja nanti gambar tu keluar di powerpoint ja lah tidak dapat buka untuk gambar.
Tu ja cara dia.
Biasanya kalau bab edit2 gambar saya biasa guna microsoft powerpoint ja. Hehe... Alhamdulillah, nilah hasil ilmu yang saya aplikasikan yang telah diajar oleh pensyarah BM ICT saya. Kredit to En. L.
Wednesday, 1 May 2013
Syair (irama batu belah) Tema Alam Sekitar
Tari sang unggas kini menyepi,
Angkara durjana tiada kasihi,
Di sana sini bumi dicurangi,
Tiadakah rasa derita bumi.
Aduhai adinda dengarlah ini,
Dikau khalifah berjiwa insani,
Bumi hijau janganlah dicemari,
Ingatlah selalu amanah ini.
Karya; Florina Gukin
Didendangkan oleh; Helora Mohirin
Syukur alhamdulillah, puisi tradisional di atas telah saya lagukan sempena Sayembara Puisi Berirama Peringkat IPG KBM 2013 (tema alam sekitar).
Kumpulan kami diberi nama Pembuai Keinsafan yang terdiri daripada saya, Floe, Jaelle, Aida, Mau, dan Afik. Afik sebagai pemain gitar. Saya, Mau, dan Aida lagukan syair manakala Floe & Jaelle deklamasikan puisi dan lagukan (lebih kurang seperti Mestamu@Puisi dan Lagu).
Walaupun terdapat kekurangan dan masalah teknikal semasa membuat persembahan. Tetapi apabila keputusan diumukan, kami mendapat tempat kedua dalam Sayembara Puisi Berirama. Syukur alhamdulillah yang tidak terhingga. Namun demikian, ada beberapa orang pensyarah yang kata sepatutnya kumpulan kami yang menjadi johan tetapi agaknya bukan rezeki kami untuk menjadi johan Sayembara Puisi Berirama pada tahun ini. Terima kasih saya ucapkan kepada ahli kumpulan saya dan kawan-kawan sekelas yang sentiasa memberi sokongan kepada kami malah ada yang secara suka rela membantu di sebalik tabir untuk menyusun atur kedudukan prop & mengatur teknik pencahayaan. Terima kasih kepada Onjoy, Hafiz, Akmal, Izzat, Rabi& Zul yang membantu di di sebalik tabir. Terima kasih juga kepada K.Ain, Adah, Suri, Eva, Lyeen, Mimi & Cici.
Alhamdulillah terima kasih atas kemenangan ini, Ya Allah.
![]() |
Hadiah disampaikan oleh Tim. Pengarah, Dr. Hj. Ali diiringi oleh Ketua Jabatan Kesusasteraan, Encik Nadzeri |
![]() |
Bergambar bersama dengan rakan-rakan sekelas |
Sunday, 10 March 2013
Program Jom Cemerlang Peringkat Kg.Lobou Baru@Viha 2012
Pada 27.12.2012-29.12.2012 (3 hari), Program Jom Cemerlang Peringkat Kg.Viha telah diadakan di balai raya Kg.Viha.
Pengerusi program ini ialah adik Azrolnizam@Elul. Beliau dibantu oleh rakannya yang terdiri daripada si Mimik, Muntut, Tugou, Ayang, Nisa, Masziadah, Suyanti...... To be continue......coming soon
Pengerusi program ini ialah adik Azrolnizam@Elul. Beliau dibantu oleh rakannya yang terdiri daripada si Mimik, Muntut, Tugou, Ayang, Nisa, Masziadah, Suyanti...... To be continue......coming soon
Movie Maker 2.6
Syukur alhamdulillah.
Dalam kelas hari ini, kami belajar guna perisian Movie Maker 2.6.
Mula-mula buat tu macam susah sikitlah, tapi bila sudah kena tunjuk ajar dan dengar penerangan daripada pensyarah ada senang sikit sudah mau buat.
Dalam perisian Movie Maker 2.6 ni kami belajar kasi masuk lagu, gambar, lirik, cut lagu, dan cut video.
Guna fead up(potong lagu)...fead in(masuk lagu)...
Wah, lebih kurang macam mau buat videolah tu.
Hebat... Hebat... Hebat...
Terima kasih en.L.
Dalam kelas hari ini, kami belajar guna perisian Movie Maker 2.6.
Mula-mula buat tu macam susah sikitlah, tapi bila sudah kena tunjuk ajar dan dengar penerangan daripada pensyarah ada senang sikit sudah mau buat.
Dalam perisian Movie Maker 2.6 ni kami belajar kasi masuk lagu, gambar, lirik, cut lagu, dan cut video.
Guna fead up(potong lagu)...fead in(masuk lagu)...
Wah, lebih kurang macam mau buat videolah tu.
Hebat... Hebat... Hebat...
Terima kasih en.L.
Program Bimbingan Akademik & Motivasi Pelajar Peringkat Kg.Timbua 2012
Syukur alhamdulillah, pada 16.12.2012-20.12.2012 (selama 5 hari) Persatuan Pelajar Islam Timbua telah menganjurkan Program Bimbingan Akademik & Motivasi Pelajar Peringkat Kg.Timbua.
Para peserta terdiri daripada yang berumur 12 tahun sehingga 16 tahun. Maknanya di sini ialah pada tahun 2013, peserta yang berumur 12 tahun jadi 13 tahun. Peserta yang berumur 16 tahun jadi 17 tahun.
Walaupun program ini kurang mendapat sambutan dan banyak kekurangannya. Alhamdulillah, atas semangat dan kerjasama daripada barisan ajk, sokongan dan bantuan daripada orang kampung, guru2,ustaz2 serta semangat dan kesungguhan yang ditunjukkan oleh para peserta program ini dapat berjalan dengan lancarnya.
Perkara yang paling menyeronokkan dalam program ini ialah semua barisan ajknya saling bekerjasama dan bantu membantu walaupun sebenarnya tenaga ajk tidak mencukupi. Yang istimewanya lagi ialah untuk lauk atau sayur untuk hidangan makan tengah hari ialah kena rukut2. Maksudnya ialah ada ajk yang membawa beberapa buah nangka muda dan buah tarap muda untuk dijadikan sayur. Ada juga peserta yang membawa beberapa buah betik muda yang turut dijadikan sebagai sayur untuk hidangan makan tengah hari.
Yang paling seronok lagi ialah ajk bergilir-gilir memasak dan menyediakan hidangan minum pagi dan hidangan makan tengah hari. Semua ajk dan peserta sporting2. Dalam pada itu, perkara yang paling seronok juga adalah barisan ajk dan peserta sembahyang zohor secara berjemaah terlebih dahulu sebelum makan tengah hari.
Bercakap tentang kos belanjawan ni program, pada mulanya anggaran kos berjumlah Rm13,000. Dengan sasaran ajk seramai 15 orang dan sasaran peserta program pula ialah seramai 150 orang (ini termasuk kos makan sarapan pagi, minum pagi, makan tengah hari, minum petang, makan malam dan minum malam setiap seorang peserta). Dan rancangan pada asalnya (plan A) juga ialah semua ajk dan peserta mesti menginap di kawasan tempat program. Namun demikian, disebabkan beberapa perkara maka rancangan (plan A) terpaksa diubah ke rancangan yang kedua (plan B) pula digunakan, iaitu peserta akan pulang balik ke rumah masing2 setiap hari. Minum pagi dan makan tengah hari sahaja yang termampu kami sediakan. Jadinya, peserta akan bersarapan di rumah masing2.
Setiap hari aktiviti akan bermula pada pukul 8.00 pagi dan akan berakhir pada pukul 4.30 petang.
Syukur alhamdulillah, kos sebenar yang telah kami gunakan sepanjang program berlangsung kira2 Rm700 lebih sahaja.
Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada guru besar SAN (Allah, lupa pula sy nama si ustaz), cikgu Juhumat, cikgu Saripin, Ustaz Jaumin, Ustaz Sabri (pengurus RPH Ranau), Hj. Suhadi Saidi (Pengerusi ABIM Ranau), Pn.Jalitah, Pn.Rosmawati, taukeh Timbua Motor, Pn.Musiah, taukeh Ting Motor Timbua, en.Laiman, dan Pn. Zura serta ustaz Josep@Yusuf dan ustaz Azhar. Terima kasih, terima kasih, dan terima kasih atas sumbangan kewangaan yang telah diberikan untuk menjayakan program ini.
Terima kasih juga kepada ibu bapa para peserta yang telah memberi keizinan kepada anak-anak mereka untuk mengikuti program ini.
Terima kasih, terima kasih dan terima kasih juga kepada barisan ajk yang terdiri daripada Hasif (Timbalan pengerusi), Sazwan (setiausaha), Nisa (timbalan setiausaha), Masziadah (bendahari), Elul, Suyanti, Mimik, Muntut, Ayang, Nadira dan lain-lain lagi.
Terima kasih kepada semua yang telah menyokong dan percaya kepada kebolehan kami.
Dan yang penting sekali ialah sedikit ilmu yang kami beri dan kongsikan kepada adik2 peserta program akan dapat diamalkan. In Shaa Allah. Mohon maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki jika ada kata2 saya yang menguris dan menyentuh perasaan terutamanya kepada barisan ajk dan adik2 peserta program. Mohon tegur dan beri nasihat kepada kami jika kami membuat kesalahan. Kami juga insan biasa punya banyak kelemahan dan kekurangan.
Semoga program ini dapat diadakan lagi untuk siri yang ke-2 masa cuti hujung tahun 2013 ni.
Sebahagian daripada ajk2 yang sporting |
Ni ajk tetap makanan dan minuman. Pandaikan durang atur. |
Gelagat peserta lelaki waktu makan tengah hari. |
Gelagat peserta perempuan waktu makan tengah hari. |
Semangat adik2 group Pemuda Insaf ni membentang. Siap ada lukisan yang comel lagi. |
Adik2 group Puteri Bongsu ni mula2 malu2. Tapi semua berani juga mau bercakap. |
Adik2 ni pula group Double Wow. Durang ni pun semangat. Berani2 semua bercakap di depan. |
Aktiviti mencari harta karun. |
Aktiviti LDK |
Aktiviti LDK |
Khidmat masyarakat membersihkan masjid |
Belajar PC (Pertolongan cemas). Bukan mangsa kena buli ar... |
Adik2 muslimin sedang solat zohor berjemaah yang diimamkan oleh adik Hasif |
Subscribe to:
Posts (Atom)