SELAMAT DATANG

SELAMAT DATANG

Friday, 4 October 2013

Memori Di Felda Kumai, Bera, Pahang






Daun putat. 
Pucuk daun muda putat ni boleh pun boleh buat ulam.


Buah Putat. Buah putat ni boleh dijadikan ulam.

Peria Katak. Peria katak ni kami jumpa masa buat lawatan di ladang kelapa sawit. Encik penyelia ladang tu bagitahu pekerja Indon suka makan buah peria katak ni. Mereka akan petik selepas habis waktu kerja atau bila waktu nak balik rumah. Encik penyelia ladang tu kata, Buah peria katak ni rasa macam buah peria biasa. Pahit...

Buah Nam Nam. Orang Kelantan kata buah ni Buah Katak Puru. Pertama kali saya nampak buah ni di Kangar Perlis. Di Rumah keluarga angkat saya. kedua kali nampak buah ni di Pasir Mas, Kelantan. Di rumah senior saya. Dan, ini yang ketiga kalinya saya nampak buah ni di Felda Kumai, Bera Pahang. Di rumah keluarga angkat baru.

Rupa pokok peria katak

1 comment:

  1. Perkongsian yang baik kak :) Rupanya Nam Nam tu nama lain Buah Katak Puru pula..

    ReplyDelete