Tajuk: Sebelum Aku Bernikah
Penulis: Hilal Asyraf
Tahun terbit: Cetakan Kelapan 2014
Penerbit: PTS Millennia Sdn. Bhd.
Bil. Ms: 203
Harga: RM20 (Semenanjung) RM23 (Sabah/Sarawak)
Apa yang menarik tentang buku ini ialah buku ini ditulis sekadar lontaran idea dan pendapat, hasil daripada pengalaman dan pembacaan, serta perkongsian nasihat yang dikongsi oleh penulis. Lebih mudah saya katakan buku ini merupakan kisah hidup penulis sebelum beliau bernikah dan terdapat beberapa puisi cinta yang ditulis oleh penulis ketika dirundung rasa rindu pada tunangnya. Pada pendapat saya, buku ini sangat sesuai sebagai panduan dalam BERCINTA terutamanya kepada golongan remaja.
Terdapat beberapa bait dalam buku ini yang menarik hati saya. Antaranya adalah seperti:
Couple
Satu perkara yang saya lihat, cinta semestinya dikaitkan dengan cuople (berpacaran). Apabila perkataan cinta disebut, couple atau pasangan bebas antara lelaki dan perempuan seolah-olah mengiringi lafaz itu.
Sehinggakan manusia menjadi skeptik dengan cinta. Sebab itu saya tidak hairan dengan sindiran-sindiran para veteran apabila disebut berkenaan cinta. "Hish, kamu jangan gatal sangat. Anak orang itu. Jangan rosakkan!" Sebab dalam mindanya, terbayang couple itu bebas dan tidak punya batas.
Tidak kurang juga manusia-manusia yang 'ahli agama' apabila dibicarakan cinta, terus haram. "Cinta sebelum nikag, haram!" Hal ini kerana dalam benaknya, sudah mempunyai satu kira-kira, cinta itu perlu dalamnya ada couple.
Ya. Begitu seterotaip rata-rata manusia berkenaan cinta. Mesti dikaitkan dengan berpasangan tanpa batas dan pergaulan yang melanggar syariat.
Dengan pandangan sebegini, cinta menjadi sempit dan kelihatan buruk untuk wujud dalam jiwa mereka yang belum bernikah. Hal ini kerana, sebelum hubungan itu wujud, cinta sudah dikaitkan dengan couple.
Tidak boleh disalahkan mereka yang seterotaip ini. Memandangkan memang begitu cinta yang diwarnakan dunia. Cinta diwarnakan dengan berpegangan tangan antara bukan mahram, berdua-duaan, keluar bersama tanpa teman mahram, dan berhabis kredit serta wang untuk pembuktian cinta. Bahkan, ada yang menggadaikan maruah, semuanya atas nama cinta. (ms:7)
Terlalu Islamik
Memandangkan sudah begitu buruk cinta dipandang, dalam kembara saya ke alam rumah tangga ini, saya menjumpai pula golongan yang terlalu Islamik.
Terlalu Islamik sehingga timbul kepercayaan yang pelik-pelik. Saya berikan satu contoh mudah terlalu Islamik sehingga timbul kepercayaan pelik-pelik ini.
"Saya menanti dia yang sudah tertulis untuk saya di Loh Mahfuz sana."
Ya. Ayat ini kelihatan Islamik kerana ada perkataan 'menanti' dan 'loh mahfuz'. Namun, saya melihat ini adalah salah dan tidak diajar oleh agama.
Pertama, kita tidak tahu siapa jodoh kita. Jadi bagaimana mahu menanti? Sedangkan orang yang sudah berkahwin pun hidup bercerai, orang yang berkahwin pun mati, dan orang yang hidup juga kahwin lain. Oleh itu, perkara ini terlalu besar untuk kita yakin seorang itu adalah 'jodoh saya'. Lebih menguatkan lagi pendapat saya ini adalah, daripada mana kita mahu tahu "dia itu jodoh saya?" Ternyata tiada jawapan konklusif untuk itu, bukan? Jelas, jodoh itu urusan Allah. (ms:8)
Ibu bapa yang silap
Satu seterotaip ibu bapa yang saya lihat dalam urusan cinta anak-anak mereka adalah negatifnya mereka kepada perasaan cinta anak-anak mereka.
"Jangan menggatal mahu berkahwin". Antara ayat yang biasa didengari sekiranya anak-anak memberitahu yang mereka sudah jatuh cinta hati kepada seseorang ketika usia mereka masih muda.
"Kamu mahu beri anak orang makan apa? Pasir?" Satu lagi ayat yang biasa keluar.
Saya minta maaf kerana terpaksa menyebut di sini. Hal ini kerana, saya berasakan tindakan dan layanan sebegini adalah tidak sepaptutnya berlaku. Pada pendapat saya, apabila anak sudah meluahkan perasaan cinta mereka, ibu bapa sepatutnya berasa syukur mempunyai anak yang sedemikian. Sekurang-kurangnya, ibu bapa masih dirujuk.
Sewajarnya, ibu bapa membuka ruang kepada perbincangan yang matang. Didik anak-anak supaya melihat pro dan kontra berkenaan percintaan mereka pada usia muda. Inspirasikan anak-anak supaya bercinta dengan lebih matang, dengan mempunyai pendapatan sendiri, dan memahamkan mereka betapa rumah tangga adalah urusan pembinaan ummah yang tidak mungkin digerakkan dengan hanya perasaan semata-mata.
Ini kerana akhirnya, terlalu negatif kepada cinta ini membuatkan anak-anak yang 'dibius' cinta, berasakan ibu bapanya sedang menentang mereka. Akhirnya, penentangan ini dibalas dengan 'pemberontakan' daripada pihak anak-anak. (ms:10-11)
Membuang Definisi Dunia
Cinta ialah seks. Cinta ialah berkucupan. Cinta ialah berpegangan tangan. Cinta ialah berhabis duit untuk pasangan. Cinta ialah keluar berdua-duaan. Cinta ialah melafazkan kata-kata indah berlebih-lebihan. Cinta ialah kemaruk, angau, lalai, alpa. Cinta ialah menggadaikan maruah. Cinta ialah jauh daripada Allah, dan melanggar batas-batas Allah. (ms:15)
Apabila Saya dengan Definisi Saya
Definisi cinta saya, "Sekiranya benar cinta, mesti kita mahu bersama hingga ke syurga. Apa-apa yang membawa ke neraka, itu bukan cinta namanya." Kita mengayuh kehidupan mengejar cinta yang sebenar-benarnya cinta. Membina satu disiplin bagi menjadikan ianya luar biasa.
Apabila saya memahami cinta itu adalah mahu berasama ke syurga, maka saya mula membayangkan perakar-perkara yang dapat membawa saya dan orang yang saya cintai ke syurga Allah. Itu yang saya usahakan. (ms:15)
Istikarah Sehingga Hati Keliru
Istikarah. Popular di alam para Muslim dan Muslimah kala bercinta. Perakara yang menggeletek jiwa saya pula adalah, istikarah ini hanya sibuk diperkatakan untuk perkahwinan sahaja.
Sedangkan, istikarah ini sebenarnya bukan satu perkara khusus untuk mereka yang mahu berkahwin semata-mata. Bukan 'alat pencari jodoh', Bukan juga alat 'penentu' siapa yang menjadi pasangan kita. Istikarah ini adalah apa yang dididik oleh Rasulullah kita, dalam membuat apa-apa sahaja keputusan.
Namun, apabila sesetengah pihak mula menganggap ia 'alat pencari jodoh sebenar' yang kononya tetpat 100 peratus, maka istikarah menjadi satu punca kekeliruan hati. (ms75-76)
Istikarah dan Istisyarah
Istisyarah. Satu perkara yang manusia sering lupa. Istisyarah adalah seperti kita meminta pendapat orang lain. Sebagai contoh, ibu bapa. Mengumpul maklumat dan pandangan pada situasi yang sedang kita hadapi. Dalam konteks kita sekarang, situasai memilih pasangan. Ramai meninggalkan perkara ini. (ms77)
Sekadar perkongsian. Semoga bermanfaat.
No comments:
Post a Comment