SELAMAT DATANG

SELAMAT DATANG

Saturday, 25 January 2014

Cerpen: Ayah Dan Lappy (Karya Helora Mohirin)

Ayah dan Lappy

Alhamdulillah... Petang ini, ayah meminta aku mengajarnya cara nak menggunakan lappy. Kulihat, ada kesungguhan di raut wajah tua ayah. Aku dengan senang hati menyuruh ayah duduk di meja studyku. Di atas meja study itulah lappyku berada.

Tanpa membuang masa, ayah terus duduk di kerusi sambil matanya tekun menghadap lappyku. "Adik, macam mana nak hidupkan lappy ni?" Tanya ayah kepadaku. "Senang je. Mari adik tunjukkan", jawabku pada ayah.

Pertama sekali, aku ajar ayah cara hendak hidup dan matikan lappy. Ayah belajar dengan penuh minat. Kemudian, setelah ayah dapat mengetahui cara nak hidup dan matikan lappy. Aku tunjukkan pula ayah cara nak menggunakan perisian microsoft word, cara menaip, ubah saiz dan jenis tulisan dan buat jadual sehinggalah cara nak simpan dokumen. Alhamdulillah, ayah cepat belajar. Walaupun pada mulanya, ayah terkial-kial menaip huruf di papan kekunci lappy dan sedikit kekok menggunakan tetikus.

Aku agak gembira melihat kejayaan ayah menggunakan lappy walaupun hanya asas menggunakan lappy sahaja yang aku ajarkan pada ayah. Aku doakan semoga ayah cepat belajar nak gunakan lappy dengan cekap. Begitulah ayah. Setiap kali ayah melihat aku menggunakan lappy. Ayah tanpa segan silu akan datang kepadaku untuk meminta tunjuk cara nak gunakan lappy.

Ayah oh ayah... Walaupun sudah tua masih mahu belajar dari orang muda. Sikap ayah yang tidak malu mengakui kelemahannya dalam belajar menggunakan lappy itu benar-benar aku kagumi.

Mungkin mentaliti ayah sudah berubah kini. Kalau dahulu jika ayah melihat kami menyentuh lappy kak Lang. Ayah akan terus memarahi kami. Kata ayah, "kamu jangan sentuh lappy itu, kalau salah tekan nanti lappy itu rosak". Tetapi kini, ayah sudah tidak marah lagi. Malah ayah pula yang meminta tunjuk cara gunakan lappy.

Ayah... Teruskan usaha ayah itu. Aku bermonolog sendiri.


Karya: Helora binti Mohirin
14.12.2013

No comments:

Post a Comment